Hari Sabtu baru-baru ni, aku dapati Ariff gelisah semacam di meja makan...tempat dia selalu buat ulangkaji atau main internet. Bila aku rapati, dia pun buka mulutnya. Di atas meja ada sekeping kertas yang berconteng dan berlakar sesuatu. Dia cuba terangkan apa yang ada dalam fikirannya melalui lakaran tetapi payah. Inilah yang dia lakarkan (aku lukis semula):
Katanya itu 'donut' ... bermakna ianya berbentuk tiga dimensi |
Katanya:
Apa yang berlaku ada penyebabnya dan perjalanan dari 'sebab' kepada 'akibat' mengikuti dua lorong berbeza: lorong realiti dan lorong spiritual. Di lorong realiti, rentetan peristiwa akan dapat dilihat sebagai yang tersurat. Manakala di lorong spiritual, rentetan peristiwa dilihat sebagai yang tersirat. Peristiwa yang berlaku di sepanjang ruang realiti mungkin tidak selanjar atau mungkin berperingkat-peringkat (diskrit) tetapi apa yang berlaku di sepanjang ruang spiritual biasanya adalah hampir lurus. Manakala garisan lurus yang merentasi donut itu ialah masa manakala isipadu donut itu adalah ruang di mana peristiwa itu berlaku. Merangkumi segala peristiwa itu ialah 'Pengalaman'.
Aku tertarik dengan model 'donut' yang dia bina. Aku tertarik apabila dia cuba mencari relationship between reality and spiritual in the space-time fabric and how would they react to the cause and effect. Kita kena fikirkan ianya sebagai satu perjalanan. It is more interesting when the experiential journeys for both realty and spiritual are somehow warping around the center of the donut. According to 'string theory', warping of space-time fabric may be caused by gravitational force but in his model, the force is yet to be discovered. I suggested the force is coming from 'Kun Fayakun'. Whereas the outer space of the donut is just 'nothingness', he said. But I suggested its should be 'meaningless' instead. Ones may feel the experience from cause to effect is straight forward but for somebody outside the field, they may see it is warping in the space-time fabric i.e. within the donut.
What does this mean?
- Apa yang kita rasai semasa menjalani pengalaman itu adalah dipengaruhi oleh relativiti. Adakalanya kita rasakan masa berjalan laju, adakalanya kita rasa perlahan.
- Pengalaman tersurat (reality) dan tersirat (spiritual) tidak bergerak secara selari.
Ahhh.. itu sekadar teori. Itu bukanlah sesuatu yang pasti. Tapi, ianya bagus untuk mula membina struktur pemikirannya nanti.
.
13 comments:
dashat anak kau bro,mampu berfikiran begini....
macam mana Ariff boleh mula lukis donut tu? subjek sekolah atau saja nak mengexplorasi minda seperti ayah nya?
aku tak berapa nak faham la...otak aku dah karat..tak macam otak ariff huhu
Aku baca entry ni..
Yang aku terbayang hanya lah Dunkin Donut...hahah
pd aku agak complicated sket nak paham..hebat arif blh pikir cr nie..
itu keja skolah dia atau sesaje dia nak berfikir cmtu? Dasat jgk daya pemikiran dia... Aku mula2 tak faham sgt, tp bila ko bg contoh tu aku mcm faham le.
hebat ariff.. sampai tahap tu daya pemikiran dia... aku rasa ko mesti dh ajar dia berfikir cara ko kan...
aku tertanya-tanya kalau-kalau donut ini boleh menggantikan cause & effect matrix yg slalu engineer kat tpt keja aku tu buat. BTW, kau tak rasa ke ini intelectual properties yang perlu dipatenkan?
mesti ayah arif pon dah bnyk ajar arif pasal reality & spiritual ni. Dua2 mmg geliga.
Azani,
Entah apa pencetusnya...
Tata,
entahlah... dia baru makan kuih kut...
kniedaz,
perlukan imaginasi tinggi untuk bayangkan bentuk donut... hahaha
Daddy Z,
Takpe la.... ko rajin pegi gym... patutlah body berketul sampai masuk mimpi orang... hahaha
ummuaidan,
dia fikirkan ke satu tahap dan aku cuba nak mengerti... kemudian aku gunakan pengetahuan aku untuk kembangkannya lagi...tu je.. tak ada apa-apa ..
LyDS,
Ini bukan keje sekolah... tapi mungkin pengaruh Disc Channel tentang kuantum mekanik kut..
Su @ Aya,
Aku tak ajar.. tapi dia Nampak dan ikut...
Cinta,
Cause - effect matrix tu teknikal... yang ini theoretical... tak boleh kut. Tapi, mungkin juga boleh.... dan ianya jadi new knowledge.. .boleh buat PhD la nanti...
Seri,
Aku rasa dia terfikirkan pasal beberapa event yang berlaku di sekelilingnya dia dia cuba mencari jawapan dari segi spiritual... maksudnya, seperti soalan "kenapa aku ditakdirkan untuk menerima kerja ini?"... begitulah kut...
bro... ko storikan kat dia, ever-expanding universe. hehehe...
.
yang sepatutnya, berkadaran dengan masa, donut itu akan membesar jgk, selari dengan pengalaman dan masa berkembang...
.
yang jelasnya, sejauh manerpun kita pergi, sebenarnya, kita menuju ke titik asal...
.
...selamat maju jaya kat anak mu bro.!
Sepa.
Nanti dia akan tau...
Post a Comment