Monday, April 8, 2013

Mencari kedai makan dengan harga berbaloi di Shah Alam

.

Dalam misi mencari 'pelabuhan' (port) baharu, aku jelajahi segenap tempat yang baharu aku tinggal ini. Rata-rata harga makanan sudah naik/mahal. Kadang-kadang firasat jahat aku membuat satu kesimpulan: mereka mengenakan caj berdasarkan bilangan 'kepala' dan bukan apa yang dimakan. Kalau makan nasi campur untuk 3 orang harganya mencecah RM20 (dengan air minuman) tapi kadang-kadang di kedai yang sama tetapi lauk yang aku sudah 'downgrade' pun harganya masih boleh mencecah RM20 (dengan air minuman).

Bersarapan, kalau bukan roti canai atau nasi lemak, kadang-kadang boleh mencecah RM20 juga! Padahal antara menu yang kami pilih ialah pulut kuning+sambal kerang, nasi goreng+daging merah dsb... ya lah, asalkan bukan roti canai atau nasi lemak.Aku syak mereka ini dah kirakan kami ini buffet kut. Sekali masuk sudah ditentukan berapa harga dan keuntungan yang dia mahu sebat.

Kemudian, terlintas untuk aku mencuba di bangunan pusat zakat S.Alam. Lalu pada satu malam, aku singgah untuk makan di restoran Deeng di Blok 2. Hanya dibuka waktu malam. Standard di tempat baharu, aku selalu bertanya " apa yang femes kat sini? " dan dia pun kata Tom Yam merah.



Tom Yam kuah merah dan nasi putih.

Nasi goreng ayam

Nasi goreng Thai

Juadah itu tak perlukan dekorasi yag berlebihan, tak ada timun bersusun di tepi pinggan, tak ada hirisan tomato di tepi pinggan. Simple almost as it is. Tapiiiii.... segenap rasa dapat di rasai. Dan harganya pun berpatutan. Kalau tak silap Nasi goreng Thai itu harganya RM5 tetapi ada 4 ekor udang yang segar (rasa manis udang masih ada), seekor sotong (yang tak berbau), daging dan ayam. Siap ada petai dan telur yang digoreng dadar dan dibuat sebagai lapik. Rasa, jumlah hidangan dan bahan-bahannya aku rasakan amat berbaloi untuk harga RM5 itu. Aku rasa kalau di kedai lain mungkin harganya RM6.50 - RM7.90.

Dan yang pentingnya, pada malam itu, para pekerjanya (dan aku rasa tukang masak pun sama sebab aku tak nampak) bukan orang seberang. Mengapa dia boleh kekalkan rasa masakan dan harganya sebegitu? Aku rasa ianya berkaitan dengan sewa kedai di bangunan itu dan para pelanggannya yang rata-rata adalah pelajar.




.

14 comments:

cheqna said...

ouh...nasi goreng thai itu menggoda daku

Nizam.Ariff said...

cheqna,
kali ke-2 aku kesitu pun aku makan nasi goreng Thai tu...

Tijah said...

burpppp. alhamdulillah baru pas makan patin tempoyak cili api. hahaha

ckLah @xiiinam said...

Kami sentiasa berpindah dari satu kedai makan ke kedai makan di seluruh Seksyen 7/Jalan-jalan Plumbum semua tu setiap kali dtg lawat Dia. Malas nak masuk pusat bandar. Kali terakhir minggu lepas, masuk restoren Upin dan Ipin belakang Jakel. :)

Unknown said...

oh aku selalu kena gini...kadang2 dia tengok kita orang luar mulah lah harga up mahal giler..!

Dr K said...

Ada satu kedai makan ( ala ala arked) dekat belakang stesyen minyak Caltex( tgh renovate sekarang), dan dekat dgn roundaobut Kayangan ( menuju ke tesco shah alam)...Kedai tu, mmg murah. Nasi putih pun free. Nanti aku bagitau exactly nama kedai nya.seksyen berapa haaa..8 kot

ibundo said...

mee kari semangkuk dengn air kapucino secawan selalunya aku makan tak sampai sepuluh ringgit. Tapi tadi aku diovercharged sampai duaplohsemilan hengget. Halnya aku tengah kebulur (hehe) dan kedai yg ada cuna resepi rahsia. Rahsia la sangat....

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Ko g ke dataran otomobil ke?
Pesal tak roger aku?


cklah,
kawasan jakel tu lagi sesak tak?


cik kaki ketawe,
kalau ikut hukum, haram tu tau...


Daddy Ziyyad,
Itu seksyen 11/10 tu... kat situ ada kedai Nasi Ayam Pak Mal... terkenal tu tau...


kakpah,
Hahaha.... setakat mee kari tu apa yang rahsianya? Kakpah masak laaagggiiiii sedap....
nyesal tak makan mee kari kat situ? nyesal tak? hahahaha....


Tijah said...

Tak la. Mak aku masak. Haha

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Huh... nasib baik.
Kalau tak, aku majuk...

Boon said...

Ape name kedai yg jual pulut kuning tu? Dekat mane ye?

Boon said...

Ape name kedai yg jual pulut kuning tu? Dekat mane ye?

Nizam.Ariff said...

Boon,
nama kedai dirahsiakan... tapi di sekitar seksyen 8 & 9

Unknown said...

Salam, sy follow blog awk n awk follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com