.
"Bang...saya memang buta.
Saya buta mata.
Satu dunia saya tak nampak.
Tapi...
Abang tu buta hati.
Dunia dan akhirat abang tak nampak."
"Bang....mata saya je yang buta.
Tapi deria lain saya ada lagi.
Walau pun saya buta tapi saya boleh rasa.
Tapi...
Hati abang tu dah buta.
Abang dah hilang rasa.
Abang dah tak ada perasaan."
Kata-kata daripada si buta kepada si celik, ketika si buta sedang kesasar di bahu jalan dan hampir menabrak si celik.
.
Saturday, August 30, 2014
Friday, August 29, 2014
Jenang...
.
Jenang.
Matanya berair dirundung asap sabut. Merah menyala seperti biji saga. Nasiblah hari masih siang, jikalau tidak, mungkin ada yang kata dia itu hantu raya. Tapi air mata itu air sangsi. Sama ada pedih atau tangis. Atau tangis sebab pedih. Atau pedih apabila dia menangis.
Dan pedih itu datangnya dari mana? Adakah asap sabut mencubit biji matanya atau dari hatinya yang seperti disayat-sayat? Hanya dia yang tahu kerana dia yang berada di situ...di tepi sebuah wajan besi baja yang tebal dan hitam.
Semakin lama semakin pekat Jenang. Bau wangi gula dan santan naik menyentap kudup-kudup rasa. Menyengkak hidung. Semakin payah tangannya memutar, memugar, menggaul. Jenang semakin berat. Jenang semakin pekat. Semakin jugalah air matanya bercucur. Semakin jugalah hidungnya berhingus.
Jenang meletus-letus. Bak lahar gunung berapi yang menggelegak. Teringat dia dulu ada satu cerita bagaimana seorang budak kecil terjatuh ke dalam Jenang. Melihat akan Jenang yang meletus-letus itu, ngeri menjalar dari tumit kaki naik ke pangkal leher.
Jenang sudah pekat. Terlalu pekat untuk dikayuhkan sudip lagi. Akhirnya dia beralah. Dibuangkan api berbara yang masih tinggal. Dikuisnya jauh sedikit. Disekanya peluh yang merenik di dahi. Disapunya pipi yang bergenang air mata.
Jenang, apa yang telah kau buat padanya? Kau pada mulanya cair, jadi semakin pekat sedangkan usia tua dia memamah kudrat saat demi saat, dari kuat menjadi lemah. Dan ketika dikemuncak dia lemah itulah Jenang menjadi pekat melekat.
Jenang.
.
Wednesday, August 27, 2014
Rangka ucapan aku...untuk pagi ini.
.
Ucapan ini direka untuk mereka nanti...tapi dalam hati, kalau boleh, aku tak mahu ucapkannya. Kerana kalau aku terpaksa ucapkan, bermakna motivasi mereka sudah berada pada tahap yang rendah...
The best to describe the mess is, as we call it, 'spherically bad'.
It is so bad that in whatever angle you look at it
Or how you look at it, you will see it always bad.
Because it is a sphere.
I know it...you know it....so, I guess we all know it.
But, more important, what do we do about it?
Do we jump off?
Or do we walk through it?
So what now?
Yes, we had a choice
And chose to play them with the highest card.
And we failed.
So what now?
Marconi failed.
Edison failed.
Mandela failed.
Hamas failed.
But did they fail all the time?
Failure is not the end, it is a begining of a new step
A step of thousands of steps...millions of steps
But we must have courage to start walking again.
Do we have another chance?... yes.
Do we have another choice?... yes.
We played this game before.
And we will play the same game.
But something will change
Definitely, we will play differently.
Not as before.
Not anymore.
If we tough enough to stay.
If we believe in ourselves.
Together, there will be a success.

Tuesday, August 26, 2014
Lean Management... elakkan pembaziran...
.
Lean Management adalah istilah Barat.
Titik tolak asalnya ialah prinsip penyingkiran pembaziran atau 'waste elimination principles' yang diperkenalkan dari Jepun. Prinsip ini dipopularkan melalui Toyota Production System atau TPS, yakni satu kaedah yang sistemik yang diamalkan oleh Toyota sehingga menjadi budaya kerjanya. Kemudian ia dicontohi oleh pemain industri automotif dunia. Akhirnya, banyak sektor lain pun turut mengamalkan budaya ini.
Konsep asas Lean Management ialah mengurangkan pembaziran.
Dalam Lean Manufacturing, ada 7 pembaziran yang dikenal pasti.
3. Motion is a waste.
Banyak bergerak adalah pembaziran tenaga. Kalau dah berteleku di depan tv tonton bola tiba-tiba terasa haus, suruh anak ambilkan air di dapur.
4. Waiting is a waste.
Melahu akibat menunggu atau melangut adalah membazIr. Daripada dok diam tak buat apa-apa yang berfaedah, zikirlah.
5. Processing is a waste.
Memproses terlalu lama adalah pembaziran. Seeloknya, kurangkan masa untuk memproses sesuatu. Kalau boleh, buat proses yang selari atau dua tiga perkara dalam satu masa. Contohnya, mandi+gosok gigi+bersabun secara serentak.
6. Inventory is a waste.
Menyimpan sesuatu dengan banyak untuk kegunaan kemudian adalah pembaziran. Inventori bermakna modal terpendam dan tak dapat ditukarkan kepada keuntungan. Jangan simpan banyak sangat barang makanan di dalam kabinet atau peti sejuk. Kalau stok makanan untuk sebulan, kurangkan kepada seminggu. Selain daripada menjimatkan ruang simpanan, biarlah kedai atau pasaraya yang simpankan untuk kita. Aliran tunai pun lebih cantik.
7. Defects is a waste.
Buat sesuatu benda yang tak betul dan terpaksa dibetulkan semula atau dibuang adalah membazir. Rugi bahan dan masa jika terpaksa betulkan yang tersilap. Jadi, lakukanlah yang terbaik pada setiap masa sebab... adalah amat menyusahkan untuk betulkan keadaan yang sudah menjadi seperti bubur.
Kesimpulannya, gunakan sumber dengan minimum dan cukup-cukup sahaja. Bukannya kedekut...tapi untuk elak dari membazir. Membazir itu sifat syaitan...

![]() |
Sumber dari Google |
Itu dalam dunia kilang seperti dunia aku. Ia boleh diadaptasi untuk aktiviti seharian seperti berikut:
1. Overproduction is a waste.
Mengeluarkan atau membuat sesuatu melebihi sepatutnya adalah pembaziran. Kalau masak nasi sampai berlebih dan sampaikan tambah nasi semata-mata sayang kalau basi adalah pembaziran. Lain kali, sukat beras mengikut lapar perut.
2. Transportation is a waste.
Memindahkan sesuatu banyak kali adalah satu pembaziran sama ada tenaga atau masa. Perbuatan memindahkan botol kicap dari dari meja makan ke almari dan vice versa setiap makan dan sesudahnya adalah perbuatan yang membazir. Sayugia botol kicap diletakkan di atas meja makan.
Banyak bergerak adalah pembaziran tenaga. Kalau dah berteleku di depan tv tonton bola tiba-tiba terasa haus, suruh anak ambilkan air di dapur.
4. Waiting is a waste.
Melahu akibat menunggu atau melangut adalah membazIr. Daripada dok diam tak buat apa-apa yang berfaedah, zikirlah.
5. Processing is a waste.
Memproses terlalu lama adalah pembaziran. Seeloknya, kurangkan masa untuk memproses sesuatu. Kalau boleh, buat proses yang selari atau dua tiga perkara dalam satu masa. Contohnya, mandi+gosok gigi+bersabun secara serentak.
6. Inventory is a waste.
Menyimpan sesuatu dengan banyak untuk kegunaan kemudian adalah pembaziran. Inventori bermakna modal terpendam dan tak dapat ditukarkan kepada keuntungan. Jangan simpan banyak sangat barang makanan di dalam kabinet atau peti sejuk. Kalau stok makanan untuk sebulan, kurangkan kepada seminggu. Selain daripada menjimatkan ruang simpanan, biarlah kedai atau pasaraya yang simpankan untuk kita. Aliran tunai pun lebih cantik.
7. Defects is a waste.
Buat sesuatu benda yang tak betul dan terpaksa dibetulkan semula atau dibuang adalah membazir. Rugi bahan dan masa jika terpaksa betulkan yang tersilap. Jadi, lakukanlah yang terbaik pada setiap masa sebab... adalah amat menyusahkan untuk betulkan keadaan yang sudah menjadi seperti bubur.
Kesimpulannya, gunakan sumber dengan minimum dan cukup-cukup sahaja. Bukannya kedekut...tapi untuk elak dari membazir. Membazir itu sifat syaitan...
.
Monday, August 25, 2014
Urutan refleksologi Cina versus refleksologi Melayu..
.
Di Summit USJ, tingkat 1. Banyak kedai urut refleksologi di situ.
Tapi awas! Tak semua kedai urut di situ urut kaki sahaja.
Bukan amaran dari aku tapi sifu yang urut badan aku tu yang cakap.

Saturday, August 23, 2014
Friday, August 22, 2014
Find me a reason to live...
.
Dunia seperti dihurung gagak-gagak...busuk dan gelap, bising dan kecoh. Berebut bangkai anjing dan kucing, mungkin ada tikus dan biawak. Apa saja yang melintas dan tewas, akan direbut dicarik tak tertinggal apa-apa.
Melintas sesuatu dalam fikiran. Jika tewas, ia menjadi habuan gagak-gagak tadi. Jika terselamat, aku ada sesuatu yang boleh diambil untuk didakap.
Tapi...apalah sangat kalau yang didakap itu kabus. Harapan? Ahhh ...kerap tewas.
Dunia ini sudah kosong..sudah ompong. Aku dapati sunyi dalam ramai. Tiada dalam banyak. Aku penat.
Pernah dulu aku berpendapat elok teruskan sahaja hidup dengan cara menyongsong arus apa yang ada...ikut ikutan sahaja, sementara aku jumpai apa yang aku mahukan. Tapi akhirnya aku tenggelam perlahan-lahan. Tenggelam dalam aliran darah sendiri.
Kini kembali kosong. Untuk hidup?
Apalah guna hidup jika kosong tanpa sebab untuk terus hidup. Hidup seperti bangkai pun masih ada sebab untuk gagak-gagak hitam.
Apa lagi sebab yang ada untuk teruskan hidup jika yang dimahukan segalanya ada di alam mati?
Semua itu ada di alam mati...
Dunia patut mati.
Biar nanti ada taman-taman mati.

Tuesday, August 19, 2014
The story of Chatcibor
.
Itu chatcibor.
Chatcibor is a flying dragon.
It is called dragon sebab matanya so big dan ganazzz...gamaknya.
Chatcibor selalunya like near to the water.
Tapi di rumah awak does not have pond pun.
Jadi awak pun curious sebab ape chatcibor suke lepak kat situ.
Dah two three days awak nengok chatcibor nenggek situ.
Dia ngintai awak gamaknya.

Sunday, August 17, 2014
Kopi Pak Belalang...
.
Kawan. sepejabat aku. ada beri. sebekas kopi mentah.
Jenis Arabica. dan. sebekas kecil. biji kopi. yang telah siap. dia panggang.
Dia. panggang. tanpa campur apa-apa. hanya biji. kopi.
Dan. rasanya. seperti kopi di pekan sehari.
Wangi ada. warna tak hitam sangat. seperti white coffee.
Aku pula. cuba panggang segenggam. malam tadi.
Dan. kopi aku. seperti kopi Pak Belalang.
Minum dengan tutup hidung.
Mana wanginya?
Apa silapnya?

Friday, August 15, 2014
Ooo....baru aku sedar...
.
Kejap tadi...
Ketika aku lihat jauh ke dalam matanya,
aku tersedar akan sesuatu...
Bahawa....
Roda kereta perlukan penjajaran (alignment) setahun sekali untuk kesemua rodanta supaya tidak tempang jalannya.
Bola mata tak perlukan sebarang penjajaran (alignment) sepanjang hayat.
Baru aku sedar...

Oooo.... begitu rupa rupanya..
.
Aku baru tau...
Lutut ayam letaknya di belakang
Lutut orang letaknya di depan
Tapi bila berjalan, dua-dua berjalan ke depan
Baru aku tau...

Wednesday, August 13, 2014
Tetamu pertama berhari raya di rumah aku...
.
Ini tahun kedua aku beraya di rumah ini.
Setakat ini tak ada budak-budak datang beraya.
Juga tiada jiran-jiran berjenguk di pagar.
Dan aku juga tak berjenguk di pagar mereka.
Segala-galanya berjalan seperti biasa.
-bersapa bila berselisih
-angkat tangan dari jauh bila sama-sama keluar
Tapi, apabila majlis jamuan raya dibuat oleh AJK di taman, ramai yang datang. Bersembang, bertepuk tampar, perkara biasa. Malah di sini ada Telegram group yang aktif. Aku pernah join....tapi aku keluar...tak biasa dengan gurauan pakcik makcik yang kadang-kadang aku segan nak baca.
Setakat ini, hanya seorang tetamu yang datang beraya
- seorang Cina
- keluarga adik ipar.
Cina itu seorang peguam dan dia tetamu pertama.
Dia datang atas sebab urusan rasmi.
Aku jemput dia masuk, aku hidangkan kuih raya.
Kami bersembang...dari satu topik ke satu topik.
Sampaikan dia bertanya tentang soap kitchen.
Dia hairan kenapa NGO tak boleh beroperasi.
Sampaikan dia bertanya tentang fungsi zakat.
Dia hairan kenapa pusat zakat tak tolong gelandangan.
Sedangkan, katanya, gelandangan itu ramai Melayu-Islam.
Sampaikan dia syorkan Ariff dihantar ke sekolah antarabangsa.
Dia kata begitu bila Ariff menyapanya dengan berbahasa Inggeris.
Tapi dia juga kata yuran tahunannya RM30,000 dekat2.
Tapi aku kata, aku prefer Ariff ke sekolah agama.
Kemudian dia kata, memang yuran sekolah antarabangsa agak mahal.
Agak?
Ok. Aku tak tahu sama ada aku ini benar-benar antisosial.
Satu sudut, aku kurang interaksi dengan orang.
Pada sudut lain, aku bersembang dengan seorang Cina yang aku tak kenal sangat.
Mungkin aku lebih selesa dengan kumpulan kecil.
Aku mungkin kurang selesa dengan kumpulan yang ramai.
Kepada yang pandai psikologi, mungkin dia fikir akubadalah calon yang bertepatan dengan ciri-ciri ...err....err.....tanyalah mereka itu....aku tak sanggup nak cakap.

Tuesday, August 12, 2014
Adakah aku seorang lelaki NORMAL ???
.
Tadi...
Aku berjalan di kaki lima. Ada seorang lelaki sedang berjalan tidak jauh di depan aku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi penutup besi longkang yang dipijak oleh lelaki itu.
Anehnya, aku tak menoleh kepada lelaki itu tetapi aku menoleh kepada seorang lelaki lain yang berdiri di tempat lain tidak jauh dari aku. Aku toleh padanya sebab tiba-tiba dia menoleh pada lelaki yg berjalan di depan aku.
Aku sendiri pun pelik kenapa aku tak toleh kepada sumber bunyi itu tetapi aku toleh pada refleks lelaki lain... Padahal lelaki itu tak toleh kepada refleks aku.
Sepatutnya aku dan lelaki yang sedang berdiri itu sama-sama menoleh kepada lelaki yang memijak penutup besi longkang tadi. Dengan kata lain, refleks lelaki yang berdiri itu betul sedangkan refleks aku pelik!
.
.
.
Jenuh... hampir seharian aku berfikir, apa yang tak kena dengan aku.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya, aku buat kesimpulan begini...
Aku tak menoleh pada lelaki yang pijak penutup besi longkang itu sebab 'it was expected' oleh aku. Jadi aku tak beri refleks kepadanya.
Aku menoleh pada lelaki yang sedang berdiri itu sebab kelakuannya 'was unexpected' oleh aku. Atas sifat ingin tahu, refleks aku adalah kepadanya.
Kesimpulannya...aku lelaki NORMAL...! Yeayyyy...!!!

Monday, August 11, 2014
Sabar...
.
Menanti
kalau-kalau murah rezeki hari ini
dapat dikongsikan dengan anak bini
jikalau tiada, ke hutan semula aku pergi
tak dapat kunyah pucuk, akar pun jadi.

Friday, August 8, 2014
Kisah gagak sepasang...
.
'Arkk....arkkk... aarrkk!'
Aku dongak ke atas. Di dahan pokok itu yang menjulur ke atas kereta aku, ada sepasang burung gagak berteriak cemas. Seperti sedang berkomunikasi dengan aku. Lain benar pe'el gagak sepasang itu. Mesti ada sesuatu yang lain benar.
Mata aku melingas di bawah, mencari sesuatu yang lain benar. Aku tertancap pada seekor anak burung yg ekornya masih belum berbulu penuh, kepaknya masih kecil dan paruhnya masih lembut. Itu anak gagak sepasang tadi.
Aku acah-acah untuk dekati anak burung baru belajar terbang itu. Jeritan gagak sepasang itu makin kuat. Sah...itu anaknya. Aku depakan tangan seperti mahu capai anaknya yang terkedek-kedek di atas rumput di tepi longkang. Tak keruan gagak sepasang itu jadinya.
Betapa cemasnya gagak sepasang itu. Apalah agaknya perasaan mereka jika aku ambil kayu lalu aku pukul-pukul anaknya sehingga mati...di depan paruh mereka sendiri?
Sedih? Marah?
Itu mereka
Kita?

Wednesday, August 6, 2014
Surat terbuka kepada....
.
Email ini aku kirimkan kepada salah seorang daripada mereka di syarikat itu pada minggu lepas, selepas terbaca majalah itu di rumah mertua. Setakat hari ini tiada balasan...
Assalamualaikum,
Salam Syawal...
Saya ada baca satu artikel di dalam Mastika edisi April 2014 m/surat 59...artikel jenaka bertajuk ' kwang kwang kwang' (lihat kepilan fail).
Perenggan terakhir adalah (sebagai dikatakan) 'respon' dari Tuhan yang menyuruh Bill Gates diam.
Mungkin kita boleh anggap bahawa ia sekadar artikel jenaka tapi rasa-rasanya tak sesuailah menyiarkan jenaka yang berkait dengan Tuhan.
Mungkin kita anggap 'Tuhan' dalam versi jenaka ini tak dimaksudkan Allah tapi perkataan 'Tuhan' itu merujuk kepada Yang Maha Berkuasa, tidak kira kepercayaan kaum mana pun...walau pun berbeza kepercayaan dan pelbagai ketuhanan mereka tapi Tuhan itu merujuk kepada definisi entiti yang spesifik.
Bagi umat Islam pula, 'kata-kata' Tuhan adalah Kalam. Untuk artikel jenaka tersebut, saya tak rasa kata-kata kepada Bill Gates itu ada dalam mana-mana mushaf Al Quran. Jika tiada, maknanya ia mengada-ngadakan ayat baharu dan jika tidak benar, itulah fitnah yang dibuat kepada Allah. Amat berbahaya.
Walau bagaimana pun, mungkin pendapat saya ini tidak tepat. Mungkin ada alasan dan perkara lain yang mengharuskan perkara seperti ini. Tapi saya rasa tidak perlulah kita terikut-ikut dengan jenaka orang Barat yang keterlaluan.
Memang benar Mastika ada banyak artikel lain yang berorientasikan dakwah Islamiah tapi jenaka seperti itu seolah-olah bertentangan dengan orientasi tadi.
Terima kasih,

Tuesday, August 5, 2014
Puisi Untuk Palestine
.
Ariff mahu deklimasikan puisi di sekolahnya. Puisi tentang Palestin. Dia minta aku buatkan satu puisi. Aku suruh pilih dan ambil di blog aku yang satu lagi, blog Merung Mahawangsa. Dia ada jumpa satu puisi tapi panjang, katanya. Jadi, aku olah semula untuk suaikan dengan cara dia...ini dianya.
Puisi untuk Palestin
Bumi itu hamis dengan bau darah
tetapi bumi itulah juga yang direbut, dijajah
puing-puing kota,
bukti noda dan dosa amat jelas
tetapi mata-mata tertutup rapat,
enggan melihat
demi lindunginya dari ribut pasir
yang ditiup Taufan Barat
Dulu, bumi itu damai
dengan zikir para anbiya'
Kini, ia riuh dengan bingit mortar
dan jeritan anak-anak
Dulu, panjang nyawa
diukur selunjur pedang
Kini, ia terbang dari
selaras senapang
Wahai Merpati Hijau
Kalau sayu suaraku mampu buat kau bersedih
Kau kutiplah nyawa anak- anak kecil itu
kau simpanlah pada paruhmu
Kau kutiplah nyawa pejuang-pejuang itu
kau simpanlah dalam perutmu
Kalau getar simpatiku mampu buat kau menangis
kau terbanglah ke awan
kau koyaklah layar hujan
Agar merenjis, kembalikan subur
pada jiwa-jiwa menangis dan hancur
Bingkas menatang lastik dan batu, tak apa
Semangatnya akan terus hidup
menjerit lagu perang
hingga ke akhir zaman.

Monday, August 4, 2014
Daun kunyit dan kelapa pekak...dan pais udang
.
Pada suatu pagi itu, aku nampak daun kunyit di rumah mak mertua ada banyak, gemuk-gemuk, lebau-lebau. Geram aku tengok. Menitis air liur dibuatnya. Tapi, baru merendang hari raya hari tu, tak kan nak merendang lagi.
Kemudian aku nampak pokok kelapa. Aku nampak ada setandan buah hijau. Di dalam peti sejuk beku ada isi udang lebihan sayur lodeh basah. Jintan putih dan manis juga ada di kedai. Tak apa, boleh beli. Aaahaaa....aku dapat idea.
Aku nak buat 'pais' atau 'pa-es'....yang aku rasa diambil dari perkataan 'paste' dalam Bahasa Inggeris. Dan aku balut 'pais' tu dengan daun kunyit untuk dikukus.
Tapi, ramuan yg penting ialah parutan kelapa 'pekak'. Kelapa 'pekak' diistilahkan kelapa yang sudah tua tetapi airnya masih belum berkocak bila buahnya digoncang. Ia akan memberikan tekstur parutan yang diperlukan tapi masih lembut, dan santannya masih lemak manis.
Untuk lebih halus, aku tumbuk parutan kelapa 'pekak' tadi sehingga agak lumat, bersama-sama isi udang dan herba-herba terpilih. Aroma jintan dan daun kunyit amatlah menjejeskan air liur...

Kerja tangan orang jantan, tak berseni sangat lipatannya... |
Tapi, ramuan yg penting ialah parutan kelapa 'pekak'. Kelapa 'pekak' diistilahkan kelapa yang sudah tua tetapi airnya masih belum berkocak bila buahnya digoncang. Ia akan memberikan tekstur parutan yang diperlukan tapi masih lembut, dan santannya masih lemak manis.
Untuk lebih halus, aku tumbuk parutan kelapa 'pekak' tadi sehingga agak lumat, bersama-sama isi udang dan herba-herba terpilih. Aroma jintan dan daun kunyit amatlah menjejeskan air liur...
.
Friday, August 1, 2014
Minuman Betik Akor @ Timun Akar @ Timun Susu...
.
Hari raya kedua, aku ke Titi Gantung, Perak. Ingin ziarah raya. Oleh kerana aku ke sana, aku mahu cari ikan Pekasam atau 'Wadik' hasil keluaran masyarakat Banjar dan Perak. Lebih spesifik, aku mencari Pekasam ikan sawah atau sungai. Lebih-lebih spesifik, aku mencari Pekasam ikan Sepat atau ikan Puteh sahaja.
Apabila sampai ke pekan Lambor Kanan, aku dapati ada yang sudah berjual barang-barang basah. Ada yang menjual Pekasam tetapi ikan Tilapia. Aku tak beli. Kepada penjual jagung manis pula aku bertanya, kenapa raya ke-2 sudah berniaga? "Hari Raya dah semalam, Yeop. Hari ini dah tak beraya." Jawabnya sambil ketawa kecil, tak pasti pula apa yang tersirat disebalik ketawanya. (Nota: nama aku bukan Yeop).
Seterusnya, aku ke gerai yang menjual buah pelik ini. Nak dikata timun tapi bukan timun, nak dikata labu air tapi tak berupa labu air.
Kata peniaga itu, orang di Perak panggil 'Betik Akor'. Ada juga yang panggil Timun Susu. Katanya, buah itu dibuat air minuman. Aku beli 2 biji...RM2.70.
Kupas dan potong, blend dengan sedikit air dan susu pekat. Campurkan dengan ais. Aku berikan buah tadi kepada kakak ipar sebagai buah tangan semasa ziarah itu. Dia buatkan air untuk kami minum sama-sama.
Rasanya seperti 'honey dew' dan berbau wangi.
Kalau dicampur biji selasih, laaagi sedap agaknya...

Subscribe to:
Posts (Atom)