Di akhir-akhir zaman ini
kemuliaan seorang manusia telah reput
mahu runtuh, seperti ketak-ketak langit
sudah renggang dan juga
mahu runtuh, serpihannya nanti jatuh
menimpa sesiapa sahaja-
para mufti, pembesar negara
pengemis buta, orang gila
yang derita, yang bahagia
yang samsara, yang gembira
yang menangis, yang ketawa
Bakal tercabut gunung, bergoncang tanah
bergulung ombak dan api meratah
dada-dada ini akan bergetar, debar
lantaran kosong mulia berganti hina.
.
8 comments:
mula2 baca tajuk, ingatkan kau nak cerita pasal Puncak Alam, Shah Alam....hahaha
lepas tu tgk gambar, itu puncak menara msjid Shah Alam...:)
Kita manusia akhir zaman...
Kita banyak dugaan.
Terlalu banyak.
terima kasih atas perkongsian.
khutbah tadi ke?
terima kasih atas perkongsian.
khutbah tadi ke?
Daddyz.
Aku dah agak....haha?
Rapunzel.
Tak...sejak akhir2 ni byk kisah kiamat...
banyak yang bergaduh sesama sendiri,, banyak sangat pandangan,,,akhir zaman
CikAnie.
Dah byk bijak pandai tapi blom bijak nak bersatu hati...
belum ramai yg sedar hakikat ni...pada yang sudah tersedar pakat pakat lah buat amalan yg baik untuk bekalan di Sana nnt
Ewan.
Dugaan kuat diakhir zaman...
Kerap kesadung kaki....aku sedih.
Post a Comment