Saturday, April 11, 2009

Jejak yang hilang...

Lupa nak introduce gambar kat atas tu...




Jejak itu jejak aku.
Jejak yang aku tinggalkan pada pasir pantai.
Pantai Puteri yang aku kira aku bisa berjumpa si puteri.
Puteri Gunung Ledang.
Aku tinggalkan jejak kalau-kalau si puteri mencari aku.

Itu harapan aku.
Harapan atas pasir yang resminya memang tak akan kekal.
Aku faham, tapi tak sangka pula hilangnya ia bukan dek angin tengkujuh.
Atau hilang dikais hujan monsun.

Ia hilang dek lidah ombak Selat Melaka.
Ombak yang sama beri aku ria.
Ombak yang sama juga beri aku duka.
Jejak aku hilang.
Dan aku sempat rakam detik-detik itu.
Lalu aku sidai ia di sini.
Kalau-kalau si puteri berkunjung kemari.

Aku tunggu ....






.

9 comments:

Nizam.Ariff said...

errr....sambung kat sini:

Tunggu si puteri dalam kelam.
Dalam pekat kopi 'O'.
Ada bayang-bayang.
Bayang aku sendiri.


haih...

ASH said...

Ye..
aku paham ko nak anak pompuan!

mama tengah buat pe tu??

ckLah @xiiinam said...

Ye...ye...
Encik Nizam buat sajak....


Errrrr...sudah saya menelanjanginya....
rasanya yang ini saya mudah faham...
Jangan putus asa yang arif....he..he

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Mama tengok tv jee... kisah-kisah masyarakat.Dia baring sambil balut dgn selimut merah. Aku? Aku termenung kat sebelah dia memandang selimut merah tu bila nak tukar warna jadi putih...

CkLah,
Pasrah... untuk diapa-apakan, bak kata cikgu... hahaha. Tak pe, jejak aku yang sebelah lagi dah ada sorang yang mengikutnya, yang sebelah lagi ni belum ada...

aza ni said...

Nizam.Ariff
Aku nak beri petua,tapi aku sendiri tak buat lab analysis prosidur ketika permulaan upacara penyemaian, suhunya,kondisinya,log eventnya, mood persekitaran,waktunya sehingga scan ultrasonic yang membayangkan jantina kandungan.Yang aku pasti ,ini kurniaan Allah.Senjata orang Mukmin dalah doa,ustaz aku kata.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Ada cerita disebalik semua ni tapi aku malas nak cerita, nanti lain pulak jadinya. lain kalilah.... ya, aku terus berdoa...

tasekM said...

ishhh... mama, jadual kita samalah! ha ha.



.

aza ni said...

Tumpang lalu Nizam.Ariff
Aku nak komen TM dan Ashley
Aku terfikir jugak kalau jadual ompompuan ni setimetable, agak agak payah tak bagi mereka yang ada 4 rotation, pegi NO1,No Entry, No 2 ,3 and 4 pun sama .Amacam?Boleh dapat refund tak? kah kah kah.

Nizam.Ariff said...

TM,
Jadual sekolah ngko ada PJ tak hari khamis ni... hahaha

Azani,
Alasan yg baik tu... baru la tak de stop, memaaaaaaannnnjaaaang je ada supply.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com