Thursday, August 11, 2011

Pizza oh pizza...

.
[Kisah ramadhan 7: hinggap di atas bumbung kini ada  di MM...]





Kempunan tapi bila kenang harga dan barang yang aku terima macam tak berbaloi-baloi. Rasa macam tak cukup bahan-bahan.

Pernah aku cakap kepada pelayan sebuah restoran terkenal yang aku mahukan sama seperti dalam gambar iklan atau menu. Kalau dalam gambar ada 5 udang, aku nak 5 udang. Kalau dalam gambar ada banyak sosej, aku pun nak juga.


Dia kata balik, itu semua ilustrasi sahaja... ceit! Disebabkan ilustrasi itulah orang ramai terdorong untuk ke tempat dia. Bukankah itu satu penipuan yang maha besar? Memang penipu status yahudi.  Mempermainkan nafsu manusia yang memang lemah untuk menahannya. Kenapa tak letak gambar 'bukan-bukan' di sebelah gambar makanan tu? Alang-alang nak bermain dengan nafsu kan?


Untuk memujuk hati yang lara ini, aku pujuk Mama untuk buat sendiri 'toppings' tu. Inilah jadinya:




imej 10 saat sebelum masuk oven... ya, aku kedekut mozarella. mahal. tapi toppings tak hengat dunia




Ya, aku guna 'pastri base' sebab itu yang murah. Kalau nak guna 'base' pizza dah mahal. Bagi aku, pizza tu sedap kat 'toppings' je. Base dia tu cuma tepung... karipap pun tepung, cekodok pun tepung... tepung dan tepung. Hari tu aku tengok 'pizza base' saiz 10 inci 2 keping harganya RM 8 . Mahal.


Itu pun Ariff kutip sosej dan daging, tepung tu tak dimakan kalau tak dipaksa. Kalau macam ni gayanya, lain kali buat pizza tanpa base tepung tu. Gaulkan semua 'toppings' tu dengan mozarella dan bakar dalam mangkuk.






.

18 comments:

kucingorengemok said...

cer pakai instant prata buat base... macam pernah tengok orang buat

Nizam.Ariff said...

KOG,
lagi murah kan? Nanti aku cuba. Atau mungkin guna roti Naan beku... sedap gak kut...

ibundo said...

hasben den pun selalu cakap ngan pkrj restoren nak sama macam gambar...
kau guna roti arab tu buat base. okay..

Nizam.Ariff said...

kakpah,
ye ke? ok... nanti aku cuba... pizza letak kuah kari boleh tak?

tasekM said...

cer tunjuk yg dah siapa masak pulak...
tak sempat eh...?
dah masuk perut.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
haah... dah sedapmakan mana ingat dunia dah.... ingat nikmat sampai ke akhirat jer... dunia-dunia ni lupa... hahaha

ASH said...

Kalau gaul topping semua, ko bubuh le makaroni...jadi makaroni bakor..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ye ke?.. nanti aku cuba..

kakak jangan nak pekena aku lak..

secangkir madu merah said...

topping dia bukan saja kata kari kalau ada rendang semalam yg tak habis ke, lauk sardin baki2 semalam pun sedap gak buat topping.. tabur je rata2 atas base, mcm yg ibundo suggest roti arab mmg terbaekkk... tarok cis lebih lebih sikit.. baru heaven.. dah tak hingat donia lagi dah... selamat mencoba..

Nizam.Ariff said...

SMM,
wuihh... baru aku tau yang bende ni dah kira macam bubur Assyura.. semua bulih campur... haha.

aza ni said...

zam wife aku pernah buat lempeng, brtopping cheddar dan kraft cheese...sosej, burger, toge,udang kering dan bilis...not bad

Teacher Ereen said...

hamboi..
kemain mewah topping nye...
kalo restoran itu teh juga terkena..
kata 50% semua hidangan..
dah sampai ada beberapa item jer 50%
hampeh betoi....

tasekM said...

wey teh...
pijja hat t.i tu kat bandar baru eh..?



.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aaikk..? macam-macam base boleh pakai ka..? pesal aku tak tau awal-awal nih?



Ereen,
dia org meniaga nak duit kita.ingat tu dia org NAK DUIT KITA... mana ada dalam dunia ni orang meniaga nak rugi. Walau dia kasi diskaun pun, mesti dia selingkuh kat celah lain punya...


TM,
bandar baru t.i tu pulak kat mana? kat bangunan skomp baru tu ke? atau yang dekat giant?

tasekM said...

bukan.
dekat depan mahkamah sana.
bangunan kwsp ko tau...?



.

Nizam.Ariff said...

TM,
oooo.... yang deret-deret gereja dan masjid tu kan?

itu dah lama ada... 10tahun dah tu tapi aku tak pernah singgah

tasekM said...

bukan la.
dulu mmg situ.
bangunan tabung haji ke apa namanya.
la ni dah pindah dah...
kat bandar baru.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
ye ke... dah lama aku tak ke mastan ghani ni...kena ke sana jugak satu masa nanti.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com