Friday, November 1, 2013

Epilog cinta...

.

"Banyak yang kita belum lakukan sama-sama rupa-rupanya. Bila diingat balik, terasa benar ruginya."

     'Iye? Contohnya?'

"Hendak diundur semula masa, tak berdaya."

     'Tadi tu, apa contohnya, sayang?'

"Ingat tak dulu kita pernah kata nak panjat puncak Kinabalu?"

     'Aha...saya ingat. Masa tu kita...'

"Masa tu kita baru lepas nikah." Mata Nita redup dan mendung.

"Awak kata, awak mahu pahat cinta kita di atas batu pejal di puncak sana. Awak kata, awak mahu jerit kepada awan yang awak sayang saya...awak...awak." Pecah  sudah air mata Nita. Tekaknya serasa ada duri-duri tajam menyucuk-nyucuk.

     'Maafkan saya. Kita sibuk'.

"Awak kata, bulan di puncak sana besar sebab dekat..."

      'Maafkanlah sayang, awak pun tahu...'

"Sampaikan awak boleh berbisik pada bulan..."

      'awak pun tahu kita tak sempat. Awak ingat lagi tak apa yang telah terjadi?'

"supaya bulan sentiasa temankan malam saya.."

      'Nita? Awak ingat tak?'

"supaya saya tak takut untuk tidur dan ..."

     'Nita? Awak dengar tak?'

"... dan bermimpi." Esak tangis Nita semakin galak. Dia lap airmatanya dengan hujung selendang.

    'Hey Nita! Awak dengar tak?'


Nita tersentak. Dia pandang sekeliling. Tadi seperti terdengar sesuatu tapi bila diamati betul-betul, itu hanyalah desir angin memukul dedaun kemboja.

"Cukuplah dulu, awak. Saya balik dulu. Awak berehatlah dengan tenang. Nanti kita bercerita lagi." Nita kemaskan selendangnya.

Sebelum Nita bangun, disiramkan air mawar ke tanah yang masih merah. Dia taburkan kembang melati dan melur. Angin petang meniup bau wangi melur lalu wanginya bersatu dengan bebunga kemboja merah dan putih...




.

14 comments:

t.a.t.a said...

Nita tersentak. Dia pandang sekeliling.

Yang kedengaran hanya lah desiran bunyi mesin yang menyalurkan oksigen. Nita renung muka Hasri. Tenang. Mendamaikan. Macam Hasri sedang lena saja lagaknya.

Nita cemburu melihat ketenangan Hasri itu. Ingin saja rasanya dia masuk ke sana dan mengacau ketenangan itu. Tidak pun bersama-sama merasai ketenangan itu.

Nita kesat air mata. Peneman jiwa yang setia sejak beberapa bulan ini.

Jam tangan di pergelangan kiri dijeling. Jam tangan pemberian Hasri ketika di awal perkenalan.

Sudah lewat. Perlu bergerak sekarang. Walaupun waktu melawat sudah tamat, tapi Nita macam mendapat kelonggaran dari staff di hospital itu. Setiap hari Nita tidak jemu menemani Hasri.

"Nita pulang dulu ya Hasri. Nanti Nita datang lagi. Selamat tinggal sayang."

Nizam.Ariff said...

Tata.
Ahhh... scenario itu masih belum terlambat, masih ada harapan untuk 'undo', belum cukup untuk menangis kerana menyesal tak sudah... hahaha

t.a.t.a said...

boleh juga jika semua ini hanya mimpi cuma. mimpi dalam mimpi.

Nizam.Ariff said...

Tata
Bukan mimpi... tapi bayangan...hehehe

Umm AA said...

hasri dah meninggal ke nita cuma bermimpi jer..?

Anonymous said...

sedihnye...

anak die meninggal ke?

Nizam.Ariff said...

Ummu.
Dlm sketsa tu Hasri dah mati...


RC.
Tak...laki dia...kan ke ada ckp nikah tu...

sepa said...

aku scroll up down up down, takder pun nama Hasri...! bukan Jamil ker.?! konpius aku... hahaha


.

t.a.t.a said...

sepa, untuk versi aku, aku guna Hasri. Nizam punya tak de nama.

Nizam.Ariff said...

sepa,
Bukan ke cerita2 sebelum ni Nita brpasangan dengan Hasri?

Juliet dgn Malim
Man Lalok dgn Ayu Jannah


tata,
kita sama...

LydSunshine said...

Nita tersentak. Barulah beliau sedar yang selama ini dia pekak badak. Kadang2 dengar kadang2 tak dengar. Hahah.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
KAKAKAKAKKAKAA.... Ko memang anti-climax la...

Kakcik sokong Pahang? Mestilah eh...

Unknown said...

follow dayat balik tau... insyaAllah allah balas baik atas pertolongan awak... thanks :)

Nizam.Ariff said...

Dayat,
Ok.. Thanks kerana datang singgah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com