Wednesday, July 14, 2010

Siri Istikharah 1

.





Entah bagaimana, aku dan Mama berada di satu kawasan hutan berbukit kecil, tetapi ada beberapa buah rumah orang di situ.

Entah kenapa kami ke situ. Mungkin untuk berkelah atau bermain alur kecil yang sejuk tetapi tohor.

Dalam seronok bermain-main itu, Mama menguis-nguis pasir-lumpur di beting alur kecil yang tebingnya berumput hijau dan senduduk liar.

Sebaik Mama lepaskan genggaman Mama, beberapa ketul batu sebesar ibu jari jatuh dari pasir lumpur itu. Mama ambil dan basuh batu-batu itu. Nah, kelihatan batu-batu itu berwarna merah, biru dan pirus. Cantik.

Itu kelihatan seperti batu-batu Delima, Zamrud dan Manikam. Mama cekau lagi pasir lumpur dan beberapa ketul Delima merah dan Zamrud tergenggam di tangannya. Mama senyum kepada aku.


Aku pergi ke sebuah perigi tanah yang berdekatan. Aku terjun di dalamnya. Airnya separas tengkuk dan dasarnya juga berpasir-lumpur. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku selam. Agak sukar kerana perigi yang sempit. Aku cekau pasir-lumpur itu dan aku naik ke permukaan air.

Aku kocak-kocakkan genggaman aku dan seketul batu Delima merah ada dalam tangan aku.

Aku hairan, kenapa begitu banyak batu Delima dan Zamrud dan Manikam di sini. Bila aku keluar dari perigi itu, aku lihat Mama telah punyai beberapa ketul batu permata yang cantik-cantik. Malah, beberapa Delima yang Mama dapat itu tadi telah pun menjadi cincin dan rantai leher Mama.


Mama tersenyum panjang.

Aku berkerut hairan...





.

5 comments:

ckLah @xiiinam said...

Nak belajar teknik mengambil gambar dlm mimpi....he...he...



***Siri 1 Istikharah ckLah, mimpi bersolat berimamkan pakZahan.

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Itu mesti siri mimpi 14 tahun lalu.. kan? hahaha

ibundo said...

tu tandanya rezki kau akan datang melimpah ruah...

baincardin said...

Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dari bahagian mana ia datang agak2nya ek? Dari sumber yang tidak disangka-sangka kut....

Baincardin,
Jom...!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com