Wednesday, August 8, 2012

Obsesi aku dalam pencarian bahulu bakar tradisional...

.

Akan tiba waktunya apabila sampai serunya, berbondong-bondong manusia rendah tinggi, tebal nipis dan panjang pendek akan mengerumuni pancur-pancur cahaya berkelip warna-warni hijau merah jingga yang warnanya itu berlari bersilih ganti seakan-akan kejar mengejar seperti 'merry go round' (wuihh... ayat majmuk 'ala majmuk). Dan berdekatan pancur-pancur cahaya itu akan kedapatan berlonggok-longgok kuih yang berbagai-bagai warna juga, sedia menanti tangan-tangan panjang pendek, kecil besar, gelap cerah melomoti, mencekau, mencekak, mengusik-usik dan menguis-nguis.


Aku nak ceritakan tentang kuih-kuih raya sebenarnya. Cuma dah lama tak tulis ayat gaya-gaya macam tu. Nanti-nantilah, apabila sampai serunya aku akan hidupkan semula cerita Juliet dengan Tuan Minister, cerita Ayu Jannah, cerita Seman Rusulan, cerita tentang Aku dan Kamu. Nanti-nantilah. Mood pembaca sekarang tak gemar sangat cerita-cerita serius begitu, bukan?


Dan seperti yang aku ada ceritakan sebelum ini, yakni tentang bahulu bakar, aku mahu isytiharkan bahawa aku hampir-hampir dapat. Ye lah, aku kata hampir-hampir sahaja kerana dari segi penngamatan aku, bahulu yang aku dapat itu mungkin masih dibakar menggunakan oven. Aku harapkan ialanya oven jenis Butterfly yang ditengkrengkan di atas penunu gas asli dan bukannya oven pemanas berarus elektrik. Aku harap-haraplah. Jadi, bolehlah aku buat perisytiharan itu.




Bahulu dan Air Oren, kalau Pisang, bagai tandan dan sikatnya, sukar untuk aku pisahkan tanpa merosakkan salah satu entiti...



Ketumpatannya agak tinggi berbanding bahulu komersial. Jadi aku bagi satu markah. Rasanya tidaklah manis sangat. Jadi aku beri lagi satu markah. Dan air Oren itu aku bagi markah penuh!


Itulah bahulu yang aku pesan kepada kawan aku yang pergi ke Tg. Malim semalam. Bahulu itu dihasilkan di Felda Gedangsa (?), menurut kata kakak yang menjualnya. Hasil dari seorang makcik yang membuatnya di rumah.


Misi mencari bahulu bakar menggunakan perkakas tin minyak masak belah dua dan dibakar menggunakan haba dari api sabut kelapa masih gagal... huhuhu.


Hasil perbincangan hangat dan mendalam dengan kawan-kawan yang berumur di pejabat pada petang semalam telah merumuskan bahawa pada satu waktu dulu... lamaaaaa dulu, ada bahulu Ikan Emas, bahulu Ayam Jantan dan bahulu Manggis... bahulu-bahulu yang bukan pada zaman aku. Aku tak pernah jumpa dan tahu pun. Ada sesiapa yang tahu tentang ini ?






.

32 comments:

Anonymous said...

bahulu, dodol, wajik, bangkit... makin lama makin rare benda-benda ni. pernah tengok mak kawan aku (beberapa tahun dulu) bakar bahulu guna sabut kelapa. rasa lebih pure!

tasekM said...

aku dah lama tak makan halwa maskat.
kuih banjar nak gaya dodol sikit tapi warna kuning.

aku pernah tanya mak mcm mana nak buat.
lepas dia cerita aku terus tak nak buat.
punya la leceh.
ko bayangkan la tepung gandum ko kena basuh-tapis-basuh-tapis-basuh-tapis.

aku tanya mak aku.
tepung tu nak dibasuh?
aku macam tak boleh terima kenyataan je pulak...

(bangsa degil)

kahkah.


.

Anonymous said...

DUlu2 KA bakar bahulu sendiri je, skang ni bakar kat kedai pulak hehehe. paling suka bahulu ikan emas tu!

Lady Windsor said...

Mak aku buat bahulu gandum, nenek sedara buat bahulu beras..bahulu beras tu rumit nak buat tapi rasanya makaihhh meletopss..sayangnya kini dah tak ada orang buat bahulu beras. kalau letak bahulu beras sebelah red velvet, aku terkam bahulu beras lagi..yang sudah semestinya dibakar dengan sabut dan tukang buatnya pakai sarung kaki kat lengan sebab nak elak panas...bayangkang depa buat bahulu beras tu dengan penuh kudrat dan kasih sayang, aku makan pun nyaman je... (eh ternostalgia pulak kat sini..ampun eh)

Nizam.Ariff said...

SM,
memang pure pun dan sekarang lebih 'rare'... lebih-lebih lagi kalau guna telur itik... pergh! dia punya hamis.... keh keh keh






TM,
tepung kena basuh?
aku pun pelik.
Tepung kalau dibasuh habislah hanyut ke longkang...



KA,
apa kata ko buat balik bahuku bakar.
Tak lama dulu, ada yg jual bahulu bakar di tepi jalan arah ke Klang. Dia buat di situ je macam orang jual lemang, bake and sell.

Bahulu ikan emas dijual seringgit satu... tapi puas hati sebab padat tapi tak bantat. makan 2 biji bulih kenyang...!

Anonymous said...

cuma, aku ada nampak sedikit trend zaman sekarang ni. bila kenduri kahwin, ada sesetengah orang letakkan bahulu dalam goodie bag (betul ke aku eja ni?).

Nizam.Ariff said...

LW,
hah? Baulu beras? aku pun tak menahu ni... ada ek?
dan cerita pasal sarung kaki di lengan tu memang sungguh kah kah kah.... hohoho

sementara ada kesempatan, aku akan teruskan misi mencari baulu bakar tradisi ini...

Nizam.Ariff said...

SM,
haah... dan trend terbaru pula, dia letakkan juga telur asin atau telur pindang. ejaan ko betul sebab aku faham... hahaha

Lady Windsor said...

maksud aku stokin la weii..ala stokin yang korang pakai dengan kasut sport tu kan...stokin tu tebal, tak la tebakar bulu roma masa nak angkat sarang bahulu tu sebab depa pakai api atas bawah, sabut tu..

ehh kalu ko dekat nak je aku kirim baulu bakar pakai sabut tu...tekak aku tekak orang lama-lama!

Nizam.Ariff said...

LW,
Ooo... aku ingat yg nipis warna kulit tu... hahaha. itu seksi giler...

tekak aku pun tekak org lama2.... dah memang orang nak jadi orang lama sikit lagi... huhuhuu

Lady Windsor said...

chehh itu bulu kaki pun boleh tembuss aaa...nehh..aku gian betul dengan putu kacang hijau kuala kangsar..adehhh aku dah tak balik sana....:(

ok sket lagi dah nak jadi orang lama aaa...hahahaha. apa2 hei ko cari la baulu klasik tu...

Ujie Othman said...

klasik sungguh citarasa..nak yg kena bakar mcm dolu2.

walau susah jumpa, kena cari jugak ya..kalau tak teringat-ingat je.

ckLah @xiiinam said...

Dapur yang 'ditengkrengkan' atas.......



Hehehehehehehe. Yang mencicah tu, menengkreng atas apa pulak.



:-)

Nizam.Ariff said...

LW,
hahaha.. tu la.. aku ingat pun tembus buku kaki.
papepun, aku akan cuba cari baulu klasik tu...






Ujie,
selagi tak jumpa, selagi tulah tak puas makan.... tapi taklah sampai kempunan...




cklah,
...yg tukang cicahnya mentengkreng atas kerusi kayu... hahaha

ASH said...

TAS,
halwa maskat tu tok aku pandai buat..
ayahanda aku suka makan..
AKU TAK SUKERRRRRRR..sebab manissss!!
.
.
.
err tumpang lalu ye nizam!

oh ye Nizam..

acuan baulu ikan mas tu rasanya ada kat rumah mak mertua..
tapi rasanya tersadai situ jerr haha
.
.
dan rasa rasanya kat kampung aku ada orang buat lagi baulu bako ni tau!!
nanti aku tanya KULAAN BANJAR KRIAN!!

ASH said...

Tas,
tepung tu bukannya dibasuh tapi tepung di"rendam" dan terseduh sampai dia "turun bawah"..air bahagian atas tu dibuang...

aza ni said...

baulu ikqn qku dah jumpa, masih ada lagi, nenas,,

Lady Windsor said...

Woohoo banyaknya ilmu aku dapat...ilmu baulu..ilmu bahasa...tengkreng, terseduh? Tu apa makna tu? Dan walaupun aku bukan kulaan, aku suka makan wadi kipeng..canner nak buat tu?

Nizam.Ariff said...

Ash,
halwa maskat???
mende apa tu?

cer carikan sikit gambornyer, aku tak tau ni...


Alaaa.... sebenarnya, kita semua tau membuatnya cuma masing-masing malas nak berayor mata kena asap sabut, kan? hahaha.. .hah, yang ibunda-ibunda ni, dah cepat buat bahulu tu..... hahaha





Azani,
Aik?!!! Bahulu Nanas pun ada ke?
Aku tak pernah dengor nih... betul!





LW,
Aku pun sama lah macam ko....
macam-macam bende keluar ni...

ok. 'tengkreng' tu bahasa Jawa, maksudnya kedudukan seperti mencangkung atau bertenggek seperti burung. Kalau kuali atau periuk, menengkreng tu maksudnya periuk diletakkan di atas tungku...

aza ni said...

aku rasa nenaslah...pada aku rupanya cam nenas..yang manggis tu aku tak pernah jumpa..

sepa said...

brader, ko beli la bahulu dari setiap penjual yg ko jumpa. pastu ko ambik gambo, dan buat verdict. :D

Nizam.Ariff said...

sepa,
hohoho.... syor yang bagus tu....
ko pun cuba la ambik beberapa gambor kuih tradisional di Sarawak... aku nak tengok.


kek lapis sarawak dan ulat mulong tak payah. Aku dah kenal....

aza ni said...

umai, sepa...cer ambil gambar umai...

aza ni said...

silap...umai bukan kuih...tak payahlah sepa...

sepa said...

Dino,

sori bang. bab makan nih obsesi aku kurang skit.!

tentang teh. tentang kopi. aku minat.

oya, lupa nak bagitau. Kopi Mahkota Dewa aku dah jumpa. Kedai adik aku ada jual. ada satu kali aku minum. di malam bulan puasa. ko nak tau apa jadik.? lepas minum, badan jadi segar, sampaikan mata dah tak dak tenaga nak tahan kelopak dari berkatup, tapi kepalahotak kekal aktif. sudahnya, sampai ke dinihari tak boleh nak tidur. padahal aku minum pukul 9malam. aku berjaya tidur jugak bila matahari dah naik. nasib baik masa tuh weekend.

hehehe

sepa said...

amn,

ko minat umai.?! ikan mentah tuh bang.! ikan segar diorg hiris ala ala sushi dak jepun, di marinate lebihkurang tuk hilangkan bau jeh.
terasa sangat macam sekor kucing bila makan.

sushi ada wasabi. umai ko cicah ngan kicap yg bercili berbawang putih.

sedap memang sedap. kekadang bulih memualkan - maklumla makan ikan yg mentah.!

tasekM said...

kak ash,
aku dah faham.
maknanya tepung tu kita rendam.
bila tepung tu mendak ke bawah, airnya kita buang.
lepas tu rendam balik.
buang balik airnya.
proses tu berulang2.

tu yg mak aku kata basuh-tapis-basuh-tapis tu...

kalau aku la yg membuatnya.
baru 2 hari rendam-tapis tepung tu aku dah fed up.
harusku terebankan je tepung tu.

ko tau tereban..?

hehe.




.

Lady Windsor said...

aku ingat aku yg la yg advance dgn baulu beras...adehhh ada baulu nanas plak ek...ke baulu bentuk nanas?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Umai tu cuma ada di Sarawak je kan?




Sepa,
aku suka ikan mentah. Aku suka shashimi... seharusnya aku juga suka Umai kalau aku jumpa. tapi aki tak jamin aku akan pasti suka..


Dah minum mahkota dewa, takkan mata je yang terjaga, yang lain tak terjaga juga ke?





TM,
huh!
Aku rasa kalau ko yang buat, tepung satu lori pun tak cukup. Ate, rendam tepung kocak2 lepas tu tapis dgn penapis santan....
sampai ke sudah tak dapat tepung bilas tu...




LW,
aku rasa yang dimaksudkan ialah bahulu bentuk nanas kut....

tapi, apa salahnya kalau bahulu stuffed with nanas, kan?

ASH said...

TAS,
tau bebenor le TEREBAN tu aper...
campakkkkkkkk!!!!
piungggggg...dengan besen tepung sekali!
hahaha

Nizam,
halwa + maskat
HALWA = manisan
MASKAT = Masuk dan melekat lekat!!
hahhaahhahah
percaya laaaa!!!
Warna dia kuning kejernihan...rupa tekstur ala ala dodol cuma manis nyerrrrr ya rabbiii!

Nizam.Ariff said...

ASH,
itu bahasa Arab ke?
Aku tak pernah dengor.. betul!

Unknown said...

sapa ada resepi baulu beras....tolong la share... dh lama cari....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com