Thursday, April 4, 2013

Maka bermulalah satu rally yang tegang...

.

Persiapkan diri untuk menerima tujahan-tujahan dari pelbagai sumber dan tempat.
- dari alam maya
- dari set TV
- dari sms liar
- dari risalah-risalah
- dari mulut-mulut
- di kedai-kedai kopi
- di dalam teksi, bas dan LRT
- di bilik operasi, pejabat tinggi
- di kaki lima
- di bawah pokok dan pondok bas

Telinga dan mata akan digomol dengan kelucahan fitnah melampau.
Kebenaran berbaur pembohongan.
Akan bakal penat menepis , menangkis dan menapis tangan-tangan milik tubuh seksi
mahu menarik muka ke dadanya, melemaskan, menyesakkan dengan umpan itu ini..
janji itu ini...

Mana yang termakan dan ditipu akan menyumpah seranah
Mana yang tak termakan dan selamat akan ketawakan yang menyumpah.
Tapi kedua-dua aksi itu tidak baik untuk tatapan budak-budak generasi akan datang
Kerana nanti mereka akan tiru meniru dan apabila selang beberapa lama begitu, itu menjadi budaya.

Aku penat melihat orang bertegang urat.




.

19 comments:

Umm AA said...

Pilihlah yg mana terbaik..& jgn terpengaruh dgn hasutan mahpun fitnah..:)

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
tapi selama berkempen ni, jenuhlah korek taik telinga....
Itu belum lagi kalau ada kawan yang fanatik.. yang jenis paksa dengar hujahnya... adussssss...

Anonymous said...

aku ingat nak cuti la daripada menerima maklumat. taknak ambik risiko jadi mangsa. lebih baik layan filem tamil. tiba hari, pergi buang undi...

Nizam.Ariff said...

SM,
hahaha.. uzlah tu..

Dr K said...

Dengar kedua dua pihak...

Bak kata Ustaz Zaharuddin di radio IKIM semalam dlm slot " Penulisan di Media: Antara Benar dan Palsu.", antara ciri orang yg mendapat hidayah Allah ialah orang yg cube berikhtiar berlaku adil, mendengar kedua dua belah pihak.

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
tak tahan nak dengar kalau kedua-dua belah pihak mula naik 'syeh'.... kata-kata yang tak baik boleh keluar karang...

sudipVSsenduk said...

waktu berita, terus tekan channel 703

Kniedaz said...

meh layan kartun ngan anak-anak...lega sikit kepala..tak sesak...

Nizam.Ariff said...

sudip,
Hhahahaa.... aku tekan 106...



Kniedaz,
spongebob!!!! yeay...

Anonymous said...

Riko arek seng endi?

Nizam.Ariff said...

sapesajela,
Kabeh mmoh!
Orak daftar pun...

aza ni said...

errr...mimpi dalam mimpi tu hari 30...takda darah darah kan?

Anonymous said...

Loh..kok koyo ngono..yok balik c.balei ndelok wong kempenan..

Granny Hani said...

Penat sungguh..Waktu ni lah kita dapat lihat orang dewasa kembali menjadi budak2.

Nizam.Ariff said...

azani,
hahaha.. .ko ingat lagi pasal mimpi tu ek? Tak de darah-darah tapi ada marah-marah... cuma lepas di beritahu tu aku jadi gelabah.. tak tau apa sebabnya tapi aku kena keluar dari daerah tiu cepat2...


Hani,
Haah...
kadang2 kita dapat lihat apa yang cikgu/ustazah pesan tentang sikap semuanya jadi berterabur... hahaha

sepa said...

tarikh mengundi bila bang?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
27 April kut

aza ni said...

5 mei sepa

Nizam.Ariff said...

azani,
5.5.11
tarikh menarik....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com