.
Berpuasa sebulan, tiba-tiba dalam masa 2 minggu sahaja bermacam-macam jenis lauk-pauk masuk ke dalam tembolok!
Tak cukup dengan itu, dalam sehari pada hujung minggu kadang-kadang makan 4-5 jenis masakan! Kalaulah di bulan-bulan lain, aku tak rasa aku dapat makan 4-5 jenis masakan dalam sehari.
Tapi, itulah hakikatnya... manusia di Malaysia menjadi manusia yang rajin memasak di dalam bulan Syawal.
Hah, sekarang? Selera terbang ke laut bersama-sama camar putih, bermain-main angin pantai.
Perut aku dah sebu, tekak aku dah mula 'pandai' berfikir bahawa 'sudah tu sudahlah'.
Aku dapati mee segera megi pada malam ini sungguh lazat... sehinggakan kalau disuakan lemang pun belum tentu bibir-bibir mungil merah aku mahu terbuka.
.
5 comments:
masih untung la , sebab masih ada selera dengan megi...kot la , lepas puasa hari tu , perut dah tak terima megi.. :D
saya dah nak abeh raya baru ada perasaan terhadap kuih raya...huhuu.kalau tak sebelah mata pun xpandang...ngee
Nang,
Ada juga terasa gastrik hari ke-2 raya tu...
Aishah,
HAhaha... itu biasa berlaku kat semua tu... serdak kuih raya yang sedap tu...
Bibir merah mungil?
.
.
.
.
Adehhhhh...
Perut aku tetiber jer rasa senak.
Ashley,
Alaaaaa.... terima je la kenyataan... hahaha
Post a Comment