Kedondong |
Itu mungkin tajali kisah keikhlasannya terhadap kehidupan yang fana ini. Ada apa pada daun-daun jika buah juga yang diharapkan manusia?
Juga, mungkin mahu menyangkal sesetengah kepercayaan bahawa fotosintesis majoritinya berlaku pada sel daun hijau bagi pokok berakar tunjang sepertinya. Maka, perlukah daun lagi jika dapat berbuah tanpanya?
Atau pun, itu adalah satu kecacatan ciptaan manusia yang terlalu siksa bagi pokok sepertinya, sama seperti perempuan berahim lima yang fokus kewujudannya hanya untuk melahirkan bayi?
Dunia memang gila...
.
16 comments:
Berbuah walaupun gersang.
Eh, silap ayat...
Gersang tapi berbuah.
.....hihi.
Cklah,
Kesian pokok tu cikgu. Dah penat-penat berbuah lepas tu daunnya luruh...
salam zam
jarang jumpa gini...keajaiban.....macam ni boleh majallah 3 kan....
Azani,
Aku rasa pokok tu dah berbuah je ada tangan ajaib yang gondolkan daun-daunnya...
Boleh ke pokok tu teruskan hidup?
Melati ku sayang,
biar bertongkat paruh namun hendak didaki, akan didaki jua...gitu le gamaknya... atau mungkin dia dah menyampah dan bunuh diri...
pokok tu tuggu masa jer nak mati...
hairul,
itulah pun telahan aku... kesian dia...
sebelum mati, ada gak jasanya..
weh..hai..
Ashley,
agak-agak kita boleh berbuah tak sebelum mati nih... isk isk...
Haishhhh...kamu nih!
.
.
.
manusia sama ke dengan pokok?
haha
.
.
kamu rasa?
aku nak tuduh cacat je kedondong tu....
.
Tas,
tuduhan melulu ke aper tu?
Ashley,
Dari satu segi kita memang sama... walau lain bentuknya.. hahaha
TM,
Walau pun nampak macam cacat tapi buah dia masih besar dan bulat tau...
Ashley,
tuduhan ikhlas tu kak.. hahahaa
Uish... Sian kat kawan aku si 'Kedondong' ni... Katne ni zam, aku kena buat misi menyelamatkan si kedondong!!!
bkedondong,
...pasar ahad, stadium S.Alam...
Post a Comment