Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri dahulu dan sekarang...

.

Aku rasakan Raya kali ni agak hambar sedikit. Tak seperti Raya sebelum-sebelum ini. Aku patut ucapkan SYABAS kepada pihak penguatkuasa kerana berjaya mematikan cubaan seludup bahan letup-letup dan bunga api, juga kerana berjaya mematikan suasana Raya yang tradisional.


Tapi aku hairan, zaman dulu-dulu segala jenis bahan letup-letup dan bunga api melambak-lambak banyaknya. Aku masih ingat lagi, masa aku sekolah rendah dulu, sanggup aku ketepikan duit 20 sen daripada membeli 2 biji karipap kentang dari kedai makanan di sebelah luar pagar sekolah, semata-mata untuk tikam mercun.

Pada sekeping kertas manila, pada bahagian atasnya penuh dengan plastik yang membungkus berbagai jenis bahan letup-letup dan bunga api, manakala bahagian bawahnya terdapat berpuluh-puluh keping kertas terlipat, disusun-lekat seperti sisik ikan. Kalau nak cabut satu kertas kena bayar 10sen. Bila lipatan kertas kecil itu dibuka, akan tertera satu nombor. Jika nombor itu kena dengan mana-mana bungkusan plastik itu, bungkusan itu kita punya.

Seorang kawan aku memang cekap main tikam begini. Dia cekap menipu. Dia akan cabut satu nombor. Jika tak kena, dia akan cari pasangan nombor lain dan dikoyakkan dan dicantum semula dengan cermat dengan gam. Lepas tu, dia akan pura-pura menunjukkan bungkusan yang kena tikam. Aku tak berani sebab aku jujur. Ustazah pesan kena selalu jujur.


Dan yang peliknya antara dulu dan sekarang, tak pernah aku dengar ada orang putus jari, pecah muka kerana mercun. Sekarang ini dah macam-macam. Adakah ini kerana:

  • Zaman dahulu liputan berita tak begitu meluas dan kes-kes mangsa mercun dan meriam tidak dihebohkan.
  • Orang zaman dulu ada ilmu kebal
  • Orang zaman dulu bakar sumbu mercun guna ranting kayu sebagai pencucuh, tak seperti orang sekarang yang nyalakan sumbu mercun di atas telapak tangan. 
  • Orang zaman sekarang terlalu kreatif hasil ajaran E. De Bono dan Kumon.
  • Atau ... mercun zaman dahulu semuanya disahkan oleh SIRIM.


Arwah Bapak aku pernah bercerita tentang orang bermain mercun dulu-dulu. Dia cerita, zaman dulu kalau main mercun bukan sikit-sikit. Seseorang itu akan balutkan sehelai guni basah pada tubuhnya. Kemudian berjela-jela Mercun Papan (atau mercun Cina yang berwarna merah) akan dililitkan ke seluruh tubuhnya. Kemudian, kawannya akan menyalakan sumbu mercun berangkai itu. Dan mercun itu akan meletup sehingga 3 minit lamanya. Bingit. Tetapi, tak ada yang cedera.


Dan aku sendiri, kecil-kecil dulu selalu main mercun tetapi tak ada pula putus jari aku. Aku mengaku, aku pernah improvise mercun aku tetapi setakat letak mercun letup pada celah pelepah pisang untuk disepai-sepaikan. Ada juga aku letak di dalam mulut sang Kodok, seolah-olah Kodok hisap curut. Kemudian, mercun itu dinyalakan... dan bayangkan sendiri apa yang terjadi pada Kodok itu...


Kodok itu hanya melompat pergi kerana Kodok itu tahu luahkan mercun itu.


Pernah juga aku improvise belerang bunga api untuk diselitkan pada muncung spark plug yang telah di improvised. Bila aku baling ke atas, spark plug itu akan menjunam kepala dulu dan belerang itu akan terhimpit dan meletup. Seronoknya...




Sekarang??? Tak ada suasana langsung...






.

5 comments:

tasekM said...

tapi tahun ni tak dengar lagi yg putus jari yek...? ke... ada dah...

sian ke kodok weyyyyyyy...!!!!

.

ibundo said...

aku rasa mercun dulu sumbu dia panjang. bila bakar, ada banyak masa nak campak.
selamat hari raya untuk nizam sekeluarga.

Nizam.Ariff said...

TM,
Sapa nak makan cengkodok hangus..? hahaha

Kakpah,
Mungkin juga kut. Selamat Hari Raya untuk akak juga...

aza ni said...

salam zam
dulu agaknya kualiti mercun dan prosidur buat mercun ikut piawai...sekarang ni banyak shortcut, bypass safety factor....kotlah...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku rasa pulak, industri mercun dunia kini dikuasai oleh Osama Laden kut...menjadikan mercun salah satu agenda melawan dunia... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com