Thursday, July 16, 2020

Kata-kata yang dipendam

.

Ada beberapa orang sahabat kampung membongkar cerita dalam alam maya. Mungkin telah pudar rasa pada topik semasa, maka beralih kepada cerita yang luar biasa. Aku ikuti mereka.

Ceritanya bertambah menarik, perbahasan pun bertukar dari berbisik kepada mistik. Sesuatu yang 'sirr'. Baiklah, aku turuti mereka secara diam dan jauh.

Hampir tengah malam tadi, aku masuk ke bilik bacaan. Aku biarkan mata aku mencari-cari dan jari telunjuk aku menari-nari. Dari susunan buku-buku itu, aku cabut sebuah. Aku selak mukasurat pertama, tertulis tahun 2002 berdakwat biru. Ya, itu tarikh buku itu dibeli, 18 tahun dulu.

Aku baring di atas katil. Aku baca selembar demi selembar, di bawah cahaya kuyu, limpahan dari lampu meja sisi. Mata melayu melompat-lompat dari baris ke baris, abjad rumi berselang jawi? Bukan jawi. Itu bahasa Rabbi.

Sebelum hanyut, aku sempat tulis sesuatu dalam alam maya kepada beberapa orang sahabat kampung. Aku tulis semula kata-kata yang aku pendam lama...kata-kata 'sirr' yang aku ubah dan  kiaskan buat manusia seperti mereka. Maka aku tetap pelihara 'sirr' itu sebagaimana layaknya ia.

.

2 comments:

Zhi said...

Jangan pendam sangat. Nanti makan dalam. Haha

Nizam.Ariff said...

Zhi,
Dah mereput, digerogoti cacing pun....huhuhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com