Monday, April 12, 2010

Ada satu kematian di Trolak ... solat jenazah

.

Awal pagi tadi, ada kematian di Trolak. Abang ipar tiri aku... abang tiri ipar aku... err... abang kepada kakak tiri aku... err... kakak tiri aku panggil dia abang tapi sebenarnya suami. Jadi, Abang ipar tiri?? ye la tu kut...



Pagi tadi, aku bergegas dengan Mama ke sana selepas hantar Paku Payung ke sekolah. Mulanya dia nak ikut tapi aku tak benarkan. Aku suruh ke sekolah. Bila dia tanya kenapa? Aku kata, aku tak nak dia terkena 'badi'...



Di sana, aku bertemu semua abang-kakak-saudara-mara aku. Aku antara yang lewat sampai, lebih kurang jam 11am. Ini kerana di susur keluar Tg. Malim, aku teringatkan satu gerai nasi lemak berdekatan UPSI, berhadapan dengan Balai Polis, yang di tepi jalan itu tertancap batu jalan ' Tg. Malim 1'. Ya, memang tiada batu jalan bernombor '0'. Jadi, situlah titik tengah pekan Tg. Malim. Dan di situlah ada gerai-gerai makanan.



Aku mahu ajak Mama merasai nasi lemak 'special'. Aku panggil menunya 'Nasi Lemak Bawang' kerana sambalnya banyak bawang besar dan sememangnya sedap.



Kemudian, aku masuk semula lebuhraya melalui Behrang dan keluar semula di Sungkai. Aku turun semula ke selatan untuk masuk ke Felda Trolak Utara.





Abang sulong aku




Jenazah siap dimandi-kafankan lebih kurang jam 12.30pm, dan pengebumian dijalankan selepas solat Zohor di masjid berdekatan. Semasa menunggu solat Zohor, aku ambil kesempatan menggoogle doa untuk solat jenazah. Payah nak hafal beb kalau setakat bersolat jenazah 2 tahun sekali. Nampak gayanya, umur-umur yang begini, aku akan kerap solat jenazah.




Semasa solat Zohor di masjid, aku berqiam bersebelahan dengan jenazah. Dan aku akui solat Zohor yang itu adalah antara solat-solat yang amat menginsafkan aku. Ye la, setiap kali sujud, bau kapur barus amat menusuk hidung. Seolah-olah aku yang dilumuri kapur barus.








Ramai juga yang hadhir untuk solat Zohor dan jenazah. Untuk masjid bersaiz sederhana besar itu, kedapatan lebih kurang 5 - 6 sof. Lebih kurang 70-80 orang. Aku boleh agak sebab aku di sof belakang sekali. Bukan apa, saja menemankan si mati...



Kalau di Melaka satu ketika dulu, aku berkesempatan untuk solatkan satu jenazah, ketika imam membaca doa untuk si mati, ada 2-3 orang sibuk meletakkan duit ke dalam telapak tangan orang-orang yang sedang mengaminkan doa. Aku terkejut. Dan aku masukkan ke dalam tabung masjid. Tak tahu pulak aku begitu caranya bersedekah untuk si mati di hari kematian. Aku ingat, kaum Cina saja yang tabur duit kertas untuk si mati ketika mengusung mayat.


Aku lihat, di Trolak tiada budaya begitu.




.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Innalillahi.....





Abang tiri ipar...ipar punya abang tiri....


Yang baju putih tu macam Tn Hj Lias...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Tn Hj Alias yang duduk berketayap putih itu. Yang berbaju putih tu abang ipar aku, guru besar di sekolah dekat Parit.

kucingorengemok said...

boleh eh... singgah makan nasi lemak? tapi kalau tak, nanti pengsan pulak kan

tasekM said...

alfatihah...






ada yek org melaka buat gitu...? apa punya amalan daaaaa....

.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Yep, walau jiran sebelah rumah si mati ada sediakan makan minum tapi aku rasa tak selesa. Baik aku makan siap-siap...


TM,
Kat Merlimau... ada.

Anonymous said...

Al fatihah tuk Pak long yang disayangi...

Setahun sekali dua je aku borak ngan pak long...kini dah tiada..

smoga rohnye ditempat yang beriman..InsyaAllah..mmg yakin pun..sbb pak long bek sgt orgnye

aza ni said...

salam Nizam
Innalillahi wainnailaihi rajiun.
Semoga rohnya di cucuri rahmat.

spider said...

salam tuan, semoga Allah merahmati roh arwah.

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Dia org yang baik-baik, dan ramai yang menguruskan jenazahnya kelmarin.


Azani,
Terima kasih kerana turut mendoakan... Amin.


Spider,
Salam puan, lama tak dengar cerita. Terima kasih kerana turut mendoakan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com