.
Ramai mengimpikan sebuah mahligai di kota raya. Serba serbi dekat. Manakala kediaman bertanah di pinggir kota juga jadi rebutan kerana harganya bakal melambung.
Harga hartanah kini mahal. Tak tahulah kenapa boleh naik sebegitu mahal. Sedangkan dulu murah sikit. Bukannya dulu tak ada emas, sekarang muncul emas di tanah itu.
Anehnya, bila sudah memiliki hartanah di kota, hidup bukan jadi lebih senang pun. Apalah nilai yang ada? Duduk di hartanah yang bernilai tinggi tidak menyenangkan hidup pun. Ibarat duduk di atas sebongkah emas...emas tak menjadi nasi selagi ia masih emas.
Tanah sawah di kampung nilainya murah, mungkin penuh belukar dan berselut. Tapi sekeping tanah sawah itu mampu menyara suami isteri dan membesarkan 10 orang anaknya.
Manakah yang lebih memberi nilai dalam hidup kita?
.
5 comments:
cumanya tak semua org rajin nak turun sawah hari hari....
oh.. tanah sawah skrg di area kampung2 aku, pun dah naik harga belaka. kebykannya tidak lagi ditanam padi dan byk yg dikambus tanah untuk dibuat rumah. dan... ianya juga jadi punca banjir, sebb kaw takungan air makin kurang, masing2 sibuk meninggikan level filling, dan laluan air tidak dibuat!
Ewan
Takpe...satu kebaikkan..kurang competition haha
Su!!!
Mana ko mendiamkan diri..????
Tetiba terbayang beli tanah kat KL pastu tanam padi. Hehe..
Cinta.
Ada duit, silakan....hehe. kl selalu banjir, bekalan air ok je....
Post a Comment