.
Tiap tiap hari sekolah, aku terpaksa hentikan kuda api aku di depan pagar, turunkan Paku Payung. Setiap hari itulah, aku akan bertemu dengan che'egu wok.
Profile che'egu wok:
Bercekak pinggang, melihat orang dari atas bingkai cermin mata dan telunjuk kerap menunjal-nunjal ke arah murid-murid.
'cepat! lari! terhegeh-hegeh...' sambil tangan kirinya menepuk-nepuk tiang besi pintu pagar.
'hari -hari terhegeh-hegeh...'
(dia maksudkan kat aku le tu)
Macam tu la yang aku dengar setiap kali aku hantar Paku Payung ke sekolah jika dia ada. Dan setiap hari itu jugalah aku pura-pura tak dengar walau kadang-kadang dia cuma berdiri tak lebih dari 10 kaki dari aku. Sekali sekala, aku rasa nak buat-buat terbabas, kasi langgar sikit tepi kain bunga-bunga dia tu.
Aku tak fahamlah che'egu wok sorang ni. Kalau Guru Besar yang tunggu kat pagar pun tak cakap macam tu. Paling keras pun dia cuma suruh esok datang lebih awal dan muka pun masih boleh tersenyum simpul kat bapak-bapak yang saing-saing sampai dengan aku. Begitu juga kalau cikgu lelaki yang jaga, malah cikgu lelaki lebih senyap tak cakap apa-apa pun.
Aku syak, che'egu wok ni ada masalah dengan masyarakat sekeliling. Kalau tak pun, dia mesti selalu buat masalah pada masyarakat sekeliling.
Rilek la, ada 5 minit lagi. Bukankah kita diajar untuk tepati masa? Dia faham tak apa itu tepati masa?
Tepati masa = tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Kata kena datang pukul 7.30am, sebagai orang yang mengikut arahan, aku sedaya upaya untuk datang tepat 7.30am.
Itu tak kira lagi nak cilok sana-sini, elak lopak, elak bas sekolah yang belok ikut suka hati drebar je, rempit dengan bas kilang lagi. Nak lambai makcik limah nasi lemak gerai payung, nak lambai kak munah kuih keria gerai meja bulat, nak lambai kawan-kawan yang selisih jalan lepas hantar anak masing-masing. Haih... lenguh tangan aku: nak pegang tali kuda lagi, nak lambai lagi...
Nasib baik rumah aku ke sekolah cuma dalam 1 km je...
.
15 comments:
Baguslah kau punya 'tepati masa' tu....
Kirim salam kat che'egu wok tu sok...
Mesti dia tambah kelat....
nizam, ko ni semua org ada kat tepi jalan tu ko nak lambai..
-
-
-
che'egu wok tu nak kenen ko kot..
ha ha ha..
Aku lagi jauh.
Kosong dot lima!
Che'egu wok tu saja nak tarik perhatian bro. Hehehe.
nanti kirim salam kat kak munah yang jual kuih tu..
cekgu tu aku syak laki dia outstesen tu. ha ha.
.
Cklah,
Pagi tadi, aku berupaya melakukan perubahan besar! Aku datang 1 minit lebih awal daripada kelewatan biasa...
Dan muka dia masih kelat... hahaha
Secangkir Madu Merah,
Kita hidup bermasyarakat, kena lambai-melambai. Kalau yang jual tu anak dara dia, laaaagii kena lambai brsungguh-sungguh dan berkali-kali... hahaha
Ashley,
Wuiihhh... jauh tu!
Kalau semut berlari, petang baru sampai.. hahaha
Insyirah,
Aku tau, dia minat kat aku tapi aku buat tak tau. Tu yang dia tensen kut... hahaha
Dak Ai,
Kirim salam kat kak munah nak buat ape, kirim salam kat adik sedara sebelah mertua tiri dia la...
TM,
Aku tak tau la, laki dia outstesen atau dah out-fesen... hahahaa
makcik wok saya cool, langsung tak mcm cikgu tu... rasanya kalau makcik wok saya jadi che'gu, ada budak dtg 'tak cepat'... dia kata, besok ko takyah dtg pun ok jugak :) - tapi bukan sindir, dgn ketawa rock gitu!
Kucingorengemuk,
Kool! Sekolah mana la tu...
makkkk ai jauhnyer sekolah dari umah!!
Alina,
Tu laa... abis tak bertimbang rasa langsung le..
HAHAHAHA
aku syak dia tengah mengalami sindrom menopos. (kik..kik..)
brader, tak lambai kat mamak jual cendol ka?... apa2 hal kalau luh terserempak ngan tuan Pi eM, cakap wa kirim salam...
berapa umur che'gu wok?
Hahaha! entri ni buat akak terbayang Adibah Amin dalam pilem 'Adik Manja"
Kak Lily
Kakpah,
Aku pun syak macam tu. Tapi, aku rasa sebab dan 10 tahun asyik tunggu pagar, tensen jugak le akhirnya...
Sepa,
Ada ka pagi-pagi mamak jual cendol? Musykil ni...
Nantila, sembahyang Jumaat nanti gua salam dgn dia, wa cakap... kalau dia g masjid la...
Waterlily,
Aku agak umurnya dalam 40an....
Post a Comment