Friday, May 16, 2008

Puisi: Laut China Selatan VS Selat Melaka?

Masa sarapan pagi tadi , aku terlihat satu puisi dari saudara XYX dari Bilik Puisi Bandar ZZZ.

Tajuk: 'Mari kita padam api itu' atau 'ladang kita terbakar' (lebih kurang).
Antara bait-bait (lebih kurang):
' ...ladang kita sedang terbakar..'
'... kita sedang lena dan bermimpi indah..'
'...mari kita sama-sama padam api itu sebelum merebak...'
'...kita sama-sama timba air Laut China Selatan dan simbah..'

Aku faham apa maksud puisi itu. Aku faham apa maksud api, apa maksud ladang, apa maksud terbakar, apa maksud mimpi. Tapi, aku tak faham, kenapa perlu guna air laut dari Laut China Selatan???

Penulis cuba menyatakan kegusarannya terhadap kemelut politik sekarang ini, atau merujuk kepada politik Melayu >> UMNO. Dan, Penulis mahu mengajak semua Melayu kembali bersatu dan bersama-sama berjuang >> melawan mereka-mereka yang cuba ber'main dengan api' >> perkauman. Aku faham. Tapi, aku tak faham, kenapa guna air laut dari Laut China Selatan???

Kalau Penulis merujuk kepada senario yang lebih kecil >> merujuk kepada satu negeri di Pantai Timur Semenanjung >> pilihanraya kira-kira 4 tahun dulu, mungkin ianya releven. Tapi, kalau Penulis merujuk kepada senario negara kini, aku rasa semacam. Kenapa guna air dari Laut China Selatan???

Kebanyakan pemuisi-pemuisi jarang menggunakan nama tempat yang spesifik seperti itu. Sebabnya, orang akan mengaitkan kepada peristiwa dan sejarah sesuatu tempat tersebut kepada 'roh' puisi tersebut. Tapi, aku kurang mahir dengan Laut China Selatan. Mungkin orang kelahiran pantai itu lebih tahu. Kalau begitu, puisi itu lebih merujuk kepada senario setempat.

Mengapa tidak guna air dari Selat Melaka untuk padam api itu?
Kebangkitan semangat Melayu lebih terkenal di sepanjang pantai Selat Melaka. Malah, lebih banyak sejarah dapat dikutip dari air 'di antara dua pantainya'. Sejarahnya satu negara telah tahu dan 'roh' air dari Selat Melaka bukan calang-calang orang boleh 'meneguknya'.

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com