Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:
Dari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Bahwa beliau
bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal
perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah?
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam menjawab: Aku juga tidak, hanya saja
Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha
berbuat dan berkata yang benar. (Shahih Muslim - no. 2412-2416)
Jadi, fikirkan semula segala amal ibadah, sedekah jariah malah
amalan-amalan wajib dan sunat itu apakah objektif sebenar yang kamu buat? Adakah diatas motivasi mahukan limpahan pahala yang banyak
dan tinggi untuk dibawa ke pintu syurga?
Pahala seumur amalan masih tidak dapat menebus
setitis air hujan atau sehela nafas atau kesempatan dan kasih sayangNya kepada
kita sebagaimana kita tidak dapat menebus air susu yang kita
minum dari nenen ibu...
Kata seorang teman, ia hanya menunjukkan magnitud kesukaan Allah terhadap
amalan-amalan itu. Ia hanya menyatakan perbandingan bahawa Allah lebih suka amalan-amalan yang itu. Jadi fokuskan dihati bahawa jika darjat atau pahala itu
dikatakan amat besar, kita ambil faham bahawa amalan yang itu
sangat-sangat disukai Allah, maka kita lakukanya demi Allah dan semoga dilakukan dengan ikhlas. Ini kerana ukuran keikhlasan itu menentukan penerimaan sesuatu amalan kita, bukan banyak atau sikit sedekah atau puasa dan lain-lain.
Kita lakukannya untuk apa? Untuk menjadi hamba kesukaan Allah....
itu sahaja.
Jangan difikirkan sangat pasal pahala-pahala itu.... itu
hanyalah motivasi bagi orang-orang yang masih memerlukan 'umpan' untuk berbuat baik, ia seperti umpan gula-gula
kepada kanak-kanak kecil. Bagi kita yang dah dewasa seharusnya kita tidak perlukan gula-gula lagi...
.
13 comments:
ya...sepatutnya begitu tetapi sudah fitrahnya manusia, akan melakukan sesuatu kerja kerana ganjarannya..tak banyak sikit mesti ada..
boleh juga kita sematkan dlm hati..beramal baik sebagai tanda kita sebagai hamba utk tunjuk tanda kita bersyukur atas segala macam nikmat yg kita dpt, sejak dari dlm rahim ibu, sampai kita mati
Bila niat kita buat sesuatu itu sebab pahala, rasa lain macam aje. Rasa macam ada lagi yang lebih mustahak dari pahala. Ya, kerana DIA.
Kniedaz,
Ya, aku setuju...
DaddyZ,
Ya, aku juga setuju...
Tata,
Ya, aku pun setuju lagi...
Kerana mengharap imbuhan pahala itu mungkin boleh menghapuskan keikhlasan..
byk beribadah + riak = perasan confirm masuk syurga (takabbur lah tu.)
byk beribadah + ikhlas = rasa takut masuk neraka.
ibadah tak byk + riak + takabbur = tak sedar diri.
ibadah tak byk + tak rasa pape = XYZ.
XYZ = pikir snirilah.
heheh. ntah betul ke tak persamaan2 ni sume.
cinta.
hehe...aku pun setuju gak..
cuma ada persamaam lagi..
ibadah x byk + ckp 'saya bkn manusia hipokrit' = ???
haha
sy suke baace entry2 awk..bole follow sy? may be we can be a real friend http://unaaryaan.blogspot.com/
sy suke baace entry2 awk..bole follow sy? may be we can be a real friend http://unaaryaan.blogspot.com/
Nurul,
Boleh...kita kawan semua ek...
betul ke ada hadis ni? serius aku tak tahu jugak. Heheh.. dah mmg la logik kalo aku tak tau. Ilmu hadis aku mungkin hanya ada 1 percent je. Jadi, apa yg oleh menyelamatkan manusia? Erm... sedekah jariah juga amalan. Tak faham ni.
LydS,
Cuba la cross-check tengok nombor hadis tu valid ke tak...
LyDS,
Aku ambik sumber yang lebih sahih tentang hadis tu...
mungkin sesetengah org, sudah fitrah kejadiannya, berbuat baik tanpa mengharapkan balasan (tak terfikir untuk dapat pahala), kerana rasa tanggungjawab. contohnya, seorg ibu, menyusukan anaknya. bukan sebab nk dpt pahala.. tp atas rasa tanggungjawab.
just my 2 cents. :)
Post a Comment