.
Kali terakhir aku makan Durian Tembaga lamaaaaa.. dulu. Masa itu, ada dua batang pokok durian tembaga di Melaka dan kedua-duanya rajin berbunga dan didebungakan. Sebelum itu? Aku langsung tak kenal durian jenis itu. Mungkin aku pernah makan tapi aku tak kenal.
Kali terakhir aku makan durian pula ialah 2 minggu lepas di Melaka juga. Durian biasa-biasa dan sedikit 'mengkal'. Aku syak itu mungkin durian yang 'buang buruk'. Maksudnya, buah yang jatuh pada awal musim. Selepas makan durian itu, 3 hari perut kami meragam. Kami maksudnya aku dan mama. Perut meragam pula maksudnya juga dah gastrik mengganas, perut kecelaruan tabiat. Tak kira masa, asid kerap memanjat ke esofagus. Gerakan peristalsis gagal membendung asid daripada naik ke tekak. Seksa sungguh selama 3 hari itu.
... sehinggalah tengahari tadi, akhirnya aku bertemu Durian Tembaga di dalam hujan di Tg Malim, masuk ke Kg. Slim dan rumahnya tak jauh dari masjid.
Ada seorang 'wak' tua. Kami singgah juga walau pun hujan. Dia jual buah di tepi jalan raya tetapi aku letakkan kereta di halaman rumahnya kerana jalan raya itu sempit. Meja-meja yang disediakan memang basah kuyup kerana tiada berpayung.
Oleh kerana tak nampak kelibat sesiapa, salah seorang kawan aku berikan salam. Salam kedua baru berjawab. Mungkin dia 'lepak' di dalam rumah kerana hujan. Kami masuk ke verandah dan duduk di situ. Dua orang kawan pula minta izin masuk ke dapur untuk ke bilik air... tak tahan nak kencing, katanya!
Alamak! Dia orang boleh buat macam rumah sendiri. Pada mulanya aku ikut masuk sebab aku ingat wak tu ajak masuk ke dalam sebab sejuk dan hujan di luar. Aku pun masuk, tiba-tiba aku terlibat bini wak tu sedang bersolat di penjuru ruang tamu rumah batu setingkat itu. Aku keluar balik. Akhirnya,kami duduk di verandah bersembang-sembang macam rumah sendiri.
Kemudian Wak itu pun bawa masuk 3 biji durian. Dia bukakan sebiji.... Durian Tembaga, katanya. Wah!!! Gua cakap lu, gua tak larat nak angkat perut. Pegi jahannamlah dengan gastrik.... aku lupa diri sebentar....
Itu tengahari tadi....
Sekarang, dah malam. Di rumah aku ini, perut mula panas...
Gastrik..? Kamu maafkanlah aku atas keceluparan tadi, boleh?
.
8 comments:
hehe..tumpang gelak boleh? mula-mula berlagak ye...hehe
aku pun tak juga cam durian tembaga ni, kalau longgok sebelah menyebelah mmg aku tak boleh klaskan...,
aku pun dah berapa hr mkn deroyan je nih.
teluk intan mali.
nyareh tak de gastrik.
.
Fadhilah,
Lupa diri.. itulah dianya.. hahahaa
Azani,
ada orang boleh tahu dengan tengok duri saja, aku tak boleh...
TM,
T.Intan pun ada deroyan ek?
Wuih... best tu.
Kalau balik, cer singgah Behrang. Durian sana pun sedap... kawasan bukit dan tanah pun tanah merah. Setakat ini, duriannya memang sedap-sedap.
durian tembaga, aku takde.
dulang tembaga.. adalah.
Kakpah,
Kakpahhhhhh....!!! Haaaaa....
Aku sayang kakpah..!
ngeh ngeh..
Ashley,
aku pun sayang kan dia...errr... Makpah... kakaka
Post a Comment