.
Ada seekor rama-rama cantik telah mati. Lalu aku letakkan di tapak tangan.
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.
Sampai sekarang aku tak dapat tangkap maksud sebenar. Apa yang boleh aku tanggap ialah:
Mati itu datang bila2 masa sahaja dan dikuburkan dimana ketika itu berada.
Atau, mahu mati ketika bertarung dan jika mati, mahu dikuburkan dengan penuh hormat kepahlawanan.
Atau, oleh kerana konteks pantun ini pantun berkasih-kasihan, mati dan dikuburkan itu hendaklah berdekatan dengan si kekasih. Maksudnya, tak mahu berjauhan.
Mana satu yang betul?
Atau ada maksud yang lain?
.
Friday, March 29, 2019
Tuesday, March 26, 2019
Melongo ke dada gelap langit
.
Kucari bahagia dalam mimpi
Kusibak setiap tabir
Meneka makna, mencakna erti
Dari mimpi ke mimpi
Jerih memutih rambut usia meniti
Akhirnya ia menjelma dari dalam sepi
.
Kucari bahagia dalam mimpi
Kusibak setiap tabir
Meneka makna, mencakna erti
Dari mimpi ke mimpi
Jerih memutih rambut usia meniti
Akhirnya ia menjelma dari dalam sepi
.
Wednesday, March 20, 2019
Ikutkan tekak kamu jeee....
.
'Sedap mulut' itu aku rasa lebih kepada percakapan tak bertapis dek bijaksana atau 'cakap lepas'. 'Ikutkan nafsu' itu lebih kepada perbuatan yang kurang berakal. Oleh kerana aku nak tulis tentang makanan, aku rasa yang lebih tepat ialah 'ikutkan tekak' atau mengutamakan selera berbanding lapar.
Apabila yang lapar itu tekak bukannya perut, maka apa yang difikirkan adalah singkat, sesingkat mata memandang susunan juadah atau layangan imej makanan dalam fikiran. Fikiran belum pun sempat turun sejauh perut, sudah tersekat di tekak. Apa lagi, apa yang tekak nak rasa, tekak dapatlah.
Apabila tekak yang lapar, kita akan dapati makanan yang dipilih menjurus kepada nafsu serakah. Ia dipengaruhi elemen-elemen sensori seperti warna, susunan / presentasi juadah, bau, rasa yang berkaitan pengalaman lepas atau kaitan (association) dengan yang pernah dilihat atau dirasa...banyak lagi. Tetapi rata-rata ianya tentang 'rasa'. Itulah tekak.
Apabila perut yang lapar, kita akan dapati elemen-elemen luaran seperti di atas itu kurang diberikan perhatian. Kita akan memilih makanan-makanan yang dianggap berbaloi (worth) untuk tubuh badan.
Jika berfikir secara perut, cubalah bayangkan keadaan hidangan ini apabila tiba di perut!:

- Sarapan: teh tarik, roti canai banjir dengan kuah kari campur dhal dan sambal.
- Tengahari: sirap limau, nasi gulai lemak daging salai, sambal belacan dan timun.
Cuba bayangkan apabila ianya bercampur, bagaimanakah rupa / keadaannya di dalam perut?
Dan bayangkan, makan 3 kali sehari sedangkan berak cuma sekali sehari.
Bak kata orang tua-tua, sedap di tekak itu cuma beberapa saat sahaja, sedangkan perut yang merana lebih lama untuk tanggung semuanya.
.
Saturday, March 9, 2019
Sabun Cap Buruh versus Sabun Cap Kapak
.
Dalam satu entri bertahun dulu, ada aku tulis tentang sabun Cap Kapak. Ramai juga yang respons kepada entri itu, malah setelah bertahun pun masih ada juga yang bertanya di mana boleh dapat.
Sabun Cap Kapak itu aku beli di kedai runcit di Jasin, Melaka. Pada hari ini pula, Sabun Cap Buruh...aku beli di kedai runcit di Langkap, Perak.
Fungsi dan keberkesanannya sama sahaja sebab asas ramuannya sama. Sabun ini memang dicari oleh orang2 yang pergi Umrah atau Haji sebab sabun ini tak ada pewangi, boleh diguna untuk basuh pakaian untuk berihram.
Dan ianya sangat berkesan untuk kesan daki pada kolar, sarung bantal kepam bergris, kesan darah pada cadar... Settle weh.

Tuesday, March 5, 2019
Ingin bebas...
.
Bila duduk-duduk selepas makan malam sementara menunggu Maghrib, suasana senja remang-remang rabun ayam tadi itu, aku terimbau suasana silam. Ketika aku masih disekolah rendah.
Waktu-waktu beginilah aku perlu buat perkara-perkara yang tersenarai tanpa tertulis: bakar/pasang ubat nyamuk lingkaran, tutup semua tingkap, solat Maghrib dan bersedia untuk mengaji bergurukan arwah Bapak.
Ya, itulah rutin harian aku setiap senja dari kecil sehinggalah ke darjah 6 (kerana ditingkatan 1 aku di asrama).
Ada ketikanya, banyak kali juga, aku terfikir: bilakah aku boleh bebas dari rutin harian itu? Bukan sekejap. Bertahun-tahun lamanya rutin itu. Bosan.
Pada masa itu, terasa hari berlalu lambat. Rasa tak sabar mahu dewasa secepat mungkin. Dah tak mahu buat rutin senja. Bukan sahaja rutin, suasana remang senja di balik bayang-bayang pokok cempedak, kelapa dan pisang juga menjadikan hati terasa sayu. Terasa seperti terasing, seperti sedang di'kuburkan'. Setiap hari...
Hari ini, di rumah sendiri, aku jengah remang senja dari kaca tingkap yang langsir tersingkap. Biar pun tidak lagi pasang ubat nyamuk, suasana sayu masih ada.
Rasa sedih muncul setiap kali senja menjelang. Sedih mengenangkan sehari lagi hilang. Sedih kerana esok pagi akan bermula rutin kerja. Bangun pagi, siap-siap untuk keluar pagar, pandu kereta meredah kesesakkan...dan perkara sama juga ketika pulang ke rumah: mandi, makan, solat, tonton berita, tunggu Isyak dan siap-siap untuk masuk tidur. Menyediakan diri untuk rutin esok pagi. Ahhh... Bosannya begini.
Terasa seperti ingin bebas dari rutin ini. Ingin bebas mengatur jadual harian tanpa perlu ikut jadual orang lain.
Dalam pada memujuk perasaan yang meronta ingin bebas, usia pun pelan hari pelan hilang...

Subscribe to:
Comments (Atom)