Monday, July 20, 2009

Segalanya aku harap berakhir di sini...

.


Juliet menjelma lagi, kini ini dalam hitam dan putih. Tiada lagi desah cinta dari bibir mungilnya. Juliet telah temui kepuasan sejati, hanya dari balik pelangi.

Malim tersedar dari igau yang kosong, tidur yang kosong. Kini Malim dapati dirinya dipenuhi sinar bulan dan bintang dan ulan-ulan yang mula menjalari kakinya.

Tuan Sinister tersenyum, lelangit malam berikan mimpi akhirnya. Tilam nafsu kini hangat seperti sediakala, hangat dalam dakapan mimpi yang panjang, mata yang terpejam indah seperti anak-anak kecil.

Batara Mimpi tetap keseorangan, menyapu-nyapu asap dari dupa ke tubuhnya. Renik-renik hujan dari lelangit malam dibiarkan kering sendiri, meninggalkan harum narawastu pada jubah hitamnya. Batara Mimpi tidak perlu sesiapa lagi.



Kerana Bimasakti telah taburkan debu-debu bintang kepada mereka semua.



Nun jauh di padang segar yang air sungainya perak dan pasir sungainya emas urai, Ikon berenda merah menyeka titis-titis kaki hujan yang singgah. Kini ia menjadi cerah dan suci.

Perlahan-lahan, Ikon berenda merah itu terbang, renda merahnya berputar ligat seperti bunga Angsana. Perlahan-lahan ia naik ke atas, ke langit ke tujuh.






(dan aku mampu tersenyum sekarang)

.

12 comments:

ASH said...

maka tamatlah sudah ceritera 'Jula Juli..bintang tujuh'..sekian!

Insyirah said...

Episod terakhir dah? Ok, lepas tak ada dah saya nak pening lagi. Nanti masuk rumah ni asyik blur je. Kehkehkeh... :p

ibundo said...

erk..erk... cerita dah habis ke.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Suka le tu... Kak, Kompang apa cerita?

Insyirah,
Kalau blur, pakai cermin mata tebal sikit hahaha

Kakpah,
Aku nak buat 'Return of Juliet' le. Atau, aku buleh buat macam cerita starwars, dia certa episode 4,5. Lepas tu baru dia ceritakan episode 1,2,3...
Jadi, yang tu semua episode 99 dan 100. Aku nanti nak tulis pulak episode 1 ~ 98. Amacam?

tasekM said...

banyak sgt tgk doraemon kot nih....

:p



.

secangkir madu merah said...

ku baru nak mengikuti crita anganan mu ini, dah habis dah...
-
-
-
aku kah terlewat atau waktu kah yang tercepat...?

Nizam.Ariff said...

TM,
Doraemon tak ada Juliet...


SecangkirMaduLebah,
Ada entry-entry sebelum ni. Produksi terpaksa gulung tikar sebab permintaan kurang untuk cerita-cerita separa khayal camni... hahaha

ckLah @xiiinam said...

...teringin nak tengok wajah Juliet tu....

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Nanti la... aku kena lukis dulu sebab Juliet masih dalam alam fikiran...

ASH said...

Sapa tau mainkan lagu "Janji ManisMu" dengan paluan kompang?

ha ha ha..
nak tanya cikgu den lah..dia pandai main alat muzik tradisional nih!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Cikgooden tgh serabut tu. Karang dia komPANGkan kita...

ASH said...

hari Jumaat ngan hari sabtu jer dia ada kelas..hari lain dia dok melangut kat stadium tepeng!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com