Monday, March 17, 2014

Apabila langit-langit dan bumi digulungkan...

.



Hadis riwayat Abdullah bin Umar, ia berkata:

Rasulullah bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Shahih Muslim No.4995)

 

Aku tergerak untuk menulis tentang 'alam yang dihancurkan semasa kiamat' setelah membaca satu artikel tentang nasib sesuatu maklumat apabila memasuki sebuah Lubang Hitam, dimana mengikut para ahlul fiziq moden, ' information will be destroyed in the black hole' sedangkan mengikut prinsip keabadian maklumat, yang juga didokong oleh ahlul fiziq moden, maklumat tidak termusnah. Maklumat yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti data dari transponder MH370 itu tetapi ia adalah ciri-ciri, sejarah malahan fizikal yang menunjukkan keberadaan / kewujudan sesuatu benda itu sendiri.

 
Contohnya, walau pun Altantuya telah di C4 kan dan hancur luluh namun maklumat tentangnya telah tersebar kepada manusia malahan letupan itu turut dikongsi oleh pokok-pokok, batu-batu malah semua benda yang ada di tempat itu. Dengan kata lain, maklumat tentang Altantuya itu telah disebarkan ke benda-benda lain dan telah menjadi rekod. Bagi seorang yang mahir dengan forensik, dia pasti akan dapat kumpulkan semula maklumat itu dan dapat membentuk semula 'Altantuya'. Begitu juga planet yang musnah di langit, walau pun jasad itu meletup dan musnah, sebenarnya tenaga yang ia pernah ada telah tersebar dalam pelbagai bentuk termasuklah dalam bentuk gelombang. Beginilah caranya para ahlul fiziq ketemukan apa yang mereka gelar peristiwa 'Big Bang' sedangkan perkara itu berlaku berbillion tahun dulu.

 
Kita lihat amal perbuatan kita pula. Walau pun bumi dan langit telah musnah ketika kiamat, maklumat serta data tentang diri kita tidak musnah. Maklumat itulah nanti akan digunakan untuk menilai perbuatan yang telah kita lakukan ketika proses timbangan di Mizan. Bagaimana maklumat itu disimpan hanya Allah yang tahu. Setiap kali bila bercerita tentang maklumat amalan untuk digunakan di akhirat nanti, aku akan menjadi sentap dan menendang dalam jiwa. Banyak kesalahan dan kesilapan yang aku sudah buat. Aku amat berharap aku tak mempunyai dosa syirik - sama ada sedar atau tidak sedar.

 
Tapi sebenarnya aku nak bercerita pasal perkara lain, bukan pasal yang ini. Tapi ini pun dah panjang. Nanti-nantilah aku aku tulis (kalau aku tak lupa), inshaAllah...






.

7 comments:

Lady Windsor said...

Aku faham ko nak kata apa, tapi aku tak ada ayat sesuai nak tulis ni..sama cam kalau depan makanan jangan nak cakap benda yg bukan2 atau mencarut tak tentu hala..boleh tak???

Nizam.Ariff said...

lw.
hmmm....tak juga..aku nak citer something yg lain...haha

t.a.t.a said...

Perenggan kedua terakhir. Bila cakap pasal hitung amalan, aku akan tersentap. Memang tersentap! Aku akan mula fikir balik amalan yang aku buat. Perhubungan aku dengan Dia, dengan manusia, dengan makhluk yang lain. Orang-orang yang aku buat jahat masa kecil² dulu. Memang akan ingat balik.

SuzieLAWAti said...

saya cuma nak cakap.. yang bulu roma saya tegak bila baca... sebalik cerita ini tersirat berjuta erti yang hanya faham tentang kesalahan sendiri.. tapi akan di tayangkan bila tiba waktu nya...

MasyaAllah.... Astaghfirullah.... Ya Allah... Kau ampuni Dosa2 haba Mu ini...

SuzieLAWAti said...

*Hamba ..

LydSunshine said...

aku plak bila fikir pasal perkara2 dosa yg aku penah buat, aku harap semuanye tu terlepas pandang oleh Allah tp mmg takkan terjadi. huhu.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Semua org akan disentap-sentap nanti... huhuhu


CPL,
Kau lebih mengetahui apa yang kau ketahui, aku pun mengetahui apa yang aku ketahui... tapi Tuhan Maha Mengetahui semua kita...kita minta belas ehsan sahajalah... nak buat cemana lagi..


LyDS,
Mana boleh lepas pandang!... hahaha Takkan terlepas dan sudah ditulis oleh para malaikat... cuma kita minta ianya 'dipadamkan', kalaulah boleh...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com