Saturday, March 22, 2014

Aku sekadar mahu hidup penuh erti...

.


Hidup ini singkat.
Tak percaya?
Cuba tanyakan semalam, apa pendapatnya tentang esok.
"esok?"

Sesukar itu mencari jawapan.
Umur kita dikirakan setakat hari ini.
Bergembiralah, senyumlah.
Tak perlu difikirkan esok lagi.

Aku penat memikir, bukan tentang diri.
Tetapi tentang mereka, mereka.
Busuk hati.
Hanya menyemakkan fikiran, menyesakkan dada.
Aku sekadar mahu mengutip rezeki di sini.
Aku sekadar mahu hidup penuh erti.

Dan ini bukan puisi.
Tetapi sekadar ayat mudah, ringkas.
Kerana aku sudah malas.
Kerana aku sudah puas.
Kerana usia berlalu pantas.





.




8 comments:

t.a.t.a said...

Ayat mudah ringkas yang bukan puisi ini kau copy paste atau karang sendiri?

Dr K said...

enjoy the moment yg Allah beri peluang

Nizam.Ariff said...

tata.
ko google le kat mana mana kut kut trjumpa bg tau aku...hehe

ahmad Izuddin.
:)-

Nizam.Ariff said...

daddyz.
yup..itu intipatinya...
dan nak enjoy pun jgn sampai suka2 umpat fitnah orang lain...kan?

t.a.t.a said...

Zam, itu smiley orang yang ada janggut eh?

Nizam.Ariff said...

tata.
hehe...goatie....

Jahirah said...

yup life is too short...so habiskan sebaik mungkin..:)

Nizam.Ariff said...

aishah.
terasa baru kelmarin belajar naik basikal..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com