Saturday, June 13, 2009

Kerja dalam kerja




Kelmarin,aku dapat satu sampul surat dari kerani itu. Surat rasmi, nampak pun macam memang rasmi.

Aku ingat, aku perlu berterima kasih kepada kompeni kerana masih ingat kat aku. Aku ingat, paling kurang sebulan dua duit lebihan kompeni masuk ke poket aku. Itu semua harapan yang baik-baik, walau sangsi membalut jiwa.


Secara macho, aku ambil sampul untuk koyak. Eh, tak perlu koyak. Rupa-rupanya hanya dikokotkan oleh dawai. Dah nampak kurang rasmi dah tu. Aku cuma perlu tanggalkan dawai kokot tu. Dengan itu, harapan yang baik-baik mulai lenyap, hangus jadi asap.



Bila aku buka lembaran surat yang bertandatangan MD, segala harapan baik-baik pun lupus. Itu tambahan tugas dalam tugas sekarang ni. Komitmen aku yang kompeni perlukan untuk tugas baru? 50%~70% daripada masa kerja untuk tugas sekarang.

Haih... kerja makan gaji, cam tu lah.



Tasek Merah, ada keje kosong tak? Tea man pun takpe la, janji gaji rib-rib.
Kakpah, nak guru ngaji tak? Alif, bata, ta pun kira ok le tu. Boleh saing pergi kerja dengan Ashley.



.

9 comments:

aza ni said...

kira tugasan sunat lah,ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Azani,
Sunat tahap muakad dah tu.. hahaha

Insyirah said...

Responsibility bertambah...$$$ bertambah ke tak? Hehehe...

ibundo said...

kerja tambah mintak duit tambah jugak.
Kerja kat tadika takde kosong. Saja taknak bagi ko peluang. Cikgu-cikgu aku ramai yang anak dara. kang tak pasal-pasal ko kena tido kat luar puntu bilik ko haha....

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Responsibility je yang tambah. Aduiii...


Kakpah,
Alaaaa... tak kasi chan lak.
Ok. Aku ambik kontrak hantar anak-anak dara tu pegi ke tadika. Tapi, balik tu aku tak jamin le sampai ke rumah dia orang... HAHA Huaarghhh! Jahat..jahat..jahat.

Cikgooden said...

bersyukur la ada jugak kerja, bang. org lain merungut takde kerja, lu sibuk nak tukar kerja..

kak pah!..jgn bagi kerja kat dak nizam nih....tanduk panjang...ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Tanduk aku memang panjang. Macam mana buleh tau ni? Cikgu intai aku yek..... hahahaha

tasekM said...

jadi bibik nak...? hehehehe...


:p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku sanggup jadik bibik kpd kamu. Janji aku sentiasa dekat dgn kamu: Ke pasar sama-sama, ke dapur pun sama-sama... dgn kata lain, kita boleh bersama la... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com