Sunday, March 27, 2011

Hibernasi 6: Karya 'parodi' pertama aku...

.
Aku tak tau pun apa itu parodi. Waterlily yang bagi tau bila aku letakkan sedikit scene dari karya itu dalam salah satu blog (lupa yg mana satu) tapi di Merung Mahawangsa memang ada, sedikit...

Kenapa sedikit sahaja?

Kerana nasibnya juga sama seperti cer-pan UFO, softcopy kena mamah / jamah dek virussssss....! Yang ada hanya harcopy dan hanya satu.





Aku lupa bila tarikhnya aku tulis karya parodi itu. Mungkin 2001 atau 2002. Tapi, aku memang dah rancang untuk buat satu karya parodi tentang Jebat bertingkah dengan Tuah.


Untuk itu, aku ambil masa setahun untuk baca hikayat-hikayat lama untuk mendapatkan lenggok bahasanya. Kamus bahasa melayu klasik pun aku beli semata-mata untuk karya parodi ini. Dan buku yang dimakan bubuk itu adalah Hikayat Abdullah.

Dan di sebelahnya yang tanpa judul itu adalah buku puisi aku. Di dalam itu ada berpuluh-puluh puisi tulisan tangan dari 1996 ~ 2004, sebelum aku mula beralih kepada laptop. Bila aku selak buku puisi itu, aku tertarik dengan satu puisi spontan yang aku tulis dengan buruk sekali... tajuk ' uk..uk..uk..' ada di sini...





Dan di sebelah buku warna kuning itu adalah karya yang aku suka... tulisan Shahnon Ahmad... 'SHIT!'... aku dapat sebelum sempat di haramkan... hahaha


Aku pun dah tak ingat, mana satu ayat aku dan mana satu ayat asal Sejarah Melayu. Dan bercampur aduk. Lebih kurang 30% adalah dari ayat asal Sejarah Melayu, selebihnya ayat aku yang menjadikan ianya parodi.


Sedikit sedutan yang banyak guna perumpamaan...









.

11 comments:

tasekM said...

fotostet ke gua bulih...?









tak bulih.
gua tau...

:p





.

Aku said...

TM,
sapa kata tak bulih? 15 hengget...

kak Lily said...

Shitt!

Gua nak pinjam boleh?

AZANI said...

salam zam
aku bm tak sekuat manapun, so aku google


pun aku tak dapat tangkap.

mintak tolong tafsirkan parodi tu bro..

Aku said...

Waterlily,
Bahasanya .. amatlah.. tak sesuai untuk tatapan umum... hahaha


Azani,
Mungkin aku salah eja kut. Tapi, kalau ikut kak Lily, parodi tu karya sejarah asal yang ditokok tambah dgn teori-teori ...

buah kedondong said...

Lupa lak zam...karya parodi tu telah aku convertkan ke dalam softcopy-word. Nanti sila ingatkan aku...

Aku said...

b.kedondong,
Jadi ker? ok... thanks.

secangkir madu merah said...

membaca ayat2 ini mengingatkan aku "Hikayat Inderaputra" yg menggunakan bahasa melayu lama, yg kadang kadang rasa susah nak faham kalau kita tidak betol2 menghayatinya..

Aku said...

SMM,
Aku pun ada baca hikayat inderaputera tu masa aku darjah 4. Aku suka adventure dia tu...

dzul hafizin said...

Salam. Buku2 simpanan tuan ada tak yang nak dijual?

Nizam.Ariff said...

Dzul.
Wsalam. Tidak rasanya.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com