.
Lolongan anjing bersahut bunyi burung hantu membelah basah dan sejuk malam. Apabila mereka itu berbunyi, cengkerik terhenti berbunyi sebentar. Mungkin lolongan dan 'hoot-hoot' burung hantu itu lebih menguasai malam apabila mereka itu keluar.
Pesah-pesah bunyi daun-daun basah dek hujan senja tadi turut mengganggu dendangan cengkerik di tanah perkuburan itu. Terdengar bunyi seperti tanah sedang ditebuk, terdengar juga seperti pasir dikais-kais. Semua itu berbaur bersama bau wangi dari bunga cempaka yang pokoknya tumbuh subur berbajakan kompos mayat dan bau busuk yang keluar dari salah satu kubur yang telah berlubang. Senja tadi, ada sebiji buah kelapa tua telah jatuh akibat digoncang angin deras. Anehnya, sebiji kelapa tua yang tidak seberat mata itu mampu menumbuk tanah kubur sehingga menembusi ke papan lahad.
Dalam kesamaran malam yang agak pekat itu, batu-batu nesan yang banyak berwarna putih itu berceracak seperti batu tanda. Bunyi-bunyian dan bau-bauan yang telah berbaur itu, ditambah pula dengan angin sejuk selepas hujan dan langit hitam tanpa bulan membuatkan kawasan perkuburan itu diselubungi kengerian.
Ada kabus nipis seperti ditiup keluar dari kubur yang berlubang tadi, melalui lubang yang ditebuk kelapa tua tadi. Kabus yang seperti asap kelabu dan berbau amat busuk itu menebal dan memekat. Tidak lama kemudian, tanah dan pasir sekitar lubang itu bergerak-gerak, seperti mahu dipungkas dari dalam kubur....
Di sebuah rumah batu dua tingkat, Hasri sedang berseronok dengan Nita dan Nita bukanlah perempuan yang pernah Hasri nikahi. Gelak ketawa mereka berdua membelah dada malam yang sejuk. Meski pun begitu, suara dekahan mereka berdua itu lenyap ditelan daun-daun hutan kerana rumah Hasri itu agak terpinggir dari banglo-banglo mewah yang lain.
Mereka hanyut dalam keseronokkan. Sekejap Hasri di atas, sekejap Nita pula di atas. Mereka berkejar-kejaran di dalam rumah batu dua tingkat itu. Bila Hasri naik ke atas, Nita turun ke bawah menggunakan tangga di belakang lalu masuk melalui pintu dapur. Dan Nita akan naik semula ke tingkat atas bila Hasri turun melalui tangga di belakang.
Namun pada kali itu, ada sesuatu di pagar kawad di belakang rumah itu telah menarik Hasri untuk terus masuk ke dapur. Hasri berhenti di tangga pusing itu. Matanya menyorot jauh memerhatikan rumput-rumput yang melilit pagar. Seketika kemudian, mata Hasri terpaku pada sesuatu yang hitam sedang cuba memanjat pagar kawad...
Nita yang sedari tadi menyorok di dalam almari pakaian terasa rimas kerana panas. Dia pelik kerana tiba-tiba rumah batu itu menjadi senyap sunyi, tiada suara Hasri. Kemanakah perginya Hasri?
.
14 comments:
Menakutkan. Tapi yamg si Nita dengan apa nama laki tuh main kejar kejar macam budak budak apa kes.
fifie,
pasal kejar2 tu, entahlah.... haahaha
oh....kat opis nita main sms, kat sini nita main kejor kejor....
hmmm..aku kan..kalo baca citer korang ni kan..selalu konpius sebab nama wataknya adalah sama...baik ko atau sepa..bila baca ko punya aku dok ingat baca cerpen sepa, bila baca sepa punya aku dok ingat ko punya cerpen...azlan, nita, hasri..lagi apa nama watak kesukaan korang ni eh...adehhhh!
apa kes main nyorok2 nih?
Nita bleh main kejar2 dah dgn Hasri? Dia dah tak salah faham dah pasal Hasri tu ada scandal gay dgn bos dia?
Pastu sape yg tgh panjat pagar tu? Sila panjangkan skit cerpen ni supaya tak abih tergantung. Otak aku ni selalunya lampi. Huwaa..
azani,
aku syak dia org ada skandal.... hahaha
LW,
saja je... kita orang tak nak cipta watak baru setiap kali bercerita. Kalau aku guna nama dia dan dia guna nama aku, kita orang senang tak payah buat disclaimer "... tiada berkaitan sama ada yang hidup atau yang telah mati".... hahahaha
TM,
main nyorok-nyorok la baru thrill... baru terasa geram lebih.... hahaha
LYDS,
Owh... cerita lain-lain.. nama watak tu sama je sebab malas nak letak nama watak lain... hahaha
cerita selanjutnya? tunggu tengah-tengah malam sikit la...
banyak sangat baca buku mastika ni... meh sini baca Iqra
hah... dah start balik dah cerita hantu cuti cuti sekolah nih?
.
.
.
.
.
hihihihi..
takkkk
bukan aku nak anti klimaks..
sajerr jerr
Sudip,
dah lama tak baca mastika kak...
sekarang nak tgk cerita hantu dah banyak ada kat astro... hehehe
Ashley,
musim hujan-hujan gini sedap kalau bawak cerita seram2 nih.... hahaha
wah...banyak cerita ckLah tertinggal ni dek sibuk dengan urusan dunia. :-)
Kejab ya! Nak gostan baca yang lepas lepas jab....
cklah,
silakan....
bak kata orang... 'alon-alon angger kelakon'
aku agak si Hasri tuh nak kena penampor ar...!!!
bulih semput dak Nita naik turun naik turun eh.!
hehehe
Sepa,
Tetttt.. meleset.. hahaha
Post a Comment