Dah lama aku tak memancing di laut belah-belah Klang. Aku rasa kali terakhir aku memancing di sekitar itu 2-3 tahun dahulu. Kalau spesifik daerah Pulau Indah, aku rasa 4-5 tahun dahulu. Lama. Malah tempat yang biasa aku memancing pun sudah berubah.
Kawasan berhampiran Pelabuhan Star Cruise pun sudah tidak dibenarkan masuk untuk memancing. Kawasan rekreasi di penghujung Pulau Indah yang dulunya dikenali sebagai Angler's Heaven turut sudah berubah. Baru-baru ini aku pergi, tiada lagi pontoon, tapi jeti pemancing masih ada dan elok.
Jadi, aku dan kawan-kawan perlu cari tempat yang baharu. Semalam, seharian kami berkelana di sekitar Pulau Indah dan kami nampak beberapa tempat baru... banyak sebenarnya. Ini kerana banyak kawasan di pulau itu telah mulai dibangunkan.. .menyebabkan laluan ke pinggir pulau lebih mudah untuk diakses. Jadi, pilih sahajalah di mana-mana asalkan ada tempat untuk melabuhkan umpan.
Seperti orang lain juga, kami mahu cari tempat yang 'rahsia' dan selesa untuk memancing. Untuk aku pula, aku mahu cari tempat yang boleh Ariff dan Mama ikut tanpa rasa bosan menunggu aku memancing.
Kalau tgk googlemap, ada nampak bot-bot nelayan, tapi bila masuk ke situ, yang tinggal hanya runtuhan jeti kayu dan beberapa bangkai bot kayu |
Ada lorong tinggal, juga ada kayu pancang joran lama di tebing. Maknanya, sudah ada pemancing yang mencuba di sini. |
Untuk mencuba, kami labuhkan juga pancing. Kami nak tahu ikan jenis apa di situ dan umpan jenis apa yang sesuai...yang menjadi selera ikan-ikan di situ.
Kawan aku telah berjaya menaikkan Pari jenis Ketuka (pari kecil) dengan umpan udang mati. Manakala umpan sotong pula kerap habis digerit ikan kecil atau ketam. Manakala aku pula...
Fugu... Pufferfish |
Aku pula telah 'berjaya' menaikkan dua ekor Ikan Buntal.
Ikan buntal merupakan bahan seranahan pemancing. Selain sering 'mengganggu' umpan dan kerap memutuskan tali pancing dengan giginya yang seperti gigi kapak, ia bukan spesis yang orang Melayu suka makan. Selalunya kalau kawasan itu ada buntal, ianya bukan seekor. Patutlah kawasan itu seperti ditinggalkan oleh kaki pancing. Kerap 'diserang' oleh Buntal.
Tapi, sebenarnya aku telah Berjaya menaikkan ikan yang boleh dikatakan ikan eksotik dan mahal!
Di Jepun, ikan Buntal atau Fugu dihidangkan di restoran-restoran sushi dengan harga yang mahal! Satu hidangan ikan Fugu boleh mencecah ribuan ringgit harganya. Orang yang menyiangnya perlu ada kelulusan dan sijil khas untuk ikan Fugu ini, jika tidak, racun tetrodoksinnya mampu menyebabkan koma seperti zombie atau lebih teruk...mati. Tetrodoksin tiada antidote, kalau tak silap aku.
Jadi, aku telah berjaya menaikkan dua ekor ikan yang mahal...!
Tapi aku buang semula ke air...
.
17 comments:
ayat-ayat memujuk hati tu... hahaha
pesal ko tak export ikan tu ke jepun nizam? mana tahu dpt 2-3k.
eh, ikan buntal ni, ikan yg boleh menggelembung tu kan.
Su.
Kat jepun dah byk buntal..hehe
Ikan buntal yg suka kembong tu..
Tak pernah tengok ikan buntal sebenarnya malah tak pernah cuba nak google nak tau rupanya macam mana.. ok.. macam tu rupanya..
Aizamia.
Dia belum sedut angin lg tu..kalau tak, lagi bulat jadinya...
pulau indah dah tak indah lagi
bawah jambatan (tiang) pulau indah tu boleh turun lagi tak? dulu boleh, satu kepala bayar rm1... sekarang entah la.
Lelaki.
Ya...skrg byk dah botak...
SM.
Aku tak pasti skrg ni...dulu pernah tgk je..tak berani nk panjat tangga
Zam, reply komen kau botak, bawah pun si botak jugak.
ikan fugu tu kalau bagi haiwan lain makan, eg: kucing, kucing tu mati tak?
Hati2 memancing.. jgn pancing yg lain sudah..
Tata.
Aku rasa mgkin mati juga kut...
SMM.
Hutan kak. Takkan nak pancing puteri bunian lak... Haha
pernah makan fugu masa trip main snowboard di sana.. masa tu tak perasan pun tu fugu..hahaha..
Rai,
Alaaa.. kalau aku tau awal2 aku pos ikan tu kat ko.... hahaha
bela dalam akuarium tak boleh ke? ngeee~
GB.
Boleh...tp akuarium air masin leceh nak maintain..
Ikan buntal ni skarang bnyk org jadikan nye sebagai hiasan. Mereka akan buang segala isi perutnye dan tiupkan belon didlm badan ikan tersebut dan diorg keringkan. Setelah kering bekas belon tu dikeluarkan dan dapati ikan tu mengembung. Kebanyakan org2 yg duduk dipulau peranginan membuat hiasan ni. Mereka gantungkan di bumbung kedai,cafe dan sebagainye. Nak nampakkan lagi cantik, letak lampu dlm badannye.
JoeSparrow,
Alaaa.... aku dah buang...
Kalau tak, cantik juga tu...
Mencari sgt ikan buntal ni. Kononnye petua tanam buntal yg belum disiang utk bunuh anai2.
Post a Comment