Friday, December 16, 2016

Kerisauan melampau

.

Adakah risau boleh membawa kepada kufur?


Aku ajukan soalan itu kepada seorang kawan di satu petang. Dia tak menjawabnya. Lantas aku mohon dia tanyakan soalan itu kepada gurunya apabila dia hadhiri majlis ilmu kumpulannya nanti.

Ramai yang kata, selagi ada iman, kita jangan (tak patut) risau. Kita tawakkal sahaja, selebihnya kita serahkan kepadaNya.

Tapi risau ini letaknya di dalam hati (minda). Kalaulah risau itu bersuara, bolehlah kita tutup mulutnya. Kalaulah risau itu berkaki, bolehlah kita rantai kakinya. Tapi risau ini tiada fizikal, ia adalah perasaan. Bagaimana mahu menutupnya? Aku bertanya lagi.

Kawan aku tak menjawabnya. Lantas aku ajukan saranan, jika mahu tutup 'mulut' hati yang asyik risau, penuhkan ia dengan zikir. Lemaskan ia dalam air zikir yang dingin dan nyaman. Dia bersetuju.

Tapi soalan yang pertama tadi masih belum terjawab, ' adakah risau boleh membawa kepada kufur?'



.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com