Friday, June 26, 2009

Tazkirah Jumaat: Talkin untuk kamu

.


Talkin Untuk Kamu Yang Masih Bernyawa


Wahai kamu
yang masih segar
merah hati dan nurani
utuh ruh dan nikmat
ketahuilah akan kamu


Hidup itu benar
Mati itu juga benar
Putih itu benar
Hitam itu juga benar
Yang terang itu benar
Yang samar itu juga benar
Dan setiap yang benar itu sesempurna hakikat


Wahai kamu yang masih bernyawa
janganlah sangsi bahawasanya

Burung jiwa itu pinjaman
Sangkarnya itu juga pinjaman
Nafas itu pinjaman
Akal itu juga pinjaman
Emas dan perak itu pinjaman
Anak dan isteri itu juga pinjaman
Dan setiap yang diberi mesti dipulangkan


Apabila datang waktunya
si Pemutus Nafsu akan menyapa
dan ketahuilah bahawasanya
semua itu benar belaka.




Nizam.Ariff
[25.06.09]






.

10 comments:

ckLah @xiiinam said...

...akan ku cuba mencerna dan menghazam yang tersirat di sebalik tersurat....

ASH said...

Hmm..
Mike Jackson tu dah Islam ke?
Farah Fawcett tu memang le tak.

macam sesuai jer ni tajuk ni.
well..
mati adalah pasti.
Bila?

Bila bila boleh...
anytime,man..anytime!

tasekM said...

aku percaya...

addyaholix said...

aku harap tika Dia minta aku pulangkan semua, aku mampu pulangkan dengan rasa bahagia.

addyaholix said...

bila-bila nanti tempek "hujan malam" ok bang nizam!

Insyirah said...

Mati itu sudah pasti. Yang menjadi takut, kita akan mati macammana dan bilakah? Ini...hanya DIA saja yang tahu. Wallahua'lam.

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Cerna baik-baiki takut sembelit.. hahaha

Ashley,
Aku pun tengah tunggu nak tengok dia org talkin tak si Mikail ni..


TM,
Alhamdulillah...


Addy,
InsyaAllah kita akan bahagia...

Addy,
Minta mahap. Aku pun dah lupa camne cerita tu. Naskhah tu dah aku bagi kat dia. Hardcopy tulisan tangan. Mana ada fotocopy...

Insyirah,
RIsau itu perkara biasa sebab kita takut benda yang samar dan gelap...

Cikgooden said...

talkin untuk org yang mati atau yang hidup....?

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Yang biasa kita tengok, talkin untuk yang mati. Ada juga org kata, talkin untuk orang yang hidup yg mengiringi si mati itu...

Cikgooden said...

terima kasih.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com