.
Malam semalam, aku bermimpikan sesuatu yang sukar aku lupai. Sementara aku masih ingat beberapa perkara penting dalam mimpi itu, aku nukilkan ia di sini. Pendedahan ini bukan untuk dianalisa secara terperinci. Tak perlu. Tapi aku perlukan beberapa tafsiran di sini.
Beberapa jalan ceritanya mungkin aku dramatasikan supaya story flow cantik, maklumlah, dalam mimpi ceritanya melompat-lompat kejap ke sana, kejap ke mari. Agak panjang juga:
Lokasi: Pekan T.Intan sehingga ke C.Balai (Perak)
Suasana: Pekan T.Intan ala 1980an, masih ada ice factory dibelakang Shell, masih banyak kedai-kedai batu 2 tingkat dan kedai papan, jalan utama ke T.Intan masih gunakan 'gertak besi' dari kg. bahagia. Rumah-rumah kampung masih banyak separa batu dan kayu, lebih banyak motorsikal daripada kereta dan rata-rata kereta Datsun yang menguasai jalan raya.
Masyarakat: Peniaga dikuasai Cina, masyarakat Melayu masih pengguna tegar. Melayu masih ramai berkebun dan memang tak nampak gerai-gerai makanan milik Melayu di pekan T.Intan.
Aku & watak lain: Entah macam mana, aku dah kawen dan punyai Paku Payung seperti sekarang. Kawan-kawan aku pun seperti sekarang, dah kawen dan beranak-pinak.
Ceritanya begini:
Pagi itu sungguh suram. Matahari seolah-olah terbit perlahan daripada biasa. Aku ketika itu dalam perjalanan ke pekan T.Intan bersama seorang kawan yang aku namakan Jef. Kami pergi menaiki bas ke pekan itu untuk berbelanja sesuatu. Pada masa itu lebih kurang pukul 10 pagi tapi matahari seolah-olah gerhana. Aku tinggalkan Mama dan Paku Payung di rumah kampung. Lebih kepada pondok kecil sebenarnya. Bayangkan rumah kecil berdinding papan dan buluh bertiangkan kayu mahang dan di tepi sawah. Rata-rata rumah di kampung itu begitu binaannya.
Sesampai aku di pekan T. Intan, aku ada bertanya apek-apek, gerhanakah? Rata-rata tak pasti tetapi suasana benar-benar suram. Ada beberapa awan nimbus di dada langit.
Tiba-tiba, ada satu awan itu turun rendah. Awan yang besar dan berwarna putih. Mula-mula ia muncul dengan agak perlahan tetapi semakin lama semakin laju. Pada masa itu, masing-masing mendongak ke langit. Hampir semua orang di T. Intan mendongak ke langit. Bila dah tahu ada sesuatu yang tak kena di atas sana, masing-masing kelam-kabut. Nyonya-nyonya dah mula suruh budak-budak masuk ke dalam rumah. Aku mula teringatkan Mama dan Paku Payung.
Awan putih itu semakin merendah dan orang ramai mula gelabah. Awan itu mula menipis dan muncullah seakan-akan satu belon udara yang teramat besar. Sungguh besar dan mengeluarkan bunyi yang pelik-pelik. Aku rasa, besarnya mungkin menyamai 1/4 negeri Perak!
Tiba-tiba keluar satu suara, ketawa dan serta merta keluar sesuatu seperti serangga besar yang banyak dari 'belon' itu. Pada masa itulah, aku capai satu motorsikal entah siapa punya dan meluru pulang ke rumah. Namun, serangga-serangga itu terbang cepat. Belum pun 1/2 jalan, ia dah memenuhi ruang udara dan mula memasuki rumah-rumah orang. Aku terpaksa menyorok dalam celah-celah pokok pisang di tepi jalan.
Aku terdengar satu suara meminta semua manusia mengikut perintahnya, turuti atau mati!
Aku benar-benar terasa seperti dunia sedang kiamat dan serangga-serangga itu seperti yakjuj-makjuj ramainya. Aku dapat melihat serangga-serangga itu mengejar orang ramai di atas jalan. Mana yang cuba lari akan di suntik sesuatu dan serta-merta orang itu menjadi kepompong dan bertukar menjadi serangga. Mana yang mengalah akan dibawa terbang ke 'belon'.
Bila aku lihat serangga-serangga itu terbang laju, aku pasti kampung aku pun pasti dah penuh dengan mereka. Serangga itu sebenarnya seperti manusia yang bersayap. Maksudnya, mereka akan berjalan seperti manusia di atas Bumi. Pada masa itulah, aku teringatkan Mama dan Paku Payung.
Secara perlahan-lahan, aku menyusup dalam celah-celah hutan hinggalah sampai ke kawasan rumah. Aku dapati kampung aku masih belum d serang. Tetapi, mereka sudah sampai ke kampung sebelah. Cepat-cepat aku pergi ke rumah-rumah jiran dan suruh mereka bersedia untuk pergi menyelamatkan diri. Setelah sudah, aku naik ke rumah dan minta Mama dan Paku Payung segera turun dari rumah. Aku kumpulkan beberapa jiran lelaki minta dia bawa semua orang ke utara. Ke Perlis kalau tak silap. Jauh? Dalam mimpi semua boleh jadi.
Aku teringatkan sesuatu dan aku naik ke rumah semula. Aku nak ambil sesuatu yang tertinggal (tapi aku dah lupa apa dia). Dalam aku mencari-cari barang itu, aku terlihat dari celah-celah dinding buluh beberapa ekor serangga telah hampir ke rumah jiran sebelah.
Aku selak daun tinghkap dan aku beri isyarat supaya jiran-jiran aku pergi dahulu. Mama dan Paku Payung seakan-akan tak mahu berpisah dengan aku. Aku sedih tapi aku cekalkan hati dan suruh mereka pergi cepat.
Pada masa itu, Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku. Khuatir sebab aku tak pasti mereka selamat dan aku pun tak pasti sama ada aku boleh selamat. Aku sempat bermohon agar Tuhan tetapkan iman aku walau siksaan apa pun bakal terjadi. Aku amat pasti dunia sedang kiamat!
Aku menyorok dalam bilik. Di ruang tamu, aku dengar derapan kaki mereka memijak lantai papan. Aku diamkan diri tapi dari masa ke masa aku terdengar sayup-sayup jeritan maut dari jiran-jiran aku. Setelah beberapa lama, aku tak dengar lagi bunyi tapak kaki itu. Pada masa itulah aku tolak daun tingkap dan terjun ke laman. Cepat-cepat aku susup-sasap ke parit kecil, saluran air untuk sawah-sawah. Aku benamkan diri aku ke dalam air separas pinggang dan aku hanyut mengikut arus air ke terusan yang lebih besar, di tepi jalan utama. Tujuan aku adalah mahu mengejar 'rombongan' yang berlepas ke Perlis tadi.
Tapi aku sedih, mereka sudah lama pergi. Tinggal aku seorang sahaja dan kini aku berada di tengah-tengah jalan utama. Di kawasan yang lapang.
Aku teringatkan Tuhan dan aku redha kalau aku tewas di sini. Dalam beberapa minit, serangga-serangga yang tadinya merayau-rayau dari rumah ke rumah untuk membunuh kini mula mengelilingi aku.
Wajah Mama dan Paku Payung muncul di ruang mata silih berganti. Aku doakan mereka berdua itu selamat. Setitis air mata kerinduan mengalir dari sudut mata. Aku rindu pada Paku Payung dan Mama.
Aku dongak langit. Aku lihat 'belon' besar itu masih terapung-apung nun di atas sana. Perasaan benci berbaur sedih menyelubungi jiwa. Kemudian, aku terlihat sesuatu bertubuh besar turun dari 'belon' itu menuju ke arah aku. Serangga-serangga lain berdiri mengelilingi aku dalam jarak 20 kaki aku rasa. Sesuatu yang bertubuh besar itu aku rasa adalah ketua mereka. Bersusuk tubuh seperti manusia dengan kaki dan tangannya. Cuma mukanya sedikit kelakar, putih seperti bertopeng dengan raut rupa seperti 'The Joker'. Mungkin itu dek perasaan benci aku kut.
Joker itu menghampiri aku sehingga jarak kami berdua amat dekat. Tingginya mungkin 6 kaki, bertubuh sasa dan berjubah. Dia tersenyum sinis pada aku.
'Kamu mahu ikut aku?'
Ikut kemana? Aku balas soalan itu dengan soalan bodoh.
'Akuilah bahawa manusia tak mampu kalahkan aku dan aku ini Tuhanmu'
Pada masa ini, aku seolah-olah dapat tahu Joker itu Iblis. Aku tanya pagi, kalau aku tak mahu?
'Kamu akan jadi seperti itu. Buatlah pilihan kamu'
Dia tunjukkan kulit-kulit manusia yang dagingnya entah ke mana. Aku minta dia buktikan yang dia itu amat berkuasa. Serta merta keluar seolah-olah satu hologram memaparkan seluruh dunia sedang diserang oleh mereka dan mana-mana manusia yang sanggup mengikutnya telah dikumpulkan di satu padang yang besar. Seperti padang pasir.
Aku perlu lakukan sesuatu. Aku hampiri Joker itu dekat-dekat seolah-olah mahu berbisik. Aku katakan, aku rasa sekarang ini kiamat sedang bermula dan bila kiamat, semua akan mati termasuk dia. Dia diam.
Aku katakan lagi, dia itu seperti Iblis dan aku amat yakin dia itu Iblis. Tetapi, setahu aku Dajjal yang muncul pada hari kiamat, bukannya Iblis! Oleh sebab itu, dia sedang menipu dan aku tak percaya. Oleh sebab itu juga, aku tak perlu mengikutinya.
Tanpa disangka, dia berundur perlahan-lahan sambil tenung mata aku. Kemudian dia melayang perlahan-lahan sambil memberi isyarat kepada 'anak-buahnya' untuk pulang ke 'belon' itu.
Aku lihat kesemuanya itu dalam kehairanan. Aku menjadi seperti tunggul.
Dan bila semuanya berakhir seperti itu, aku mula sangsi bahawa mungkin Kiamat belum bermula. Jika belum bermula, siapa tadi itu?
Aku biarkan soalan itu tidak berjawab sehinggalah aku terjaga dek deringan handphone pada pukul 6am.
.
13 comments:
masyaAllah, takutnya ku baca kesah mimpi mu itu.. mcm real jer... kelakau pon ada gak..kehehehekeh..
siap nama tempat, nama negeri lagik.. tapi apepe pon memang takut arrr....
SecangkirMaduLebah,
Aku pun rasa seriaw gak sampai sekarang...
Inilah dia...
Tak sia-sia formula cikgu Ahmad Lutfi kita dulu....
Tiap-tiap pagi suruh hantar catatan mimpi dalam buku nota "Mimpi Saya Semalam"
Errrr....dalam mimpi tu, kau tak nampak ckLah je?
Sepanjang malam tu cklah berlegar-legar kat pekan TI tu tau...penat je!
He..he,.,
Bro,
entry hang ni boleh cari tulisan yang kecik kenit lagi tak?
ha ha ha..
aku bangga kau tak ikut joker walau aku tahu ko bukannya baik mana pon kan bang. haha! sure mama dan paku payung terharu. sebab aku dapat rasa sayangnya ko pada mama dan paku payung walau huraian ko tentang yang itu tak panjang. kadang yang sikit itu lebih dapat kita rasa dari cerita yang berjela.
tapi aku harap itu cuma kekal mimpi. sebab tiap kita berhak untuk sesuatu yang lebih baik. walau kadang kita selalu fikir sesuatu yang buruk kerana kita terlalu berdosa. pintu DIA selalu terbuka kan bang.
selamat malam bang nizam!
Tafsiran mimpi kau adalah seperti berikut:
kau nizam akan menjadi seorang jutawan sekiranya kau dapat menghubungi spieldberg. Mimpi kau akan dijadikan satu movie yang gerenti box office.
aku dapat 20%.
Cklah,
ya, aku teringatkan Cikgu Ahmad Lutfi bila berkisar tentang mimpi. Namanya melekat sama macam nama mimpi tu. Masa tu zaman 80an di T.Intan, cikgu mana lahir lagi, kan? kan? Cikgu masih muda lagi kan? kan? ... hehehe...
Ashley,
Aku konpius nih. Aku dah tulis kecik dah nih. Sama ada tulisan aku meleret-leret panjang atau akak tak dapat baca sebab tulisan kecik? Hahaha
Addy,
Ya, lelaki ganteng cam aku ni sukar meluahkan lebih-lebih isi hati kepada wanita ayu manis. Cukup sekadar renungan yang layu dan redup, cukup untuk difahami para wanita maksud hati aku. Kontrol macho! hahaha
Aku tak pasti, sama ada kontrol macho atau kontrol malu...
Aku harap mimpi kekal mimpi. Tapi, sessi dialog dengan Ibllis tu macam ada satu 'intrusion' cuba dilakukan. Bahaya nih..
Kakpah,
Spilberg tak baca skrip bahasa Melayu, tu yang silapnya. Tengok, dia dah rugi juta-juta dek kebodohannya berbahasa Melayu, kan kak? Kalau tidak, aku dah boleh buatkan dia untung juta-juta.
Aku nak kasi Ah. Idham je la, dia pun suka buat cerita pelik-pelik...
Nizam
aku mimpi gak..dikelilingi oleh manusia..
merah bagai darah dan memuja serta menjerit 'SETAN MERAH!...SETAN MERAH!..'
aku cubit diri aku...
aku tampor muka aku..
aik..di mana aku?
Mungkin ini hanya amaran awal daripada DIA. Siapa tahu kan? ;)
Kau pernah tahu novel IT, Stephen King? Kemudian dijadikan TV-Movie pada tahun 1990.
Itu kisah seekor badut iblis yang makan budak, yang janji untuk bawa ke alam terawang-awangan. Badut tu memang bawa banyak belon.
Ada sikit-sikit nak sama macam mimpi kau ni.
Ini: http://stagevu.com/video/ivsqsszosnze
Ashley,
Aiik...?
Pelik tu. Setan Merah dan darah... bahaya tu.
Insyirah,
Mungki juga mainan tidur sebab tak basuh kaki sebelum tidur... hik hik hik
Indrasakti,
Ada mirip sikit-sikit. Tapi aku tak pernah tengok yang itu... macam mana wave yang itu boleh masuk dalam wave otak aku masa tidur ? strange..
ko ganteng bang? kalau aku jadi ko, memang aku korek pasir kambus kepala sendiri. haha!
Addy,
Ganteng atau gantang, terpulang kepada yang melihatnya... hahaha
Post a Comment