[Bungor juga sejenis pokok yg tumbuh dikawasan paya dan hutan sekunder]
Misteri Pokok Leban.
Tak banyak yang kenal pokok ni. Pokok Leban adalah sejenis pokok berkayu keras, berakar tunjang dan tumbuh banyak di kawasan berpaya atau tebing sungai. Daunnya selebar tapak tangan, berdaun malar hijau dan bertukar kuning/merah bila tua. Pokoknya punyai banyak cabang dan boleh membesar sehingga beberapa puluh kaki tingginya.
Bapak aku [kini arwah], selain bertani, adalah pembuat kompang Jawa dan juga guru yang mengajarkan kompang Jawa di beberapa kampung. Banyak juga anak muridnya. Kami sekeluarga juga boleh bermain kompang Jawa. Sekarang ni, abang aku yang suka momokkan aku tu yang meneruskan mengajar bermain kompang Jawa. Dia dulunya seorang jurutera.
Aku pernah beberapa kali diajak bapak aku masuk paya mencari batang Leban. Kompang Jawa bapak aku diperbuat daripada kayu Leban. Ini kerana iranya halus dan liat, sesuai dibuat kompang. Bila dah dikenal pasti, bapak aku akan suruh Suyut Kominis pergi 'chainsaw'kan pokok tu dan dikerat-kerat selebar 2 jengkal.
Kayu Leban tadi diproses menjadi bentuk kompang Jawa menggunakan mesin 'lathe' atau 'turning' yang dibuat sendiri, dikuasa-kudakan oleh enjin disel Kubota. Semua 'cutting tools' juga dibuat sendiri. Darah 'kejuruteraan' dia juga mengalir dalam badan aku.
Kesimpulannya, kami sekeluarga adalah pembuat/pengajar/pemain kompang dan kami memang arif me'ngompang' cara Jawa sesiapa yang berani buat hal...
Pokok Leban selalu dikaitkan dengan alam mistik kalau dikampung-kampung bersawah dan berpaya. Dari cerita orang Bunian sehingga cerita Langsuir liar. Mungkin kerana ia tumbuh di kawasan berpaya yang basah, gelap dan dihuni oleh pelbagai binatang liar [mungkin juga binatang ek-ok ek-ok ketakutan Tasik Merah].
Di sebatang sungai tidak jauh dari rumah aku [sungai tu dah ditimbus 25 thn dulu untuk sawah] dulunya ada sepokok. Abang aku kata, pokok Leban tu amat besar dan sebahagian akarnya terendam dalam sungai tu. Tapi, pada masa aku kecik dulu, pokoknya dah tumbang, yang tinggal cuma batangnya yang terendam dan melintangi sungai.
Aku masa kecik selalu mandi kat sungai tu. Balik lepas sekolah, terus tanggal semuanya hingga tanpa seurat benang. Batang Leban tu terendam sejengkal dari permukaan air. Jadi, kami perlu meraba dengan kaki dan perlu berjalan berhati-hati sebab berlumut. Selalunya kami akan bercelapak kat batang tu dan mengesut. Tapi cara ni juga kan me'licin'kan telur-telur kami...hahaha. Bila sampai di tengah, baru kami berdiri dan terjun tiruk. Gedebur sana - gedebur sini. Juga bila ada awek lalu, kami akan terjun kerana malu. Juga bila mak bapak lalu, kami akan terjun dan sembunyi dibalik daun teratai.
Cerita abang aku, satu masa dulu, semasa hayat Pokok Leban tu, ada seorang budak lelaki yang dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya. Petang. Cuaca mendung. Bila sampai di pokok tu, hujan turun lebat mencurah-curah. Lalu, dia pergi ke pangkal pokok tu dan berlindung dibawahnya. Seorang diri dan kesejukkan. Hujan yang turun membuatkan kawasan itu memutih dengan curahan hujan. Angin sesekali menggila. Kuyup satu badan. Lalu budak tu masuk di celah-celah banir. Berlindung dari curahan hujan...
Satu kampung heboh. Budak tu tak balik-balik. Mak bapak budak tu dah panggil satu kampung, suruh tolong cari. Orang kampung beramai-ramai telah cari sekitar kampung dan menyusuri sungai itu sampai ke pokok itu. Ada yang cari dalam sungai, kalau-kalau lemas. Bomoh kata budak tu masih hidup dan di'sorok'kan kat pokok tu. Tapi, tak jumpa-jumpa juga!
Dua tiga hari lepas tu, seorang makcik yang lalu kat pokok tu tiba-tiba ternampak kelibat budak tu di celah banir. Dia hampiri pokok tu dan dia lihat budak tu dah pucat tapi masih hidup. Pengsan. Yang peliknya, akar-akar Leban yang kecil telah mula melilit budak tu. Budak tu selamat tapi kerasukkan. Tak lama, budak tu pun mati.
Semasa kerasukkan budak tu cerita, kata abang aku, bila sampai kat pangkal pokok tu pada petang yang malang tu, dia ternampak macam ada satu gua kecil. Hujan tak masuk ke dalam gua tu. Jadi, dia berteduhlah kat dalam gua kecil tu. Tapi, masa makcik tu jumpa budak tu badan dia terdedah dan gua tu tak wujud pun!
Akhirnya, kata abang aku, orang kampung dah 'chainsaw'kan pokok tu. Batang pokok yang terendam dan berlumut dalam sungai itulah pokoknya, batang tempat kami masa kecik-kecik pijak sebelum terjun tiruk, gedebur sana - gedebur sini.
Memang banyak cerita tentang Pokok Leban yang dikaitkan dengan makhluk halus. Tak terkecuali, jiran sebelah rumah [bapak] aku. Dia dan dunia bunian. Jiran aku ni masih hidup lagi sekarang ni tapi bukan dia yang cerita. Mak dia [kini arwah] yang ceritakan kepada mak aku. Dan ceritanya ....
.
7 comments:
nasib baik la ko dan kawan ko tak kena telan dek pokok tu. ko ni banyak tul la cerita misteri.
Nizam,
Engkau dengar dari abang engkau ke atau engkau buat sinopsis dari MASTIKA ni..
he he he..
anyway mungkin..aku ni TErlebih sikit umurku dari engkau..
jadi..
aku dah biasa diLOPONGkan dengan cerita macam ni..he he he..
okay okay..sambung...
Cis, kenapa kau mesti buat perenggan terakhir yang bercirikan suspens?
Ini macam punya cara, kalau kau mintak seringgit sorang untuk baca blog kau ni pun orang sanggup langgan punya.
Setelah diperincikan oleh abang aku tadi, didapati bukanlah Bungor, tapi Leban...
kakpah,
Pokok tu dah mampos... tapi terasnya mungkin masih ada. Kat sawah dulu banyak pokok ni. 10 thn lepas, aku terpijak kayu dalam sawah masa membaja, aku cungkil dan tunjuk kat bapak. Dia kata, tu teras kayu kat akar. Terbenam mungkin dah 59 tahun. Aku gilap, aku buat arca. Ada kat runah aku...
Ashley,
Tu sebabnya kau tulis dalam ni. Budak2 muda skrg ni tak dapat eksperien 'first hand', semua baca dalam majalah. Ni, aku cerita dari mulut org kampung sendiri..
Indra,
Hmmm..idea bernas tu...
tapi ek-ok tu bunyik dalam tandas je tau. lain tempat tak de pulak.
gampit kan binatang tu?
ha ha.
.
TM,
Ek-ok ek-ok kat tandas tu binatang lain kot...hahahha
adoiii..awatnya cita mcm bersambung je..cita lagi..leh tahu ksiah2 dulu kat cenderong.balai ni cmne
Post a Comment