Thursday, March 19, 2009

Jagad dalam Dewaruci





Dewaruci

Alangkah busuk dengkinya Pandawa,
Para Kurawa itu menyuruh Bima pergi,
Mencari air hidup suci di gua Condromuka,
Di sebuah hutan yang jauh,
Bima membongkar segala pohonan,
Merusak seluruh belantara demi air itu,
Dan dengan demikian ia gugah amarah,
Dua raksasa bertarung hebat namun kecundang,
Lalu merungkai kutukan Batara Guru,
Dua raksasa kembali kepada wujud sebenar,
Iaitu Indra dan Bayu,
Lantas sangkeng rasa terima kasihnya,
Kepada Bima dikatakan bahawa,
Air hidup itu tiada di belantara.


Kembalilah Bima kepada Durna dengan curiga,
Dikata kini air hidup di dasar samudera,
Pergilah Bima walau bergalang nyawa,
Lalu menceburkan diri penuh berani,
Dalam gelombang-gelombang bergemuruh,
Sesampai di tengah-tengah samudera,
Disambut berang naga raksasa Nemburnawa,
Tapi bukan lawannya,
Si naga mati disobek-sobek Bima,
Dengan kuku keramat Pancanaka,
Membuatkan Bima merasa amat lelah,
Membiarkan diri didorong kesana kemari,
Oleh ombak-ombak samudera,
Lalu segalanya menjadi amat sepi.
Pada saat itulah,
Tiba-tiba muncul wujud kecil persis dirinya,
Dewaruci yang sedikit kerdil,
Lalu ajak Bima memasuki batin dirinya,
Dari telinga kirinya,
Bima curiga namun taat,
Tanpa sulit, tubuh besarnya muat,
Memasuki batin Dewaruci yang kecil,
Semula ia menemukan diri dalam kekosongan mutlak,
Hening tanpa batas,
Namun sesudah beberapa detik,
Ia melihat kembali matahari, tanah, gunung dan laut.
.........

Dalam kekosongan tanpa batas,
Tidak atas dan bawah,
Tidak ada arah mata angin,
Kekosongan itu, awang-uwung,
Akhirnya,
Bima temukan sinar yang terang,
Lalu satu persatu diperlihatkan,
Jagad segala wujud dalamnya.


Lalu Bima mengerti akan dirinya,
Akan hakekat air hidup yang dikatakan suci,
Hanya helah para Kurawa cuma,
Padahal sebenarnya,
Kehidupannya itu telah lama mati,
Dan ia hidup dalam kematiannya.


Lalu dengan kekuatan yang tak terkalahkan,
Bima meninggalkan Dewaruci,
Dalam ketenteraman batin,
Bima pulang bertemu adik-kakaknya,
Dengan seksama ia sembunyikan apa yang terjadi.


Sebagaimana kulit memuatkan kacangnya,
Begitu kisah Dewaruci memuat inti bijaksana,
Dalam mencari kesempurnaan hidup,
Bahwa sumber air itu tidak diketemukan dalam alam luar,
Bahkan dalam diri manusia sendiri.



[Nizam.Ariff - 19.03.2009]


- Awas! Ada unsur 'menunggaling kowulo gusti'.








.

13 comments:

ibundo said...

akak nak komen tapi nak cepat. kena pegi tesco ni. Lagipun belum minum AIR lagi...wakaka..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Mana aci cam tu..... huaaaaa...

Lily Abdullah said...

Akak cuma nak kata anak kucing itu sungguh kiut. Nanti akak baca dan komen lain sebab nak g masak. Pukul 1 nati,akak g kelas bahasa Jepun. Ahaa..jangan ko tak tau dik, dari akak dok layan perasaan bukan2 baik aku g belajar. Lagi pulak ada orang nak ajar free. Kalau masuk klas, mahal gila tuh..

ASH said...

Nizam,
Ko baru balik dari kena culik ngan orang Bunian ke apa ke ni..
Kakpah baru 'demam' diulit mimpi..

ni bahasa ARAB ke, JEPUN ke, BUNIAN ke ni..

hehehe..
macam kakpah dan waterlily juga..

KONICIWA..
aku nak gi tolong jiran masak masak. Malam ni, anak dia akad nikah..

ASH said...

Koniciwa pulak dah..

ye lah aku bukan balik dari JEPUN..

sayonara sebenarnya...

tasekM said...

semalam dia kabor dia pandai akaun. hr ni dia kabor dia pandai sastera pulak. ko mmg terer segala2nya la bang. ni aku nk terkagum nih.

aku? kira2 pandai la. yg lain tak berapa nk cerdik. ha ha.

ah! mana bulih mengalah sebelum bertarung. aku akan cuba juga utk fahaminya ok.

he he.


.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Akak memang! Bab yang berat-berat sikit mula la melilau ntah kemana tu...mai la blaja bahasa jawe pulak...

Ashley + Ashley,
Tak kira! Lepas masak baca dan fahami gurindam aku nih... masak pun takkan sampai 5-6 jam kan?

TM,
Hah, cepat faham gurindam aku nih...adik Tasek aku yang bak purnama 14... mucuk-mucuk-mcuk... ahhaha. Semangat ngko yang aku kagum sebenarnya... hahaha


Eh! Kakpah tak balik-balik dari TESCO lagi ke? Dia dah buli aku lagi ni kut... ni yang maleh nak buat ntry berat-berat ni...

Lily Abdullah said...

Setelah kubaca,kubaca,ku ulang berkali-kali...

Inilah jawapannya: Tak faham

Serius! Nanti aku rujuk kamus dewan plak hahaha!

Jagad tu apa eh?
Dewaruci tu menatang apa pulak?

pst..pst..ko faham ke?Moh cerita sikit hehe..

Lily Abdullah said...

Tasik,kak Pah,Ashley..korang faham tak. cuba cerita sikit hahaha!

ASH said...

Nizam dan lain lain..
Kut ye pun kasi le GURINDAM yang bahasa ringan ringan sikit..Ni ko hentam bahasa satera giler..
Aku ni ambik SASTERA pun idak.

Tapi oleh kerana aku tak nak menghampakan hati adik aku yang bersungguh sungguh mengarang gurindam ni dari PERASAAN dan JIWA nya biorle aku cuba untuk memahaminya..

nizam,
aku malas nak rujuk kamus..
jadi segala perkataan perkataan yang macam word JEPUN tu, engko bagi le maknanya ye..

Tapi dari apa yang cuba digambarkan oleh si PENGARANG, aku dapati si PENGARANG mempunyai pertarungan JIWA DAN BATIN..
ha ha ha..( macam someting wrong jer budak ni)

Dia cuba mencari DIRI SEBENAR..
he he he

Cuba dan cuba..bergelut dalam diri..( melalui satu pertarungan hebat..)

tapi akhirnya Jiwa itu sedar
lantas kembali berpijak di bumi nyata..akur pada kenyataan..sedar pada suasana..
kembali menjadi dirinya semula...

sooooo.....macam tulah yang aku boleh kupas..(kalau SPM confirm tak dapat A ni)

sekian..

ibundo said...

ni aku datang balik. Aku baca dah dua tiga kali. Ada Naga pulak kat dalam gurindam engkau ni. Akak teringatkan Mr Naga dalam entry ashley. Buatkan aku senyum sengsorang.

Nizam, akak nak bagi komen. Tapi.. abang kau ni suruh akak buat air pulak ha. Wakaka... ada masa akak datang balik ye.

Pstt.. waterlily. Jangan pening-pening la. Biar si nizam tu pening sorang.

tasekM said...

bang, aku ni sastera melayu pun tak pernah belajar ni pulak nak faham sastera jawa. mau hilang selera makan aku seminggu nih nk memahamkan gurindam kamu ni haih~ ha ha.

ko balik TI kan? kirim salam mamak mastan ghani ye? he he.

Nizam.Ariff said...

Waterlily, Ashley, Kakpah,

Betul kut macam kata Ashley tu. Kalau ikut apa yg aku fikir, 80% dah sama, kira gred A le tu. Selebinya, aku pun tak tahu... hahaha

Cerita asal dari babad jawe (babad=kitab, cerita!) kurun ke 17 oleh seorang Raden. Aku rasa telah diislamisasikan, tapi fahaman islam tu lebih mirip kepada fahaman Syeikh Siti Jenar, 'menunggaleng kowula gusti' = 'ana al-Haq' = 'aku dan Tuhanku adalah satu' = 'Wahdatul Wujud". Tu sebab aku letak remark 'awas' kat bawah tu.

Aku rasa cerita asalnya dari kurun ke 12, saduran epik Mahabrata yang diadaptasikan di Kepulauan Bali, sama macam epik Ramayana. Tu sebab jumpa binatang yang bukan-bukan, jumpa dewa yg bukan-bukan.

Anyway, thanks kerana layan kepala 'adik' ni... hehehe. Akak semua mesti akak yg best. bertuah la adik-adik semua tu.

TM,
Tak tau le sempat atau tak. Biasanya, pukul 3pm dah abis... Kalau aku sempat singgah,aku akan snap dan paste kat dalam ni...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com