.
Sudah dekat 10 tahun Pokok Vanilla ini tumbuh subur di rumah mak mertua di Melaka. Sampaikan pokok langsat-duku yang ditumpanginya jadi kurus dan hampir mati.
Dalam tempoh itu, hanya sekali ia berbunga, atau mungkin ada banyak kali ia berbunga cuma aku yang tak perasan. Inilah entri yang aku tulis tentang bunganya dulu.
Sekarang ini, gugusan pokok itu masih subur...
Aku ada terima beberapa permintaan untuk benih pokok Vanilla ini. Yang terkini, aku dapat email daripada seseorang meminta keratan batangnya. Maaflah banyak2, aku belum berapa rajin nak pos kan. Aku ada sedikit anak pokok di rumah Shah Alam yang sudah 4 tahun memanjat tiang batu dan kurus (kerana sifat pokok Vanilla perlukan redup dan lembab). Hidup segan mati tak aku bunuh.
Ada potensi sebenarnya pokok ini tapi perlukan ilmu, modal tanah dan kesungguhan berladang.
.
1 comment:
dah boleh tuai hasil tu. stresskan pokok vanilla utk keluarkan bunga.
Post a Comment