Friday, October 4, 2013

Relativiti masa...

.


Menurut kata Einstein, detik masa berubah mengikut situasi.
Kalau hatinya cerita dan sukacita, atau mungkin berahi, detik masa berlalu pantas.
Kalau hatinya bosan dan sepi, atau mungkin menangis, detik masa berlalu perlahan.
Kalau perlahan, tak sabar-sabar nak tengok jam...


Menurut kata Azlan, detik masa berubah mengikut gerak nadi.
Kalau tiba-tiba nadinya berdenyut laju, detik masa juga berlalu laju.
Kalau tiba-tiba nadinya berhenti, masa untuknya juga terhenti...


Menurut kata Hasri, detik masa tidak berubah pun kelajuannya.
Masa tetap berdetik pergi...
Yang membuatkan kita rasa seolah-olah masa berubah hanyalah persepsi terhadap relativiti.
Dan secara tekniknya, trajektori dalam ruang-masa (tapi Azlan tak suka teknik-teknik ni)
Bayangkan begini...
Kita sedang memandu di lebuh raya, tiba-tiba sebuah bas ekspress memotong dari sebelah kiri.
Kita rasakan bas itu memotong perlahan-lahan
Tapi sebenarnya kedua-duanya bergerak melebihi 100km/j.
Kalaulah kita terkejut apabila dipotong begitu dan menekan brek.
Kita dapati bas ekspress itu terus meluncur lebih laju.
Sedangkan sebenarnya kita yang semakin perlahan, bukan bas itu yang semakin laju.
Tapi bagi Dino yang sedang menjual buah durian Musang King di tepi lebuhraya itu.
Kedua-dua kereta dan bas itu bergerak laju dan sukar untuk dibezakan lajunya.


Menurut aku pula, masa itu makhluk Tuhan...
Selagi ia makhluk, kita boleh meminta kepada Tuhan agar memberikan kita kekuatan
Dan keupayaan untuk menundukkannya... seterusnya, menguasainya.
Untuk menjadinya laju atau pun perlahan.






.

7 comments:

sudipVSsenduk said...

purata laju = jarak yang diambil bahagi dgn masa yang diambil

Nizam.Ariff said...

SvS,
purata masa?
masa diambil bahagi laju diambil?

t.a.t.a said...

kalau nak brake secara tiba-tiba, pastikan belakang tiada kenderaan lain ya.

sepa said...

Hasri kata tu betul, masa tak berubah...
Azlan kata pun betul... detik masa berubah...


Hasri dan Azlan sepakat berkata,
sekiranya kita bergembira, kita sebenarnya bukan bergembira, sebaliknya memecutkan masa, jadi masa secara relatifnya pantas berlalu...
sekiranya kita berduka, kita sebenarnya bukan berduka, sebaliknya menyedut dan mengherotkan masa, jadi masa secara relatifnya lambat berlalu...
sedangkan, sebenarnya, masa kita bergembira dan masa kita berduka adalah sama sahaja...


.
...cuma, bayang2 lah yang sentiasa mengepung kita, kerana bayang2 merupakan sisa-sisa masa...!!!

.

Nizam.Ariff said...

Tata,
macam pernah terkena je tu... hehehe



Sepa,
Ya, kita bisa mengherotkan ruang-masa dengan cara ketawa-gembira... alangkah ajaibnya manusia...

dan ya, baying-baying silam adalah sisa-sisa masa yang enggan punah, seperti telur di kupas, telur sudah dimakan tapi cengkerangnya masih ada bersisa....

t.a.t.a said...

bercakap dari pengalaman.

haha

Nizam.Ariff said...

Tata,
hahaha....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com