Hari itu petang Jumaat. Hajat nak singgah 'pekena' rojak Mastan Ghani yang terkenal itu tetapi tak ada. Kedainya ditutup pada hari Jumaat agaknya. Dalam pada aku berpusing-pusing itu, aku lalui sebatang jalan yang dulunya ada Supermarket Sungei Perak (sekarang dah bukan). Tiba-tiba aku terpandang orang ramai berpusu-pusu mengerumuni sebuah gerai yang berbumbungkan zink dan kanvas di tempat letak kereta.
Aku syak itu mungkin gerai Cendol. Hari pun panas, jadi bagus juga kalau dapat basahkan tekak dengan Cendol. Apabila aku hampiri, aku dapati bukan cendol tetapi Luo Han Ghuo. Apabila aku lihat lebih ramai Melayu daripada Cina yang 'pekena' air di situ, aku pun tertarik mahu mencuba.
Foto diambil dari dalam ruang kedai. Di depan itulah gerai asalnhya hanyalah lori. |
Rupa-rupanya gerai (kini sudah ada kedai) itu sudah agak lama menjual air dan rojak buah |
Aku bertanya kepada pelayan Melayu, air apa yang ramai minum? Dia kata ramai yang datang untuk minum air Luo Han Ghuo... tak pandai aku nak sebut, lebih-lebih lagi nak eja dengan betul. Apabila aku tanya lagi, barulah dia beritahu yang Luo Han Ghuo ialah Longan atau air Buah Mata Kucing. Apa yang istimewanya sampai ramai yang datang minum? Jadi aku pesan semangkuk untuk merasa... nanti taklah dikononkan dek orang.
Tahu tak istilah 'dikononkan dek orang'?
Maksudnya, taklah nanti orang kata "Kononnya kat sana tu ada makwe cantik jual roti jala" atau " aku dengar konon-kononnya ikan kat pasar basar lebih montok daripada pasar darat"... macam itulah lebih kurang. Jadi, elakkan diri daripada dikononkan dek orang.
Airnya dihidangkan di dalam mangkuk besi dan minum menggunakan sudu besi bersaiz senduk... hahaha |
Selain daripada Luo Han Ghuo, air koktel Hawaiian Volcano (kalau tak silap) pun sedap. Buah itu adalah buah segar, bukan buah dalam tin |
Luo Han Ghuo atau air Buah Mata Kucing itu memang segar. Sedap sungguh, menghirupnya dengan sudu besi dari mangkuk besi. Sejuk ais itu turut menyejukkan sudu besi itu. Maknanya, sejuknya hingga sampai ke dalam mulut. Air Buah Mata Kucing itu tidaklah manis. Ianya manis-manis buah sahaja.
Bila aku tanya pelayan lain, kenapa orang suka minum air Luo Han Ghuo di situ? Katanya, air itu boleh menyejukkan panas dalam badan, lebih-lebih lagi kalau cuaca panas terik seperti pada hari itu.
.
14 comments:
patutpun ramai yang minum...cuaca panas..mau sejukkan badan hmmmm
MG mmg tutup jumaat.
Mesti tak sama rasanya dengan yang jual kat pasar malam kan?
Kalau balik Bota nak soh hubby ikut Teluk Intanlah boleh singgah mencuba.
menyebabkan aku pun rs teringin untuk mencuba..heheh
air mata kucing mmg sedap. Ditambah sejuk, lagi sedap. Dan, diminum waktu panas berdenting lagiiiiiii sedap
tempat ni dekat dngan kawasan kG aku...memang sedap kot air dia...dan kat sini lah aku belajar perkataan longan tu maksudnya dan sama erti dengan buah mata kucing...hehe...sebelum ni tak tahu pun perkataan longan tu...
sepupu sepapat dgn air lai chee kang gamaknya...
kniedaz,
mungkin itu pelarisnya.... hehehe
TM,
Ye ke?
Aku tengok kedai adik-adiknya yang lain pun tutup kecuali yang dekat dengan kolej komuniti di tepi sungei tu..
JunAina,
Tak sama langsung. Yang kat pasar malam tu manis sangat..
Ummuaidan,
Aku rasa dia gunakan buah mata kucing yang kering tu. Dia rendam dan rebus semula dan letakkan gula melaka...
Daddy Ziyyad,
Lepas tu masing-masing sakit tekak ... hahaha
Cik kaki ketawe,
Ye ke kampung dekat2 situ?
Bolehlah jenguk gerai tu... jenguk je tau, jangan singgah... hahaha
Sudip,
Kira-kiranya macam tu la tapi tak ada pulak kembang semangkuk ke apa ke... even biji selasih tu...
cuma hari tu aku minta jelly mata kucing buatan sendiri dalam tu...
haha.. lebih baik kena kononkan daripada kena kenen kehkeh..
kakpah,
kalau jantan kena kenen , suka jee... hahaha
dah lama tak pi teluk intan.
air mata kucin pun dah lama tak minum. huhuhu~
GB,
hah, hari tu kata nak pergi ke t.intan tgk sedara...
perghhh mencabar sungguh kewibawaan nescaffe dan kopi kegemaran aku bila tengok dua jenis air tu..
LW,
Memang menyegarkan....
buat sendiri pun boleh...
tapi kena cari buah Longan kering, rebus dan campur gula kabung.
Yang koktel tu, dia ada perahkan limau kasturi untuk dapatkan rasa zest.. mungkin boleh guna Lemon...
Post a Comment