Friday, December 20, 2019

Dilema asyik layu sebelum berkembang

.
Aku kerap kali di landa dilema ini. Entah di manakah silapnya, aku sendiri pun tak tahu. Nak kata aku tak cuba pelbagai cara, aku dah cuba.

Tapi hasilnya macam tu jugalah. Mula2 tu elok segar dan subur. Tak lama kemudian, ia pun layu sebelum pun bunganya mekar. Jangankan berputik.

Yang terbaharu, pokok Timun Jepun. Dah disemai elok, pokok pun subur menjalar. Bila mula berbunga, mulalah daunnya kuning dan layu.





Kalau dulu terjadi pada pokok terung, pokok labu dll, mungkin ada sebab dengan tanah. Pada kali ini, aku gunakan tanah yang baru dan ditanam di dalam polybag.

Seusia semaian dengan timun Jepun itu ialah pokok Bendi yang sekarang tengah elok subur dan mula berbunga. Kita tunggulah apa ceritanya nanti.

.

2 comments:

Umi Nazrah said...

saya pun selalu jugak bila tanam pokok jadi macam ni. alih2 akhirnya putus asa terus. haha

Warisan Petani said...

Mungkin serangan kulat yang menyebabkan penyakit dan kematian

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com