'Kalau semua gunung diratakan dan ditolak ke dalam laut, boleh tak semua laut tertimbus?'
Setinggi-tinggi gunung masih boleh dilihat dengan mata. Sedalam-dalam lautan, tiada siapa yang tahu. Itu juga benar dari segi konsep ilmu jika kita ambil kira betapa tohornya kefahaman kita untuk memahami peranan laut.
Jika gunung-ganang diratakan dan ditolak ke laut, bukan sahaja laut akan kering malah bumi ini akan kontang. Itu pun jika gunung-ganang itu cukup untuk menutup laut. Aku sangsi akan itu kerana laut itu penuh ilmu yang maha dalam. Sebongkak mana pun gunung itu, pasti akan terhakis egonya dek ombak yang kecil, yang konsisten dan persisten.
Dan lihatlah di tebing itu.
Bukankah mereka itu saling bekerjasama memberi kehidupan kepada kita?
Tanpa laut, tiada titis air yang ditiup angin dan tanpa gunung titis air tidak akan tertolak ke langit sejuk untuk menjadi awan dan hujan.
Hujan untuk kita.
Hujan oh hujan, kenapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku...
Itu yang kita boleh nampak. Yang kita tak nampak?
Jangan diduga/dicabar laut yang luas. Ayu Jannah juga tewas dan lemas...
Di sinilah
Apabila nyata mula mendakap sukma
resah pula berselangkan rindu
Ketahuilah
inilah perjalanannya yang akhir.
Di sinilah
Apabila nyata cinta mula menjelma
rindu dan perindu pun bersatu
Ketahuilah
perjalanannya pun berakhir.
.
27 comments:
Aku takut meredah lautan kerna ia tiada bersempadan, namun aku bukannya kambing yang takutkan air dan sanggup tak mandi berhari-hari...hehe
b.kedondong,
Jangan takut dik, pinjam perahu dari Hamzah Fansuri...ahaks
salam zam
tak terdaki puncak gunung
tak tercecah dasar lautan.
tak menjadilah bro, aku ingat nak buat sajak, hambar bunyinya.
kalau kau buat jadi je...seni tu ..
Azani,
Kalalu tak terdaki atau tak terselam, jangan paksa diri. Setiap orang ada kemampuan masing2, bro..
Azani,
Kena menyelap dulu baru menjadi kut... hahaah
menyelap...?
kahkahkah... lama tak dengor!
ko kan...
suka menulis buat aku pening.
jenuh nk paham.
.
TM,
Menyelap tak sama dgn menyelam...
Ala.. fikir-fikirkan le. Kalau aku tak tulis, kepala aku naik ngong. Aku kena pas pas sikit kat ko...
aku tau le tak sama. aku org perak sejati. bukan mcm ko bersoreh pun tak tau.
:p
ok.
dah banyak kali baca.
aku pulak yg tertekan.
ha ha.
.
TM,
seyes... bersoreh tu banjar la kut.
tak de maknanya... bahasa perak ye...
aku nk tanya.
menyongket ko tau apa tak...?
.
Wahai..
Jika kulihat kudrat Ilahi
Sejak dari air mengalir menganak sungai..
Serasah terjun menghentam batu
Jika kulihat lautan luas, alun beralun ombak bergulung
Jika kulihat gunung yang tinggi diselaputi awan, suria bersinar, bulan bercahaya ke dalam alam
Menyambut perintah Kudrat Ilahi siang dan malam
Jika kulihat semuanya itu..
Dengan cinta alam diciptakan Tuhan
.
.
.
Yang satu mencari yang lain..
.
.
Air berkumpul ke lautan
Ombak menuju ke daratan
Awan membentuk mega
Mega menurunkan hujan
Langit menyirami bumi
Gunung menjulang langit
.
.
Ingatlah Tuhan..
Wahai sekelian!!
p/s
sajak ORANG DOLU DOLU
bukan aku punya!!
haha
TM,
Weh.. tu bukan mencarut ke?
Ko jangan.. serban aku tak bukak lagi ni sampai asar....
Ashley,
Tu bukan lagu nasyid ke kak?
Sapa punya tu?
Itu puisi peringatan tu namanya kak..
kahkahkah...
tak de kena mengena dgn mencarut ye...
maleh la sembang dgn ko ni bang.
:p
.
sepohon kayu daunnya rimbun
nak balik paritlah nak menajamkan keperakan ku yang dah tumpul ni
kalau tak silap nak umpil benda tolak ke atas
kalau menjongket tu lain..
salam zam salam tasek salam hidayatun salam semua
errr... bang zani...
aku nk sebut menjongket le sebenarnya. hahaha....
tapi aku syak menjongket pun nizam tak paham.
hiks.
.
TM,
...sebab kefahaman aku macam yang Azani faham gak. nak umpil benda naik ke atas...
Azani,
Ko bukan asal orang kuala kubu baru ke bang? Hahaha....
TM,
Kalau menjongket laaagiiii.. sah sah mencarut... hahahaa
Tak caya tanya Azani.
TAS,
mak aku lahir di kampung yang bernama PASIR KUBU, Teluk Sena.
agak agaknya aku tahu tak perkataan tu?
haha
Nizam,
HAMKA..
.
.
ko nak tau bait bait akhir sajak ni?
Azani,
ko dah berkawan ngan 3 orang Perak ni takkan tak faham faham lagi?
bang zani...
tolong kasi terang sikit. letih bercakap dgn org perak murtad nih...
ha ha.
:p
.
Ashley,
Kasi tampal kat entri la kak puisi dia tu.. tu puisi nasihat tu.. bagus tu..
TM,
Aku lahir je kat perak..
tapi aku pan-asian.
jawa+cina... hahaha
aku dah lama tak balik perak...ashik ter ek erk je....
tu yang tumpul
mak ayah orang perak.
bahasa perak ni ikut daerah ikut mukim ikut jajahan
area slim mencikan
area lain mencekik atau mentekedarah
belah lambor kata gini
padang tenggala kata gitu
bota lagi, sayung dan kuala yang sebelah sungai pun beza beza cakap
eh ini entri ke komen..
peace alll
Niz,
.
.
.
yang ini puisi berkasih kasihan..
tentang adanya pasang pasangan
alangkan alam berpasang pasangan..
gitulah konklusinya
.
.
.
nantilah..
kalau aku rajin, aku tepek.
letih kalau nak taip.
panjang berjela gak!!
.
kalau aku malas, mimpi je laaa..
Azani,
Ko bukan org Selangor ke?
Aku tak tau lak ko orang Perak...
Tak bermaksud aku tak mengalu-alukan ko jadi orang Perak.. hahaa
Ashley,
Buat pelan-pelan.. nasihat tu baik tu..
darah mak ayah aku ngalir dalam tubuh, walau darah aku menitik di hospital besar KL
kira gabungan lah tu
Azani,
oo.. kira geng la kita ni... pan-asian.. ahaks
Di sini 2 ufuk bertemu,
Antara timur dan barat,
Antara langit dan bumi,
Antara laila dan majnun,
Tiada lagi bayang,
Kerana mentari telahpun terbenam.
Seperti yang kau kata,
Seperti yang aku tahu,
Perjalanan pun berakhir..
Mutalib attholib,
Ya, benar. Bila matahari terbenam, cahayanya juga...perjalanan terakhir akan berakhir bila mentari terbenam di ufuk timur sana...
Post a Comment