Friday, April 26, 2013

Keindahan dan keajaiban

.

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja, aku mendengar celoteh di radio dan sehabisnya celoteh itu, deejay dendangkan sebuah lagu K-Pop. Aku tak suka lagu-lagu genre K-Pop. Tapi aku terpaksa tadahkan telinga juga.

Aku cuba fahamkan tutur katanya. Kemudian aku terfikir macam mana sebuah rentak lagu boleh dinyanyikan dalam pelbagai bahasa. 'Note' dan 'key' sebuah irama adalah sama tetapi nyanyiannya boleh dalam bentuk pelbagai bahasa yang ada di dunia.

Kita mempunyai mulut. Kita semua punyai lidah, gigi, rahang, pipi, kerongkong, peti suara ... yang binaannya adalah sama. Hatta orang di Sudan, di Afrika Selatan, di benua Eropah... malah orang Negrito, Senoi. Struktur binaan dan bahan binaan untuk bahagian yang bernama mulut dan sistem suara itu sama.

Tetapi, suara yang keluar adalah pelbagai. Lebih hairan lagi, bagaimanakah bahasa juga boleh menjadi pelbagai.

Kadang-kadang mereka nyanyikan rentak yang sama, runut bunyi "do re mi ..." juga sama tetapi irama-irama yang terhasil adalah pelbagai ... sejak dulu sampailah sekarang. Ada satu pepatah Cina purba tentang irama tapi aku dah lupa. Lebih kurang begini: irama sebuah lagu terhasil dari 4 'key' tetapi susunan 'key' itu menghasilkan irama yang indah-indah.


Samalah seperti 3 warna asas: biru, hijau, merah. Bercampur ketiga-tiganya, jadilah warna putih.
Warna putih itu satu warna. Putih bukan bermakna tiada warna.
Namun dalam warna putih itu sebenarnya adalah warna-warna pelangi indah.


Itulah keajaiban ciptaan Tuhan.
Salam hari Jumaat, sekalian.



.

6 comments:

Dr K said...

kenapa tak tukar channel? Aku kalau keluar lagu yg aku tak suka/iklan/atau deejay start merepek, aku tune channel lain...:)

sepa said...

nak tanya. k-pop yg jantan nyanyi ker yg cewek.?!

aku syak, ko dengar yg cewek nyanyi....

.aku, aku tetap dgr metallica... hahaha


.

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
malas nak tukar-tukar... aku jenis jantan setia.... hahaha



sepa,
dulu ada segmen rock kat kat nasional FM ... skrg dah tak ada...

Unknown said...

akhirnya..aku pun tak suka jugak kpop...tak faham apa2..dan tak menarik

sepa said...

masih la... tp depa kata segmen Retro, belah ptg, kot.!


.
lagu 1M byk lerrr...




.

Nizam.Ariff said...

cik kaki ketawe,
aku cuba nak suka Kpop tapi memang jiwa aku tak suka lagu2 pop kut... hahaha


Sepa,
ada lagi ke? lagu retro bukan lagu rock... dulu ada segmen untuk lagu2 rock...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com