Friday, May 16, 2008

Puisi: Good 'Mourning', Cikgu.

Kenyang selepas makan malam, Paku Payung selak Dimensi Ahad, 11 Mei 2008. Aku terlihat segmen puisi dan aku rentap dari tangannya mukasurat itu:

A Aziz Deraman DBP, KL.
Tajuk: Rupa Dan Wajah.
2:
"Ratusan tahun bahasa Melayu
lalui masa berkembang
tidak lesu
agung bahasa itu
seagung bahasa ilmu..."

Aku setuju. Masa ini, Pak Mentri Pelajaran dihimpit kanan dan kirinya. Asakkan dari kiri mahu Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semula. Asakkan dari kanan mahu mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu perlu kekuatan untuk maju. Kekuatan yang selama ini hanya dilihat dari sudut berapa banyak yang bertutur dengannya.

Kita lupa, semasa bahasa Melayu diiktiraf sebagai 'lingua franca', Melaka menjadi salah satu pusat perkembangannya. Apa yang ada pada ketika itu? Pelabuhan dan ketenteraan.

Lihat, apa yang ada sekarang? Bahasa Melayu semakin tumpul, semakin dangkal. Tidak lagi bersengat! Bahasa ilmu? tidak juga kerana tiada ilmu yang disumbangkan oleh orang-orang yang bertutur bahasa Melayu. Apa kekuatan bahasa Melayu? Tiada...

5:
"Kita biarkan selera diri hilang lebur
di lidah bangsa sendiri bicara terkubur..."

Emm...betullah tu.
Kerana korang pun malas nak baca coretan-coretan aku yang sebegini...

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com