Saturday, July 13, 2013

Boikot ayam??? Apa salah si ayam...?

.

Pagi pagi tadi aku sudah keluar rumah kerana Ariff ada kelas gantian dek jerebu tempohari. Dalam perjalanan balik, aku singgah di pasar untuk beli ayam dan sayur. Apabila sampai di rumah, aku gunting rumput, aku 'trim' rumput sebenarnya.

Tengahari tadi, aku jemput Ariff di sekolah. Dalam perjalanan pulang, aku singgah di kedai barangan keras (hardware) untuk beli sebatang kayu 1'x1' dan paku konkrit.

Petang tadi, ribut dan hujan melanda lebat. Selepas reda sedikit, kami ke bazar ramadhan di stadium S.A. kami beli nasi ambeng berlauk ayam dan daging, dan untuk Ariff pula nasi kukus berlauk ayam. Ada juga murtabak dan kuih muih kami beli.

Bila kami congak, hari ini kami telah belanjakan hampir RM50.

Mungkin ada yang kata, itu dah keperluan, beli sajalah. Takkan tak beli, habis tu nak makan apa? Tapi aku berkata dari dimensi lain.

Tak bolehkah aku dapat semua tu dengan harga RM30 sahaja?

Berkenaan dengan harga ayam yang meningkat, kerajaan ada beritahu akan import ayam 'bulat' untuk paksa harga ayam mentah turun. Alih alih hari ini keluar pula saranan rakyat patut boikot ayam. Kenapa tak teruskan dengan import ayam itu?

Menyuruh rakyat boikot ayam sebenarnya seperti mengatakan 'kalau tak mampu nak beli, janganlah beli'.

Ini bukan masalah perlu atau tak perlu beli ayam. Ini masalah harga ayam naik dan pokok soalan ialah bagaimana nak turunkan dan stabilkan harga ayam. Itu barulah mengutamakan pengguna namanya. Gunakanlah mekanisme yang telah dikenali untuk bantu rakyat.

Penyataan 'boikot' itu sebenarnya sejenis penyataan politik. Penyataan yang tak kacau penternak dan industri ayam dan tak tempelak pengguna ayam. Tengah tengah. Penyataan yang secara politiknya selamat jika untuk pilihanraya.

Dari dimensi lain, boikot itu seperti berkata 'hah! padan muka dua duanya, sorang tak dapat jual ayam, sorang lagi tak dapat makan ayam'. Seperti dua orang budak rebutkan mainan, si bapa ambil mainan yang direbutkan dan simpan. Dua dua budak tak dapat main, padan muka.

Apabila penternak tak dapat jual ayam dan pengguna tak makan ayam, ayam ayam di reban akan tetap membesar dan perlu diberi makan. Dan anak anak ayam perlu dimusnahkan. Ingat lagikah kes pembakaran beribu ribu anak ayam dek harga ayam merudum dan kos makanan ayam naik?

Pada akhirnya, ayam juga yang ditimpa masalah. Ayam jugalah yang merana...tapi apa apa pun, ayam tetap mati.



.

13 comments:

sepa said...

ko tak boikot bro?!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Harga ikan kembong sekilo lebih mahal di sini berbanding ayam. Beli ayam jugalah...nak buat cemana lagi.

t.a.t.a said...

Kesian kau ayam. Kau disembelih ke, tak sembelih ke, kau tetap mati juga.


Err. Kerajaan tak sarankan ke program ternak ayam, 1 rumah 1 reban?

Nizam.Ariff said...

Tata,
eh.. menarik gak idea tu...
A1M (sebut: 'aim') bagi Ayam 1 Malaysia.

Contoh tag line: We 'AIM' at your food supplies... hahahaa

t.a.t.a said...

Err.. macam tak kena aje?

Ahaks.

Nizam.Ariff said...

Tata,
hahaha.. ok.. biar dia org tukar lain la... itu kerja mesin propaganda...

cinta said...

ayam 1 msia ada jual kat pasar 1 msia. kih3..

Nizam.Ariff said...

Cinta,
Ye ke?
Aku tak tau...aku beli ayam kat pasar malam je... hahaha

t.a.t.a said...

Haha nampak sangat ketinggalan la kau ni.

Eh, sebenarnya aku pun tak pernah pergi kedai 1Msia tu, so aku pun tak tau.

So aku pun ketinggalan juga la.


Mwa ha ha ha.

Nizam.Ariff said...

Tata,
kata dulang paku serpih... hahaha

t.a.t.a said...

Jaras katanya raga jarang.

Ahaks.

Nizam.Ariff said...

Tata,
ooo.. yang digunakan untuk serkap ayam tu kah?

t.a.t.a said...

Dalam konteks perbincangan kita kali ini, ya, raga jarang yang diguna pakai untuk serkap ayam.

1 markah untuk owner blog. Yayy..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com