Sebelum ini aku ada lekatkan satu hadis tentang bagaimana alam ini dilipat-musnahkan di hari kiamat. Ada beberapa hadis lagi, namun aku pilih hadis yang itu kerana ada sesuatu yang secara literalnya menarik.
Hadis riwayat Abdullah bin Umar, ia berkata:
Rasulullah bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Shahih Muslim No.4995)
Aku tidak mahu menafsirkan hadis tersebut kerana aku bukan ahli dalam bidang ilmu tafsir. Kerana untuk memberi tafsir itu memerlukan ilmu-ilmu yang lain pula, bergantung kepada konteksnya. Jadi aku hanya ambil keseluruhan cerita secara lilteral, iaitu begini: Pada hari kiamat nanti, Allah akan hancurkan segala apa yang di langit (diterjemahkan sebagai 'langit-langit') dan segala yang di bumi. Kemudian Allah akan bertanya kepada orang-orang yang berkuasa dan sombong tentang hari itu. Semestinya Allah bertanya kepada diriNya sendiri kerana semua yang dalam kategori makhluk telah musnah-hancur.
Semasa kecil dulu, ustaz pernah bercerita bagaimana pada hari kiamat nanti semua akan hancur, sehinggakan para malaikat juga akan mati...dan akhirnya Izrael sendiri akan mencabut nyawanya. Kemudian, apabila semuanya telah musnah, Allah akan hamparkan 'bumi' dan hidupkan semula kita semua untuk dihisab.
Baiklah... ini pula yang bermain dalam fikiran aku:
- Bahawa semua yang dikategorikan sebagai makhluk akan musnah. Ini termasuk alam ini atau 'universe' atau semua planet-planet akan hancur. Bumi akan hancur hingga tiada lagi yang selamat.
- (Di sini aku minta jangan difikirkan nasib perkara-perkara yang menjadi perdebatan ulamak seperti nasib Arasy, Luhil-mahfuz dan sebagainya sama ada mereka turut musnah atau tidak kerana status mereka dibahas sejak ulamak dulu sampai sekarang. Begitu juga dengan nasib Syurga dan Neraka, sama ada ia turut hancur ketika kiamat kerana Nabi pernah dibawa melihat syurga dan neraka, bermakna syurga dan neraka telah ada dan adakah nanti mereka dimusnahkan dan dibina semula. Sama seperti nasib ruh mereka yang meninggal dunia sama ada ruh-ruh itu akan mengalami kemusnahan seperti mana mereka yang masih hidup yang mengalami peristiwa kiamat itu).
- (Juga bagaimanakah kemusnahan akibat kiamat itu kepada alam ini, adakah alam ini akan dihancurkan sehancur-hancurnya sehinggakan kewujudannya lenyap seperti mana keadaan asalnya yakni 'tiada'? Kerana segala makhluk ada permulaan termasuklah alam ini. Jadi kehancuran makhluk ini sehingga tahap mana? Adakah setakat musnah hancur jadi debu atau sehingga hilang kewujudannya kerana pada asalnya hanya ada Wujud Allah yang Maha Esa tanpa ada makhluk termasuklah alam ini. Jangan pula terlintas dihati yang kalau alam ini musnah dan lenyap dari segi fizikalnya, di manakah pula Allah kerana Wujud Allah itu tidak perlukan ruang tempat dan masa.)
- Semua yang aku (....) adalah bukan dalam ilmu aku. Aku boleh bertanya tetapi aku tak punyai jawapannya.
- Tetapi jika manusia mempunyai jawapannya akan membuatkan kita boleh memahami dari sudut ilmu fizik bagaimanakan alam ini dibentuk dan termusnah. Selagi tiada jawapan yang pasti, manusia hanya akan berteori sahaja.
- Contohnya begini:
- Jikalau kemusnahan kiamat itu seperti sebuah bandar besar dengan bangunan-bangunan tinggi diledakkan dengan bom yang kuat sehingga hancur dan rata, kemudian dibina semula bangunan-bangunan dan jalan raya dari puing-puing yang ada.
- Atau kemusnahan kiamat itu kehancuran secara total di mana semua alam ini rosak dan hancur ke tahap partikel atomik dan kembali ke keadaan primordial seperti sup tenaga yang padat tetapi tidak berbentuk, sekitar sebelum Big Bang (jika benar wujud Big Bang).
- Atau kemusnahan total seperti mana Allah belum wujudkan alam ini atau sebelum Allah memerintahkan "Kun" lalu "Fayakun".
Apakah kebaikan yang kita boleh dapat dengan pengetahuan seperti itu?
Bergantunglah kepada individu itu, mungkin tiada untung apa-apa pun tetapi bagi aku ia dapat membantu aku memahami Allah. Bukankah Allah perintahkan kita memikirkan kejadian-kejadian ini? Alam dan kiamat adalah diantara kejadian-kejadian milik Allah...
.
5 comments:
hadis ni first time aku baca dlm entry ko yg lepas. Selalu jugak aku fikir mcmn keadaannya nanti pada waktu itu. Nak jelaskan apa yg aku fikir tu pun aku tak mampu. Aku terlalu takut.
LyDS,
Memang semua org takut...kita dibangunkan semula dalam keadaan telanjang (ada hadis kata yang lelaki dalam keadaan belum khitan).... tapi kita tak ada masa nak peduli semua tu sebab semuanya risau dan takut... kemudian barulah Allah anugerahkan pakaian kepada mereka yang layak... dan hmm.. oh ye.. payung emas! Ko boleh dapat payung emas... hehehe
ko ingat payung emas je ye..aku tak dapat bayangkan bagaimana aku akan mati, secara tragis atau sakit atau apa..yang itu pun dah buat aku gerun dan rasa kerdil..kita tak tau
fikir konteks masa, zaman, ruang...tu semua mahkluk Allah..dan Allah tak perlukan semua itu..jadi kiamat buat kita yg hamba ini, bagi aku mmg segala bentuk mahkluk & hamba, akan ZERO/TIADA. Mmg tak terlangkau dek akal kita yg amat lemah ini, tentang rahsia sebegini
kniedaz.
emas permata tiada nilainya di padang itu..hehe
daddyz.
so, pendapat ko alam mkhluk akan kembali seperti sebelum kejadian lagi la? hmm...mungkin juga. tapi aku cenderung utk mempercayai alam makhluk hanya dimusnahkan...dalilnya: langit dan bumi 'dilipat-lipat' atau dibolak balik atau menjadi tunggang langgang, keduanya Allah masih 'memegang' (dgn Kudrat dan IradatNya) langit dan bumi...maknanya jisim alam makhluk itu masih ada ...wallahu'alam..
Post a Comment