Saturday, May 28, 2011

Mereka-mereka yang mengerumuni Jonker Walk... Melaka

.

Aku dapatkan khidmat pemandu pelancung yang hanya perlu dibelanja makan dan minum untuk pergi ke Jonker Walk, Melaka. Dan seperti yang telah diramalkan, memang musim cuti-cuti sekolah Bandar Hilir penuh... jem... sesak macam nak mamposss..!


Setelah berpusing-pusing tak jumpa parking kosong, hatta di bawah Dataran Pahlawan sekalipun dah penuh, aku terjah masuk ke satu tapak tokong Budha yang telah kosong (mungkin terbakar atau dituntuhkan) tak jauh dari Hotel Equatorial. Ada papan tanda di situ, ditulis " RM10 fine for non-member".


Fine is fine lah... aku bayar je. Dan aku berjalan kaki ikut Dataran Pahlawan. Sebelum itu, aku pekena dulu teh ais di sini:







Kemudian aku teruskan lagi perjalanan aku menuju ke A'Famosa, lalu bangunan-bangunan yang berwarna merah hati, selisih dengan beca yang penuh bunga dan lagu Lady Gaga, selusuri sungai yang baunya macam longkang pecah dan sampailah ke Jonker Walk.


Jonker Walk adalah 'Petaling Street' versi terbitan Negara-Negara Selat. Tak dinafikan banyak juga kedai seni dan warisan.



ini bukan Jonker Walk, ini simpang kecil tak jauh dari situ.gambar Jonker Walk aku ambil guna kamera khas

 




Tapi ada sesuatu yang aku perhatikan di situ. Setiap 50 tapak aku langkah, barang-barang jualan yang sama aku lihat. Berulang-ulang.


Aku terfikir, tak adakah mereka itu bergaduh atau jampi-menjampi atau santet-menyantet kerana jual barang yang sama?


"... kami sama-sama cari makan maaa... kalau lu pasang pukat di laut, lu tak dapat semua ikan.... di sini, orang ramai. Tak semua lu boleh layan punya... kami sama-sama kongsi customer maa..."



Oh... alangkah bagusnya kalau gerai-gerai Melayu juga begitu.


Tak lah aku risau kena santet bila makan di gerai-gerai.






.

12 comments:

SHIMI said...

melayu kaya budi bahasanya dan juda PHD nya juga

bro, gua rindu ngan banda hilir tu...

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Banyak kenangan ka? Eh, lu orang situ kan?... jalan-jalan la ke situ..

tasekM said...

bandar hilir mmg adalah sgt jem kalau cuti2 gini.

aku mmg rasa nk mengamuk.

kejap.
tu subaidah celah mana plak tu hah..?





.

sepa said...

nampak macam pekan Tronoh...

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku masuk bandar tu ngam-ngam orang baru bayar tol. aku masih selamat.

Tu kat dataran pahlawan...kat belakang.


Sepa,
Tronoh dah maju gak ka..? Koboi lagi la...

ckLah @xiiinam said...

Eh, semalam pun nampak restoren Subaidah masa lalu lebuh raya di Juru. Memang banyak cawangannya ya, macam Mastan Ghani! Hehe


(Tak pandai makan nasi kandar....lauk mewah sangat. :D)

Nizam.Ariff said...

Cklah,
dia ada banyak cawangan.

tapi rojaknya tak boleh lawan Mastan Ghani la. Setakat ni tak pernah jumpa yg setanding dgnnya...

Nizam.Ariff said...

Melaka panas!

ibundo said...

aku ke melaka hari sabtu. Lepas makan ikan bakau aku blah balik bangi. kedai ikan bakau pun jem...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Apa yg specialnye tak tau lah. Rasa-rasanya, kalau kita beli ikan segar lepas tu bakar sendiri lagi sedap kut...

aza ni said...

aku sempat sampai Subaidah tapi yang di MITC...

masatu aku carik malaon mana yang langgar tasek...geram betul...he he, taklah

aku lepak on the way ke seremban masa tu...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Apa yg femesnya restoran tu pun aku tak tau la...

Kami pesan rojak, mee goreng mamak dan koew teow goreng mamak. Semuanya tak boleh nak masuk ke tekak kami... dah la mahal.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com