Tuesday, October 7, 2014

Majlis Bersanding dan Kompang Jawa...

.

Di hujung minggu terakhir pada minggu cuti sekolah baru-baru ini, kakak aku mengadakan majlis bersanding anak perempuannya. Dan dia menjemput kumpulan kompang untuk memeriahkan majlis itu.


Kompang dari kayu Leban dan kulit lembu, bersedak rotan tali.
Kayu itu pula alat untuk menyedak rotan.

Ini mungkin salah satu kompang buatan arwah Bapak. Aku pernah ikut Bapak masuk ke hutan paya untuk mencari kayu Leban. Setelah dipotong, ditebuk dengan mesin larik buatan sendiri dengan menggunakan enjin diesel Kubota, badan kompang pun sedia untuk dilapik kulit.


Sepasang kompang buatan tangan, tak satu pun yang sama...

Aku rasa usia kompang itu seusia aku... atau paling kurang pun 35 tahun. Kulit itu mungkin sudah ditukar.


Unik kepada kompang Jawa ialah Beduk...

Beduk ini sebesar pemeluk orang dewasa. Beduk ini sudah lama, mungkin lebih berusia daripada kompang tadi...tapi kulitnya mungkin sudah bertukar berberapa kali. Kayu beduk itu sama ada diperbuat daripada batang nangka atau batang  durian. Beduk itu wujud sebelum aku lahir lagi. Tapi tak ada pula kisah misteri seperti beduk bergolek sendiri atau berbunyi sendiri.





.

11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kompang dan beduk kalau ikut tradisi jawa memang kena segandingan...

Bila kompang dipalu bertalu-talu tapi beduk hanya dipalu sesekali mengikut irama tertentu.

Kakak pandai main kompang tau hihi... tapi dululah masa anak dara sunti:)

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Tabuh kompang boleh kasar tapak tangan tu....hehe

MizzTina said...

arwah abah sy dl pemain kompang, ada 2 3 ketul kt umah..satu dh pecah sbb anak buah pijak.. beduk tu pernah try ketuk, berdesing telinga, sakit tangan sbb lantunan kemain kuat..

Nizam.Ariff said...

Mizz Tina.
Mmg betul, kompang jawa lebih keras kerana saiznyaa kecil kulit lebih tegang...sakit tangan menepuknya. Tapi alah bisa tegal biasa...

Temuk said...
This comment has been removed by the author.
Temuk said...

Nizam.Ariff
Kompang dan beduk, serta para pemainnya yang pernah wujud di kampung kakang dulu, semuanya sudah ghaib! Malah kampungnya juga sudah jadi tanpa penghuni hari ini. Semoga pasukan-pasukan yang masih ada di sana sini dapat bertahan dan kemahiran mereka dapat diperturunkan, supaya budaya "kompangan+bedugan" terus-wujud di Malaysia.

Nizam.Ariff said...

Temuk.
Abang aku tengah plan utk adakah worksyop kompangan khas utk anak2 saudara dan sepupu2 mereka....beri pendedahan kpd generasi muda.

Linda said...

Lama dah aku tak jenguk blog ni.

Seperti biasa, banyak cerita-cerita best.

Perkongsian Mama Hebat

Nizam.Ariff said...

BK.
Ko tu yg sibuk memanjang..huhuhu

Linda said...

Tak sibuk, menyibuk je lebih.

Nizam.Ariff said...

BK.
:()

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com