Thursday, April 9, 2009

Herba terlarang buat lelaki

.


Aku dan teman aku ke Tg. Malim tengah hari tadi. Ada temujanji dengan orang di sana.

Setelah parking kereta, dalam perjalanan ke bangunan pejabatnya, aku dan teman aku tadi berjalan sambil tertunduk-tunduk tengok rumput. Bukan tengok rumput sebenarnya, tapi tengok di celah-celah rumput. Kami cari satu spesis tumbuhan herba yang tumbuh di celah-celah rumput. Aku pesan kepada teman aku, jangan tunduk sangat nanti orang nampak, kena kontrol macho. Orang tak macho je yang perlukan tumbuhan herba itu. Kami pun mencari dari penjuru mata. Kontrol!

Sesampai ke pintu masuk, guard di situ sambut kami dengan senyuman. Mungkin menyindir. Mungkin dia perasankan kami yang berjalan macam orang patah leher.

"Cari Jarum Mas ke yeop? Kat situ tak ada, kat dalam sana ade le"

Kami berbalas senyum. Kami masuk tanpa ada masalah. Dalam perjalanan ke pintu pejabatnya yang terletak beberapa puluh meter dari pondok pengawal tu, kami berjalan sambil tertunduk-tunduk lagi. Kali ini hilang macho, pedulikan...

"Betul la kata guard tu. Aku jumpa yang bunganya warna merah" kata teman aku.

Aku belek betul-betul, aku jumpa yang berbunga kuning. Aku cabut dan tunjuk kepadanya. Dia simpan. Sehingga ke pejabat orang yang kami nak jumpa tu, dia dapat kumpulkan kira-kira segenggam.

Aku tanya dia, betul ke dia nak minum. Dia angguk. Aku tanya, untuk lelaki ke perempuan? Dia kata dua-dua boleh. Dia pernah minum, rasanya kelat. Ambil 3 batang dan rendamkan dalam secawan air panas.



Semasa melintasi pondok pengawal dalam perjalan pulang, pengawal tu tanya kami tentang Jarum Mas tu. Teman aku tunjukkan segenggam Jarum Mas. Pengawal tu ketawa. Suruh bini minum sikit-sikit, katanya.

Aku terhenti. Aku tanya balik kepada pengawal tu, lelaki tak boleh minum ke?

"...tu untuk mengecutkan 'benda' perempuan. Kalau encik minum, takut mengecut pulak karang, saya tak jamin..." dia ketawa berdekah-dekah!


Aku toleh kepada teman aku tadi. Eh, lelaki tak boleh minum, kata aku. Kemudian aku terdiam sejenak. Aku teringatkan kata kawan aku tadi. Aku pandang muka dia sambil berkerut dahi, lepas tu aku turunkan pandangan aku ke lokasi di bawah pinggangnya.

Dia tunjuk tanda lucah kat aku...... hahahaha




.

26 comments:

aza ni said...

jarum emas pernah jadi mata pencarian , harga RM 400 setengah kilo, tapi keringlah. Berapa juta jarum mas untuk jadikan setengah kilo aku tak tahu. tapi dulu orang gunakan jarum emas ini untuk turunkan tekanan darah, tak de pula yang kata kecutkan a**, kalau nak kecut mengecut kunyah biji manjakani.

addyaholix said...

serius tahap lucah kau makin melampau-lampau bang. haha!

aku bayang kalau kau minum. kecut. haha!

aku gelak guling-guling.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pun pernah dengar yang ia untuk turunkan darah tinggi kencing manis. Aku syak, Jarum Mas tu ada sebatian yang diuretik, maksudnya kalau minum, asyi nak terkencing je, macam minum barli. Tapi, pak guard tu orang kampung situ, takkan aku tak percaya cakap dia...?

Addy,
Nasib baik aku tak minum lagi....hahaha

Lily Abdullah said...

hahaha..ini entri malam Jumaat neh, eh mana nak tgk komen TM pulak.

Akak malam apa pun sama ja. Kamu yang tak sihat ni, tak produktif dah..haha..

Lily Abdullah said...

eer..salah..nak eja perkataan "kami" td,dah jadi "kamu' pulak..

Err..err...Addy kamu dah kawin ke dik hahahah!

tasekM said...

kawan kamu tu pesen bersaiz xxxl. tu la dia minum. kalau tak seminggu senak bini dia. hahahahaha...

org belum kawen jgn baca komen aku ye! muahhahahaha....

adeh deh deh...

astagfirullahalazim... tasek... tasek..

;p


.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Ala... bak kata TM, cuit-cuit pun jadik.... hahaha

TM,
Senak? Aku tak pasti le sebab bukan aku yang rasa. Len kali, kalau ada pompuan ngadu senak perut, aku pasti susah nak percaya dia senak sebab period atau salah makan....perut ngko senak tak Tasek?

Kawan aku pun pernah kata senak perut. Dia lelaki.... HAHAHAHA

aza ni said...

part akar dan herba ni kalau nak cerita banyak. Orang barat telah lama mengkaji dan memasarkannya.

Insyirah said...

kemain lagi yer...dah la arini ari jumaat. ngarut seh...

sabar jelah..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku pun pernah dengar. Tapi, masalahnya pakcik guard tu kata herba tu boleh mngecutkan anu. Tu aku musykil nih....

Alam Nasyrah,
Abih, kita orang pergi sana hari Khamis, entry terpaksa la masuk malam jumaat. Kebetulan je tu... hihihih

ASH said...

POOORAHH..

jarum mas le..
manjakani le..
Akar umbi herba herbi..

Macam ayam bertelur SEBIJIK riuh sekampung!

aku tak telan herba herbi pun..

aza ni said...

lupalak nak masukkan telur ayam kampungpun berkhasiat juga. Cik ashley, jangan gitu,kita moden pun barang tradisi tak leh campak buang, tak caya mat saleh pun kaji eurycoma longafalia, kita panggil tongkat ali, kita dok sibuk panax ginseng, siberian ginseng, UPM telah buat ujikaji tentang tongkat ali, terdapat kandungan enzim testorone yang tinggi berbanding herba yang lain.Disebabkan tongkat ali masih belum dieksploit macam ginseng tu pasal harga TA tak sampai beratus ribu.Kalau tak TA boleh jadi ekspot utama Malaysia.he he he sekadar pakcik tua yang baru nak telan jamu.

ASH said...

AZANI AND NIZAM,

tak pa...
teruskanlah bejuang dengan amalan amalan herba
korang tuuuu..
kacip fatimah ke,
tongkat ali ke
ginseng ke
jarum mas ke
daun cotet ke
mengkudu ke
aku tak kisah lah...

apa apa pun anak anak aku DAH BERSUSUN SEMBILAN ORANG!!
entah herba mana..
tak de le pulak aku telan..

susuk implanon aku tahu!

ckLah @xiiinam said...

"Errrr...abang-abang dan kakak kakak cakap pasal apa ni...?" Kata ku yang naif, terkebil kebil dan tersipu malu, lalu mengatur langkah membawa diri...berhati-hati
.
.
.
.
.
.
.
"Opocot mak kau!' eh...kaki tersadung bendul pintu pulak...muehehehe.

aza ni said...

Alhamdulillah,
berkembang zuriat ashley,antara tujuan berumahtangga, mengembangkan zuriat.Saya puji ashley walau tanpa makan makanan herba itu masih kuat dah mampu.tapi itu ashley, tak semua sekuat dan sekudrat ashley,intipati setiap tubuh manusia berbeza beza, ada manusia dia alah dengan penicilin, ada manusia yang alah dengan udang, ada manusia yang alah dengan minyak angin, gitulah gamaknya.Bagi mereka yangmempunyai alahan maka saya syorkan makan herba yang tersohor. dari sejarah silam , ulam ulaman dan akar kayu , daun dan buah hutan banyak digunakan dalam amalan masyarakat melayu.Cuma masalah melayu ini hanya menggunakpakai petua petua tersebut tanpa kajian ilmiah,seperti bangsa Eropah,China, India dan Arab.Sebenarnya bangsa Melayu lebih banyak menerima wasiat turun temurun ,dari moyang sampai ke cucu, tapi tidak dikembangkan.Biarlah rahsia.Akibatnya ilmu itu terperap, sampai satu ketika dibongkar semula oleh orang Eropah.Saya cukup berkenan dengan usaha yang dijalankan ctHerbs,Pagoh, Ladang Nasuha dan Cahaya Herba, dulu dari segi homeopaty, Era Edar dan dari segi jamu Nyonya Meneer,Sari Ayu,Mestika Ratu,dari indon yang rata ratanya dipelopori kaum Tionghua, walaupun jamu itu adalah tradisi Jawa, Sumatra, Banjar dan Sulawesi.Di spa pun guna scrub,lulur dalam melayunya.Memang tidak dapat dielakkan salah satu cabang budaya adalah perubatan tradisi.Setiap budaya ada,cuma samada berkembang atau tidak.Sebenarnya yang terkini dalam pasaran supplement adalah petai, pegaga dan daun jarum tujuh bilah,dulu petai,murah,kalau kat bidor 100 papan RM15, pegaga bersepah kat tepi laman,daun jarun 7 bilah main petik sahaja.Sekarang nak jumpa pun payah, kalau adapun mahal.Ashley,saya minta maaf kiranya kata kata saya menyinggung perasaan.

Nizam.Ariff said...

Camne aku nak jawab komen ni..?

Ashley,
Akak makan kari tak? Orang india kata, rempah ratus dalam serbuk kari tu salah satu ayurvedic... haaa... akak makan herba jugak la... hehehe.

Azani,
Aku ada terbaca yang tumbuhan tropika ni sebenarnya lebih banyak kandungan ntah-abekebendenye-ntah (tapi salah satu sebatian koloid), orang USM yang kaji...

CkLah,
Nak kemana tu? Nak ikut...
Kalau ke tandas, tak mao la...

Azani,
Pasal mandi lulur dan sebagainya, kita kena tahu seperkara: bahan-bahan tersebut memang punyai sebatian yang berguna tapi kebanyakkannya tak mampu diserap oleh badan kita, tak kira melalui kulit atau usus. Kena cari satu kaedah untuk 'memasukkannya' secara efektif ke dalam tubuh.

ckLah @xiiinam said...

Huh Azani...
Awak buat buat komen ke buat entri ni?




Errr....sori Nizam...tumpang lalu.
blog mu blog ku jua...muehehe

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Takpe cikgu, kita bukan ke sepupu-sepapat? (ni sejak cikgu kenal nyonya tua tu le ni..... )

aza ni said...

Ulasan last sebelum titun:

Cklah:Itu tanda idea takda nak buat entry, kenalah menyebok kat entry orang.Jadi ruang yang ada di ruang komentar.

Yana Ismail said...

tutup mata,tk bc komen kak tasik..ahaks ;P

Dl agk femes..huhu tp tk brape tahu sgt..ehehe

ASH said...

Nizam,

ayuberdik.??
ye lah kut..

Mungkin tu pasal pak mertua aku tu bininya 3..
keh keh keh...YINDIA

Mana SIDIA aku ni...(mana le tahu kut BERJANGKIT kuman pak dia tu)

ibundo said...

aku dah masuk dua tiga kali. Tengok semua komen hangat-hangat aku malas nak nyibuk. si azani tu bukan main bekap lagi si nizam ni.
senang cerita, sapa rasa nak makan herba, makan....
sapa rasa taknak makan, tak payah makan......

orang lelaki ni kalau dengar ada herba yang boleh menguatkan tenaga, hidup cenggelang bijik mata. tapi berhati-hati le ye... sebab ada kes orang kena masuk bilik operasi oleh kerana bendanya tak turun-turun sampai seminggu wakaka....

aza ni said...

Nizam.Ariff:
Tu lah kau, buat entry yang teramat mengujakan.Kau tengok Ashley dah marah kat aku, kak pah dah kenen aku,tapi ye tak ye juga, mestilah buat entry yang mendatangkan respons yang tinggi.Anyway Nizam.ariff, teruskan berentry.

ASH said...

AKU SOKONG KAKPAH (sebab dia bos aku)
wakakaka..
ajer nye ghopa itu..

tajuk entry "HERBA YANG TERLARANG"!!

demer yang terlarang tu yang susah nak dilarang larang..
lantaaakkk..
aku nengok jer..
kalau jadi macam yang kakPah cakap tu...ahak!

tasekM said...

kamu ke auto show kat MITC yek..?

:)

Nizam.Ariff said...

Princess@Yana,
Tak po. Mu sekarang doh buleh tengok baco sikit-sikit...persedie e aghi mu kawe nanti...

Azani,
Aku sekadar menulis, aku suke, semua suka, aku bahagia ada kengkawan.... hahaha

Ashley,
Ayurverdik tuu... lagi kalau ada buah keras, kas-kas lagi wuiihh... keras-keras semuanya... hahaha

Kakpah,
Aku nak cari herba penguat berudu le, bak kata Tasek Merah... hahaha

TM,
Aku kat Melaka ni, petang tadi sampai. Aku tak tau le nak ke sana ke tak... auto-auto ni hari-hari aku tengok, naik jemu. Automotive kan bidang aku...Oh ye, Exora dengar kata nak keluar minggu depan, buleh le sambar sementara tunggu Alphard siap pasang...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com