Saturday, May 25, 2013

Senja yang merangkak ke malam....

.


Dalam senja merangkak ke malam, libasan sayap rama-rama mampu meniup tofan ke dunia. Aku duduk merenung kelam senja yang menggamit bulan terbelah agar muncul menemani langit malam yang sunyi.


Hasri membias dirinya dalam kelabu. Dalam tarikan nafas yang panjang, dia meluahkan segala-galanya kepada langit malam. Harapannya: agar luahan itu menjadi igau malam nanti.

Ya. Menjadilah igau malam nanti... doanya.


(Dengan kata-kata dan harapan itu, Hasri pun menutup diari yang ditulis dengan dakwat biru boleh-basuh)






.

7 comments:

sepa said...

semalam aku ke pekan Lapok, yg tak jauh dr tempat aku berkerja.

pekan itu ada empat deret kedai...

..tapi,

tak satu kedaipun ada menjual.

.
esok aku ke kota metropolitan Miri, tuk beli dakwat pen.

kat Popular mesti ada kot.!


.

Teena Tna said...

Malam semalam terlihat bulan di langit, sudah hampir punama bulan itu, maknanya sudah pertengahan di bulan rejab, smoga dpt bertemu dgn Ramadhan...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
alaaa.. gunakanlah dakwat jenis lain.... kenapa perlu menyusahkan diri...



Teena Tna,
Amin....
Selepas solat, Imam kerap membaca doa supaya diketemukan dengan Ramadhan..

Bunda_nora said...

assalamualaikum,

selamat berhujung minggu..

Nizam.Ariff said...

Bunda,
Ucapan untuk Bunda juga...

tasekM said...

Hasri dan Nita dekat sini.
Dino dan Nila dekat sana.


korang ni buat aku mabuk la... haha.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Hah? Mabuk-mabuk?

Dah ada isi ek... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com