Wednesday, February 29, 2012

Tentang Toyol yang aku tahu...

.

Apabila aku belek-belek entri lama-lama yang berunsurkan mistik, aku teringatkan satu entri tentang Orang Bunian yang ini. Aku dapati ada senarai di situ dan aku hanya ceritakan yang nombor 3 sahaja. Nombor 1 dan 2 aku belum ceritakan lagi. Jadi, aku nak bayar hutang itu sekarang ini...


Aku nak ceritakan yang nombor 2 dulu. Yang nombor 1 nanti-nantilah...

"Pengalaman bersembang dengan arwah Kiyai Hamzah tentang Toyol", itu tajuk yang sesuai kut.

Aku tak ada pengalaman tentang / dengan Toyol. Aku mengaku awal-awal. Cerita ini adalah apa yang diceritakan oleh arwah Kiyai Hamzah terus kepada aku semasa menemani arwah bapak minum dengannya di sebuah watung kopi di Langkap, lewat tahun 80-an.



Katanya, dia pernah tangkap beberapa ekor Toyol yang berkeliaran dan yang sedang menjalankan tugas-tugas suruhan tuannya. Katanya Toyol itu seperti budak kecil berusia 5 tahun  tetapi sifat jin/syaitan yang berasaskan api, ia boleh kecil dan boleh jadi besar budak 5 tahun; dan Toyol bergigi tajam. Aku tak pasti sama ada aku pernah bertanyakan warna kulit Toyol itu tetapi seingat aku dia tak ceritakan pun pasal warna kulit. Mungkin sebab racist... hahaha


Dia ceritakan bahawa Toyol ini paling efektif kalau sepasang. Kelebihan Toyol yang Tuhan anugerahkan ialah ia mampu melipat duit kertas sehingga cukup kecil untuk melepasi lubang kunci yang terkecil. Apabila telah lepas, pasangannya akan sambut dan masukkan ke dalam beg selimpang.


Aku tanya dia, macam mana Toyol boleh masuk ke dalam laci berkunci? Dia kata, Toyol akan masuk menggunakan bontotnya dahulu. Toyol itu akan gonyoh-gonyoh bontotnya pada lubang kunci (apa barang gonyoh kat lubang kunci, ye dak?). Lubang kunci itu akan membesar seperti diperbuat daripada getah. Aku tak dapat bayangkan pada masa itu bagaimana tetapi itulah yang diceritakan kepada aku. Aku syak, bontot Toyol itu yang mengecil sehingga muat lubang kunci itu.


Apabila bontotnya telah bolos, ia terus masukkan kepala dan kakinya kemudian akan mengerjakan duit si mangsa. Toyol tak akan habiskan duit. Dia akan tinggalkan sedikit konon-kononnya si mangsa tak akan perasan. Heh! Bab duit siapa yang tak boeh perasan, kan?



Cerita yang nombor 1 nanti-nantilah aku ceritakan....




.

Tuesday, February 28, 2012

Pink yang bertingkat-tingkat...

.





perghh... meleleh air liur.... tapi aku tak suka makan kek sangat. Hanya suka menikmati keindahan yang diukirkan oleh pembuat kek itu.

Kenapa ada majlis 'memotong kek'? Adakah sesiapa yang tahu asal usulnya?


Aku pernah lihat foto pengantin potong kek guna pedang samurai! Kalaulah kek itu satu simbolisme kepada salah satu falsafah kehidupan alam perkahwinan, apakah pula simboliknya potong menggunakan pedang samurai?


Apa-apa pun, aku suka gabungan warna kek itu... aku suka pink kaler? narhhh..!






.

Monday, February 27, 2012

Batu hitam di atas baldu hijau...

.


Ini bukan kubur batu purba, harap ma'alum...

Secara sinisnya aku boleh kata rumput/lumut itu memberikan kesan 'kusyen' (cushioning effect) kepada kaki-kaki yang memijak batu-batu kelikir itu. Secara sinisnya juga aku boleh minta dibiarkan sahaja lumut/rumput itu di situ dan jangan dibersihkan kerana kesannya cantik pada mata yang memandang.


Kalaulah rumput/lumut itu tebal sikit lagi, bukan setakat berlari, berjoget pun aku boleh di atas batu relfeksologi kaki itu.


Jom joget... "ek ah ek ah! ek ah ek ah!... sebulan sekali aku merinduimu (amboi-amboi enak, amboi-amboi enak).......". Sila kepak-kepakan tangan, ya....






.

Sunday, February 26, 2012

Pelesit Kota

.


kepada yang tak tau, ini penyapu lidi namanya. Kenapa ia digantung?


Penyapu lidi digantung supaya tidak merosakkan lidinya, supaya tak bengkok. Sesetengah orang akan membaringkan penyapu lidinya untuk tujuan yang sama. Ada jua yang meletakkannya secara terbalik iaitu pangkal penyapu di bawah dan disandarkan kepada dinding atau di balik pintu.


Kepada mereka yang mengamalkan petua-petua lama, penyapu lidi akan digantungkan pada tali, atau disangkutkan pada paku di dinding seperti foto di atas itu. Menurut petuanya, penyapu lidi yang digantung amat ditakuti oleh sejenis setan bernama Pelesit.


Selama ini aku ingatkan belalang pelesit itu berbentuk panjang, tirus tetapi pipih dan agak besar, sama seperti yang digambarkan di dalam Buku Kecubung aku tu. Dan selama ini aku ingatkan belalang pelesit itulah pelesitnya.


Menurut abang aku, belalang pelesit adalah kecil dan seperti belalang beras atau belalang yang biasa kita jumpa di padang rumput dan dibuat umpan memancing. Cuma, muka belalang pelesit itu memang seperti hantu, wajahnya nampak ganas. Dan belalang pelesit itu bukanlah pelesit. Belalang pelesit itu bertindak seperti 'mata-mata' kepala setan Pelesit. Apabila belalang pelesit itu terjumpa rumah orang sakit, lemah atau rumah tinggal, ia akan berbunyi dan bunyi inilah yang akan memanggil Pelesit-Pelesit liar itu. Berpusu-pusu si Pelesit itu datang, itulah sebabnya orang kata 'lari laju macam pelesit'.


Jadi, kalau dapat belalang pelesit, orang akan bunuh atau halau cepat-cepat supaya ia tak sempat memanggil Pelesit-Pelesit liar. Dan bukannya membunuh belalang itu dengan harapan dapat membunuh Pelesit itu. Nak bunuh setan Pelesit bukan semudah mencabut kepala belalang itu, kawan. Kalau cabut kepala belalang itu dan setan Pelesit tu pun mati, tak payahlah nak berbomoh ber'ustaz' segala bagai...


Tentang penyapu tergantung itu tadi, ianya hanyalah petua orang tua-tua. Kalau setan Pelsit itu bertuan dan sengaja dihantar, setan itu akan menerjah masuk juga. Kalau setan itu tak dapat masuk ke rumah, ia akan tunggu di luar rumah pula... atau di pokok-pokok besar, atau dibalik pintu pagar, atau di dalam kereta atau di saku-saku manusia...






.

Saturday, February 25, 2012

Buai telur

.


"Bila dah pindah nanti, mama mahu buai telur", katanya pada satu pagi.

Apa yang dimaksudkannya ialah buai jenis ini...






Oooo.... aku ingatkan apa tadi.




.

Friday, February 24, 2012

Tepat Jam 12 malam ni...

.


Budak bertuah ini punya birthday...






Dia diberikan pilihan untuk makan malam. Sama ada Western, Chinese atau Japanese. Kalau Western, dia boleh pilih makan steak atau ayam golek pakcik Kenny. Kalau Chinese, dia boleh makan itik panggang atau apa-apa saja. Kalau Japanese, dia boleh makan shushi yang berpusing-pusing tanpa henti.


Dia tanya balik, Japanese dan Western, mana yang lebih murah. Aku jawab, Japanese. Kemudian, dia pilih Japanese. Lagi pun, lebih sihat. Ah! Dia memahami situasi aku ekonomi sekarang.


Tapi, bertimbun piring-piring shushi, ada 17 piring semuanya. 2 piring adalah kulit ikan salmon di goreng. Tak juga ekonominya...





.

Thursday, February 23, 2012

Koleksi pantun romantik dan pembayang untuk Malam Jumaat

.

Berkenaan dengan entri yang ini....
Seperti yang telah dijanjikan, inilah pantun versi aku...



Apa guna meraut mengkuang
Kalau hari masih tengkujuh
Apa diragu kasihnya abang
Kalau anak sudah sepuluh



Pagi-pagi menebas belukar
Anak Kedidi berlari-lari
Walau nisan sudah berakar
Kanda takkan mencari ganti



Kalau kaki terpijak onak
masakan tangan boleh terluka
Kalau di hati syaitan berternak
Usahkan songkok serban pun dibuka





.

Wednesday, February 22, 2012

Adegan yang tak ingin aku lihat... kawan baik aku ditembak mati

.

Malam tadi aku bermimpi lagi. Aku beritahu awal-awal, aku hanya bermimpi. Jadi, jangan terasa tiba-tiba nak menggelupur melatah segala bagai sampai nak laporkan kepada Polis. Hanya mimpi.


Entah macam mana, aku pulang ke kampung dan entah macam mana, umur aku pada ketika itu lebih kurang awal 20an. Di kampung itu, aku berjumpa semula 2 orang kawan aku. Seorang itu adik dan seorang lagi itu abang. Si abang itu sebaya dengan aku dan namanya pun Zam, manakala si adik muda 3 tahun dari kami dan bernama Man. Mereka itu berjiran dengan aku di kampung dan mereka itu kawan karib aku dan mereka hanya bersekolah sehingga di Tingkatan 3 (SRP pun tak lepas).


Oleh kerana kami hanya berjumpa setahun sekali ketika hari raya, kepulangan aku pada kali itu kebetulan pula mereka juga berada di kampung, pertemuan itu mengimbau kenangan lama. Ketika kami berbasikal ke sekolah rendah. Bermain motor tanpa niat merempit dan sebagainya.


Ketika kami sedang bersembang di hujung simpang, Zam di gamit oleh beberapa orang 'mat rempit'. Zam segera pergi kepada mereka. Aku cuba curi-curi dengar tetapi mereka berbisik dan seperti membuat perancangan. Aku masih terus bersembang dengan Man. Seketika kemudian, Zam mendapatkan kami dan mengajak kami ke pekan terdekat. Ada tugas sikit, katanya. Lalu aku pun membawa motor manakala Man membonceng aku. Zam menaiki motorsikalnya sendiri. Aku mengekori motorsikal Zam rapat-rapat. Sehinggalah di pekan itu, tiba-tiba dia mengajak kami berdua masuk ke dalam satu pasaraya. Aku hanya mengikut tetapi hati aku kurang selesa. Sedang kami bertiga melihat-lihat barang-barang jualan tiba-tiba Zam dirapati oleh seseorang dan sebungkus plastik kecil pun bertukar tangan.


Cepat-cepat kami keluar dan bersembang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku walau pun dalam hati aku terasa kecut. Kami pulang dan setibanya kami di simpang tadi, Zam memberikan bungkusan tadi kepada rakannya dan sekepul duit pun berpindah tangan. Aku takut tetapi terasa seronok pun ada . Terasa 'thril' sungguh menjadi penjenayah ini rupa-rupanya.


Kemudian, rakan kepada Zam itu membisikkan rancangan lain pula. Aku bertanya kepada Man, adakah dia tak risau tentang abangnya itu? Man hanya ketawa dengan gaya rock otai... rileklah brader, katanya. Duit itulah nak sara kami yang tak bersekolah ni, katanya lagi. Jadi, Man sudah tahu aktiviti abangnya itu dan aku kini telah terbabit sama.


Zam mengajak kami ke pekan semula. Aku hanya menurut. Sesampai di sederet kedai-kedai satu tingkat, kami bertiga pun letakkan motorsikal. Kami berjalan kaki di siar kaki. Aku masih berteka-teki, apakah misi Zam pada kali ini. Dua - tiga kedai kami keluar masuk tanpa ada tujuan, tanpa ada niat untuk membeli apa-apa pun. Aku musykil tetapi aku hanya turutkan sahaja. Kemudian, kami berjalan di depan sebuah kedai emas yang masih belum dibuka untuk berniaga.


Kami berlegar-legar di situ. Aku lihat mata Zam meliar ke atas dan ke bawah. Mata Man juga begitu. Aku sudah mula syak yang tidak baik. Tiba-tiba Man bisikkan kepada Zam, ada CCTV di atas. Aku terkedu kerana aku tak memakai topi keledar sedangkan mereka berdua itu bertopi keledar. Ini bermakna, jika mereka lakukan rompakan di kedai emas itu, wajah aku tentulah mudah dicam. Hati aku menjadi rusuh. Aku menjadi tak senang duduk. Aku minta mereka berdua jangan lakukan tetapi Zam telah nekad.


Di sebelah kedai emas itu ialah kedai perabot. Ada beberapa keping tilam disandarkan di siar kaki. Jika ada orang lalu, kami bertiga akan berpura-pura melihat-lihat tilam itu seolah-olah mahu membelinya. Namun begitu, ada seorang dua lelaki di situ, termasuk seorang pekedai, memerhatikan kami bertiga dengan rasa curiga. Mana taknya, Zam dan Man masih memakai topi keledar!


Melihatkan itu, aku meminta mereka batalkan niat mereka. Aku katakan ada orang telah perasan dengan gelagat kami. Tiba-tiba Zam menyuruh aku dan Man pergi ke motorsikal. Aku ajak dia sekalli tetapi dia kata nanti dia akan menyusul.


Aku berasa lega kerana aku fikir mungkin mereka berdua tak jadi untuk merompak. Atau mungkin mereka hanya membuat tinjauan dahulu dan akan merompak malam nanti. Kalau mereka nak rompak malam nanti, aku tak akan ikut. Walau pun aku lega tetapi aku masih bimbang kerana CCTV telah berjaya merakam wajah aku. Kalaulah pita rakaman itu diserahkan kepada polis, tentulah aku diburu untuk mendapatkan maklumat walau pun bukan aku yang merompak.


Aku dan Man tunggu Zam di tempat letak motorsikal sejauh beberapa buah dari kedai emas itu. Beberapa minit berlalu tetapi bayang-bayang Zam tidak juga muncul. Aku mula tak sedap hati. Aku suruh Man pergi lihat Zam. Rupa-rupanya Man juga berasa tak sedap hati. KAmi berdua pun ambil keputusan untuk pergi semula ke kedai emas itu. Baru beberapa langkah, aku terdengar bunyi hentakkan kuat pada pintu besi. Sejurus kemudian, aku terdengar beberapa letupan.


Cepat-cepat aku tarik tangan Man dan berjalan laju ke kedai emas itu. Aku lihat orang ramai sudah berkumpul di depan kedai emas itu. Aku dan Man menyelinap perlahan-lahan di celah-celah orang ramai kerana takut kalau-kalau ada orang perasan yang kami tadi bertiga. Sudah tentulah aku dan Man akan ditangkap.


Di depan aku, aku lihat Zam sedang terduduk di atas lapisan-lapisan tilam yang terbentang di atas simen siar kaki sambil tunduk memekup perut. Aku dan Man buat-buat tak kenal Zam dan teruskan berjalan hingga ke kedai depan. Aku bisikkan kepada Man yang Zam telah kantoi dan dia mungkin telah di belasah sampai senak perutnya. Tetapi, aku musykil pula dengan bunyi letupan tadi. Jadi, aku dan Man berpatah balik.


Ketika aku berselisih dengan Zam, aku terlihat darah merah bergenang di atas tilam. Zam kena tembak oleh pemilik kedai emas itu! Adakah Zam telah mati?


Aku sempat mengintai matanya yang terbeliak dan sumpah, aku ceritakan kepada Man, aku lihat mata Zam berkedip. Jadi, Zam belum mati. Oleh kerana kami berdua panik, kami pun hidupkan enjin motorsikal dan memecut pergi. Kami tinggalkan Zam dengan nasibnya. Di jalan raya menuju entah ke mana, kami berselisih dengan kereta peronda polis.



Aku terjaga dari tidur entah pukul berapa. Aku bangun dan minum segelas air. Ada terfikir untuk bersembahyang sunat tetapi mata masih berat. Jadi, aku rebahkan semula badan aku di atas katil.


Apabila terlelap semula, aku terus bermimpi. Kali ini, aku bersembunyi di kampung kerana aku teringat yang CCTV ada merakam wajah aku yang tak bertopi keledar. Manakala Man pula entah hilang ke mana. Aku dapat tahu dia telah melarikan dirinya ke Kuala Lumpur sedangkan aku masih berkira-kira mahu menyerah diri atau pun tidak... aku tak bersalah... aku tak bersalah....aku tak bersalah!!!





.

Updated: Koleksi pembayang pantun menjelang Malam Jumaat....

.



Satu:

Apa guna meraut mengkuang
Kalau hari masih tengkujuh
>?
>?


Dua:

Pagi-pagi menebas belukar
Anak Kedidi berlari-lari
>?
>?


Tiga:

Kalau kaki terpijak onak
masakan tangan boleh terluka
>?
>?


Buat masa ini, aku tak dapat nak cari maksud. Yang aku ada cuma pembayangnya sahaja. Silalah cuba. Gunakan kreativiti sepenuhnya. Jangan lucah-lucah sudahlah...



Update:


Pembayang itu sendiri memberi bayangan tentang subject matter atau maksud yang ingin disampaikan. Dalam kes ini, aku belum terjumpa apa maksud yang ingin aku sampaikan. Cuba kita lihat satu persatu...


Pantun 1. Pembayang itu seolah-olah mengatakan jangan berbuat satu pekerjaan yang sia-sia atau tak berkesan. Jadi, maksudnya perlulah berkenaan perbuatan yang sia-sia, tak kisahlah sama ada dari aspek berkasih sayang atau pekerjaan seharian. Pantun ini berunsurkan nasihat. Contoh maksud: jangan dicurah daun keladi kerana segala yang dibuat tak akan jadi atau jangan diharap kasihnya orang kalau empunya tuan tak pernah berkenan.



Pantun 2. Pembayang itu hanya bercerita tentang sesuatu yang norma, satu peristiwa biasa. Jadi, aku rasa pantun begini adalah pantun yang neutral. Sama ada ianya pantun nasihat atau pantun nak ajak gaduh pun boleh agaknya. Biasanya orang guna untuk menyindir. Contoh: aku kata engkau tak dengar kerana taik telinga tebalnya sekaki.... hahaha



Pantun 3: Pembayang yang ini lebih bersifat logik. Perkara-perkara yang disifatkan pelik sepatutnya tak berlaku. Ia lebih menjurus kepada sebab-bersebab agaknya, aku pun tak pasti sangat walau pun aku yang buat. Contoh: Kalau hujan jatuh di hilir takkan keruhnya di hulu sungai atau kalau sudah ditimpa sayang takkan sedikit pun tak terkenang-kenang...




Hmmm.... masih belum Malam Jumaat. Nanti ada yang declare malam ni malam jumaat karang. Bukannya apa, tak sabar nak berjual-beli pantun. Itu je, tak ada maksud tambahan atau maksud lain....






.

Tuesday, February 21, 2012

Segelas Teh Tarik yang diletakkan terlalu rapat dengan Telur Ayam sesangkak...

.


imej sumbangan Mama


Apakah kaitan antara Teh Tarik dan Telur Ayam sesangkak?
Inilah tajuk yang kita bakal bincang sebentar lagi tetapi sebelum tu, sayugia dinyatakan di sini bahawa tuan empunya telur tidak sama dengan si peminum teh tarik. Malah, aku tak tahu siapakah pemilik telur sesangkak banyaknya itu dan aku tak minum teh tarik yang itu. Aku minum teh tarik yang lain, yang tak ada dalam foto di atas kerana aku ini elusif, hatta bayang-bayang sekalipun. Baiklah...


Apakah signifikannya Teh Tarik diletakkan dekat dengan Telur Ayam sesangkak?
Ini merupakan tajuk perbahasan kedua yang perlu kita kupas dalam-dalam namun sebelum itu, perlu diberitahu bahawa kejadian Teh Tarik berada dekat-dekat dengan Telur Ayam sesangkak itu berlaku di selatan tanah air. Untuk lebih tepat lagi, kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Bandar Jasin, Melaka.


Jika ditilik betul-betul, anda boleh dapati yang telur ayam itu bukanlah telur ayam yang biasa. Kulit telurnya berwarna kuning-putih, lebih kepada 'sandy-egg' yang ternyata lebih mahal harganya. Tetapi, siapakah yang tinggal dan bersosio-ekonomi di Bandar Jasin mampu membeli 'sandy-egg' sebanyak itu hanya untuk nak buat telur dadar hari-hari? Sudah tentulah pemilik yang bertelur itu bukan calang-calang orang. Bukan sekadar lelaki picisan.


Kemudian, cuba lihat Teh Tarik itu pula. Siapakah yang berkemampuan untuk memesan segelas Teh Tarik yang tak pernah luak-luak (di dalam foto itu), segelas teh tarik ajaib. Kenapa aku kata begitu? Cubalah lihat gelas-gelas lain, mereka hanya minum Teh 'O'. Sudah tentulah Teh Tarik itu sangat bermakna kepada peminumnya. Dan sudah pasti si peminum teh tarik itu akan sering menjeling kepada pemilik telur ayam sesangkak itu...



Berbalik kepada dua topik kita pada hari ini, sejujurnya aku sendiri tak tahu apakah kaitan antara keduanya dan apakah signifikannya aku tulis di blog ini.... hahaha






.

Monday, February 20, 2012

Teman di pejabat...

.





Makanan berkhasiat buat warga kerja yang buat kerja di bilik mesyuarat. Makan secara berjamaah banyak kelebihannya. Lagi pun, kita kena kurangkan stress di pejabat. Buat kerja jangan sampai memudharatkan diri.

Biskut rangup. Dan para jemaah pemakannya pun macam biskut: kejap ada, kejap tak ada....




.

Satu sinopsis...

.


Pada masa itu nanti matahari bersinar garang dan merah. Bumi menjadi tandus. Kalau dulu ianya tasik, kini ia kering. Kalau dulu ianya padang rumput yang menghijau dan segar, kini hanyalah padang pasir yang kontang. Manusia telah hilang separuh dari muka bumi kerana peperangan dan cuaca yang berbeza daripada 50 tahun dulu. Kesan-kesan radioaktif akibat perang dunia masih kuat. Akibat peperangan itulah banyak kerajaan dunia yang menjadi lemah akibat beban hutang dan kerosakan prasarana dan loji-loji utama.


Peradaban dunia telah musnah sama sekali. Teknologi manusia yang satu masa dulu berada di kemuncaknya, telah hancur akibat pemimpin-pemimpin dunia yang tamak kuasa dan nafsu untuk mengawal kekayaan dunia. Akibat peperangan itu, dunia telah kembali kepada asasi. Peradaban selama 500 tahun telah lenyap. Kini manusia hidup dalam puak-puak yang kecil dan menduduki kawasan-kawasan yang masih mampu memberikan keperluan asas: makanan, minuman dan tempat perlindungan dari puak-puak lain yang mahu merampas kawasan mereka.


Dalam kecelaruan itu, muncul satu kuasa baru yang diketuai oleh seorang pemimpin yang muncul dari perang gerila. Pemimpin itu mulai mengumpul pengikutnya dengan keajaiban yang dia ada. Pemimpin itu mampu mengubah padang pasir yang tandus kepada padang rumput yang segar. Dia mampu mengembalikan tunggul kayu reput menjadi pokok yang berbuah lebat semula. Dengan kebolehan yang dia ada, para pengkut fanatiknya sanggup melutut dan bersujud kepadanya, malah menganggap dia sebagai 'demigod' atau dewa. Oleh kerana sanjungan yang tak terhingga dan membabi buta itu, pemimpin itu menjadi sangat kejam. Sesiapa yang enggan menurutnya pasti akan disiksa dan segala apa yang dipunyai akan dirampas. Kekejaman pemimppin itu tidak dapat dibendung oleh sesiapa kerana dunia kini tidak lagi mempunyai kerajaan yang kuat untuk melawan seseorang yang mempunyai keajaiban yang sangat luar biasa. Satu persatu kaum-kaum yang masih wujud di muka bumi tunduk kepada pemimpin itu.


Kecuali satu puak yang telah lama mendiami satu lembah yang subur dan damai. Puak ini telah lama tinggal di situ, sejak sebelum peperangan meletus lagi. Sejarah puak ini telah berlanjutan kira-kira 100 tahun sebelum itu lagi, lama sebelum meletusnya peperangan. Pengasas kumpulan ini telah berhijrah dan mengasingkan diri di situ apabila dunia semakin gila mengejar teknologi dan meninggalkan nilai-nilai suci dan agama. Di kalangan puak ini ada seorang pemuda, anak seorang adiwira kepada puak itu. Seorang lelaki yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelangsungan nilai-nilai murni puak itu.


Berita tentang kemunculan seorang pemimpin kejam itu telah sampai kepada mereka dan mereka turut terasa terancam. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin yang kejam itu mempunyai kebolehan yang ajaib. Pemuda tadi telah keluar meninggalkan puak itu untuk mengintip dan mencari kebenaran tentang pemimpin yang dikatakan mampu mengubah sebuah gunung menjadi bangunan berpuluh tingkat dengan hanya menggunakan jari telunjuknya.


Pada mulanya pemuda itu berasa gentar namun setelah bermacam-macam usaha yang dilakukan akhirnya dia mendapat jawapan tentahg keajaiban pemimpin itu.


Ketika peradaban teknologi duni berada dikemuncaknya kira-kira 50 tahun dahulu, penyelidikan telah dilakukan terhadap sistem komunikasi manusia. Jaringan maklumat dunia semakin majmuk dan cara manusia berkomunikasi juga perlu berubah. Oleh itu, terjadi satu revolusi dalam teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Akibat revolusi itu, para pemimpin kerajaan dunia pada masa itu berlumba-lumba untuk menguasai teknologi tersebut kerana maklumat dan komunikasi adalah penting untuk kemajuan ekonomi dan keselamatan negara.


Akibat kegilaan terhadap teknologi tersebut, satu undang-undang telah diluluskan dan dikuatkuasakan agar setiap bayi yang lahir mestilah dimasukkan sejenis implan di dalam kepalanya. Implan ini akan bertindak sebagai antaramuka (interface) di antara deria rasa dan otak. Apabila telah diletakkan implan, secara amnya manusia akan dapat terus berinteraksi dengan jaringan maya dunia.


Apa pemimpin yang kejam itu buat ialah dia telah berjaya mengeksploitasikan teknologi ini, akibat kebocoran teknologi dari pihak tentera yang telah musnah akibat peperangan, dan telah menjadikan implan yang ada padanya bertukar, bukan sahaja sebagai reseptor dan transmitor, malah mampu menjanakan satu medan kuasa yang cukup kuat untuk mengganggu isyarat impan manusia-manusia lain. Akibatnya, otak-otak para pengikutnya telah dikabui oleh maklumat palsu yang ditanam oleh pemimpin tersebut. Oleh kerana otak manusia menafsirkan segala sesuatu itu dari arus elektrik yang dihasilkan  oleh berjuta-juta  deria, mengganggu isyarat tersebut akan mengelirukan tafsiran otak tersebut.


Sebagai contoh, apabila seseorang memegang sebatang pen, deria rasa pada hujung jari akan memberikan isyarat elektirk yang kemudian ditafsirkan sebagai keras dan sejuk. Manakala isyarat elektrik dari retina mata pula mengatakan bentuk benda yang dipegang itu adalah sama sebagai sebatang pen seperti mana dirujuk dari bank data di dalam otak.


Apa pemimpin itu buat ialah menukar isyarat 'keras' kepada 'lembut', 'sejuk' kepada 'panas' dan isyarat dari retina pula menyamai objek 'Api'. Sudah tentulah orang yang memegang pen itu tadi akan terasa panas dan tangannnay dirasakan terbakar.


Manakala pemuda dari suku kaum yang tinggal dalam pengasingan itu tidak pula terjejas kerana puaknya tidak diimplan. Kini, pemuda itu berasa dia perlu menyelamatkan manusia daripada pembohongan dan ilusi pemimpin yang kejam itu. Itulah misinya sekarang ini...







[ Itulah sinopsis tentang satu cerita yang bermain dalam kepala aku. Kalau aku mampu dan kesihatan aku mengizinkan, mungkin aku akan lakukan sesuatu untuk membantu pemuda itu. Kalau tidak, sinopsis ini akan kekal sebagai sebuah entri dalam blog aku ini]



.

Sunday, February 19, 2012

Pada pagi itu aku hempaskan topi keselamatan di atas meja

.


Aku rindukan kehidupan yang lebih tenang, yang lebih tenteram kerana aku telah terlalu dibingitkan dengan hiruk pikuk kotaraya yang seakan-akan tak pernah kenal erti malam dan tidur. Kotaraya yang berdenyut nadinya setiap masa, yang terbuka matanya setiap masa selagi ada manusia-manusia yang berkeliaran atau minum secawan kopi atau bersembang di gerai-gerai burger di tepi jalan. Mereka itulah nadinya. Jantung kotaraya itu berdenyut selagi ada nadi manusia yang berdenyut bersama-samanya.


Aku yang telah sebati dengan kotaraya hampir 20 tahun lamanya sampai juga seruan dalam hati aku untuk menghargai ketenangan yang hilang dari kamus kerjaya aku. Kini aku amat dambakan rasa sunyi dan kehijauan. Aku merindui masa-masa yang berdetik perlahan. Aku mahu melihat bagaimana alam ini berubah dalam imej detik-detik yang lebih perlahan.


Lalu pada satu hari itu, rindu aku pun terjawab dengan satu sengatan yang pedih di dalam rongga dada. Pada pagi itu aku hempaskan topi keselamatan berwarna putih di atas meja kerja. Terkejut semua rakan-rakan yang ada. Kesemuanya memandang kepada aku. Si Jepun, si Inggeris dan si Korea semua terhenti dari berbincang dan bertengkar. Terasa sungguh asing sekali pejabat itu apabila suasananya diam dan sunyi. Kesemuanya memandang aku yang tiba-tiba tertunduk sambil memegang dada.


Kesakitan itu menyucuk-nyucuk dada dan tangan aku terasa kebas. Tidak lama kemudian, beberapa daripada mereka menyambut tubuh aku yang semakin longlai dan hampir-hampir jatuh tersungkur dari atas kerusi. Kisah seterusnya terlalu kelam untuk aku ceritakan.


Apabila aku keluar dari bilik doktor itu, aku telah diberitahu tentang kisah yang berbuku di dalam dada. Sebuah kisah sedih tentang keadaan jantung yang berdegup semakin lemah. Semakin hari menjadi semakin lemah untuk terus menampung tubuh aku yang sasa, doktor itu berkisah, dan akhirnya akan terhenti dari terus bernadi. Bermakna, degup nadi kotaraya akan berkurang seorang nanti.


Lalu aku teringatkan kisah rindu aku akan kedamaian, tentang masa-masa yang berdetik lebih perlahan. Serta merta aku terfikir, inilah jawapan yang aku terima akibat rindu aku itu. Jadi, aku ambil keputusan untuk pulang ke desa. Desa yang segala-galanya hijau. Desa yang jam dindingnya bergerak lebih perlahan. Orang-orang kampung berjalan kaki dengan lebih tenang tanpa perlu terkejar-kejar. Lembu dan kambing yang berlari-lari anak, seolah-olah menari kegirangan menjemput sinar pagi yang damai. Embun-embun segar menitis di atas sepiring jemput-jemput dan secawan kopi O panas.


"Berapa lama lagi?" soal seseorang yang menemai aku pada pagi itu.

"Tak lama lagi..." jawab aku acuh tak acuh sambil melemparkan pandangan ke kebun sayur milik lelaki itu.


Aku hayun-hayunkan kaki aku. Pelantar yang diperbuat dari batang-batang kayu sebesar lengan dan disusun rapat-rapat itu seakan-akan turun berhayun. Nasib baik atap jerami itu dijalin kemas dengan tali kambing. Jika tidak tentulah pondok kecil di tengah-tengah kebun sayur itu tak berbumbung lagi.


Tiba-tiba rasa pedih menjalar lagi tetapi tidaklah sesakit sebelum ini. Aku tanggalkan butang kemeja lusuh yang aku pakai.  Aku tunduk melihat dada aku yang sakit itu. Aku terkejut kerana aku dapati ada selinder besi sebesar dan sepanjang sebatang pen melekap di atas dada, betul-betul di atas kedudukan jantung. Ada satu selinder kaca berisikan sejenis cecair berwarna kuning di dalam selinder besi itu dan aku boleh lihat paras cecair dengan jelas. Di sepanjang selinder kaca itu pula terdapat beberapa LED kecil yang bermula dengan warna merah, kuning dan hijau. Aku dapati paras cecair itu berada di senggatan yang bawah. LED berwarna kuning sedang berkelip-kelip.


"Pulanglah dulu. Kamu patut cas semula bateri dan isikan semula serum tu sebelum habis... atau..." saran lelaki itu.

"Atau apa?" aku tercengang kerana aku baru perasan ada benda itu di dada aku.

"Itulah penyambung nadi kamu, sementara kamu menunggu penderma..." katanya sambil melangkah pergi meninggalkan aku di pondok kecil itu.


Aku terpinga-pinga. Aku tak tahu apa yang telah terjadi kepada aku dan sungguh, aku terasa begitu lemah sekali. Pandangan aku berpinar-pinar tetapi aku gagahkan diri untuk berjalan pulang ker rumah kakak. Nafas aku tersekat-sekat setiap kali aku langkahkan kaki dan akhirnya aku jatuh di depan pintu rumah kakak.


Aku tak mahu mati. Walau pun aku tak suka dengan kehidupan di kotaraya, tak bermakna aku mahukan kematian yang cepat seperti ini. Apa yang aku mahu hanyalah berhijrah ke desa dan menikmati masa yang tenang dan damai. Bukan pulang dengan keadaan selemah ini. Bukan.


Kakak unjukkan sebatang picagari. Aku terdiam. Sungguh, aku tak tahu untuk buat apa dengan picagari yang penuh dengan cecair berwarna kuning. Aku geleng-gelengkan kepala.  Lalu kakak tanggalkan baju aku lalu menyuntik cecair kuning itu ke dalam selinder kaca. Kemudian, kakak cucukkan sebatang besi kecil yang bersambung kepada wayar hitam ke dalam satu lubang kecil yang ada di selinder besi yang melekap di dada aku. Kakak sambungkan pula ke soket 3 pin. Kakak alirkan arus elektrik. Perlahan-lahan aku terasa lebih segar dan nadi aku pun berdenyut dengan lebih sekata.


"Jangan mati lagi. Bertahanlah sedikit lagi. Mungkin esok lusa, ada penderma datang..." kata kakak.


Dan hari-hari aku terasa amat panjang sekali apabila duduk tanpa berbuat apa-apa selain daripada menunggu seseorang mendermakan jantungnya kepada aku. Setiap hari aku dilanda rasa resah. Kehidupan begitu bukanlah yang aku harapkan. Aku tidak mahu hidup dalam keresahan menunggu kematian. Aku mahukan sebuah kehidupan yang tenang dan damai.


Aku termenung di kaki tangga, memikirkan hari-hari yang mendatang. Aku cuba korek semula kisah-kisah di kotaraya tetapi aku gagal mengingatinya kecuali perasaan kuat untuk hidup dalam tenang dan damai.


Dan kini, aku hidup tanpa dapat mengetahui apakah esok aku masih bernadi atau pun tidak...






[ itu mimpi aku malam kelmarin ]



.

Saturday, February 18, 2012

Sekalli tu, dia makan nasi 'Arab daaaa....

.




D'Arab seksyen 7, Shah Alam. Di sekitar Shah Alam ini ada beberapa francaisnya, termasuk di kantin Masjid Negeri Shah Alam (Masjid Biru) tapi aku belum cuba yang di situ kerana masih baru dibuka (dalam 3-4 bulan).


Dalam banyak-banyak nasi Arab yang pernah aku makan, aku suka nasi Arab D'Arab Cafe ni. Walau pun orang kata rasanya 70% sahaja menghampiri menu nasi di negeri Arab yang sebenar tapi resepinya memang ngam dengan tekak Melayu-CIna-Jawa aku ni. Ada kawan-kawan kata yang di PJ dan Sri Hartamas lagi Arab daripada Arab dan harganya pun harga antarabangsa. Aku tak pernah cuba jadi aku tak tahu.


Hidangan sepinggan besar tu untuk dihadap 4 orang. Aku dengar-dengar kalau Pak Arab memang sepinggang besar tu untuk dihadapnya seorang. Macam manalah agaknya perut dia tu. Mungkin macam perut Unta.





.

Friday, February 17, 2012

Menari bersama-sama jiwa yang parah...

.

imej: art-bandgeek.deviantart.com



Kupegang tanganmu, kurangkul pinggangmu
Kau genggam tanganku, kau dakap aku
Lalu kita pun menari 
Alunan muzik alam liar
memutar kaki dan fikiran
Kita basah dalam hujan air mata
lencun, sejuk mencengkam jiwa


Kataku
Kamu yang parah jiwa
Masuklah ke dalam raga dada
Agar kita bersama selama-lamanya.





.

Thursday, February 16, 2012

Kad Ucapan seorang anak...

.


Satu hari itu, Ariff tahu hari yang itu adalah hari ulang tahun mamanya dilahirkan ke dunai yang fana ini. Sebagai seorang anak yang menyayangi sungguh-sungguh mamanya, Ariff tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan sesuatu. Sebagai seorang anak yang masih bersekolah rendah, apalah sangat yang dia boleh lakukan untuk ulang tahun hari lahir mamanya. Duit belanja sekolah pun ayahnya yang sediakan. Botol air kosong pun mamanya yang isikan.


Namun semangat seorang anak terhadap mamanya, dia berikan sekeping kertas yang dikoyakkan daripada buku nota hariannya kepada mamanya sebaik sahaja mamanya melangkah masuk ke rumah.

Dan dengan hati yang bergetar kerana gembira atas ingatan tulus ikhlas dari anaknya, Mama pun cepat-cepat membukanya. Inilah yang telah dituliskan oleh Ariff sempena ulang tahun hari lahir mama...




'Kad Ucapan' dari Ariff... siap dengan perut boncitnya sekali.



Aku tak tahu apa-apa, kata aku kepada Mama apabila dia menjeling kepada aku. Bukan aku yang ajarkan, kata aku lagi. Sumpah!


Tapi aku tumpang ketawa sedangkan Ariff beria-ia bertanya kepada Mama sama ada mama menyukai 'Kad Ucapan' nya....




.

Wednesday, February 15, 2012

Kesedapan dan kelazatan dunia...

.




Cara penyedian:-

  • Pecahkan 2 biji telur ayam kampung yang separuh masak tapi kuning telurnya masih cair.
  • Masukkan telur-telur tadi ke dalam nasi lemak yang masih panas
  • Gaulkan



Perghh...!!! Syorga...!





.

Aku amat-amat takut...

.


imej: gocer-art.deviantart.com

Dalam mencari sakti suci
yang bersembunyi di balik kaca hati
kutabur serapah berharapan rindu
ketika menunggu debar pilu

Sesungguhnya aku takut
kalau-kalau ia telah disembunyi
didakap suci abadi


Nanti, yang kutemui di situ
hanyalah aku
sedang melihat diriku 
dimamah waktu


Aku benar-benar takut.




.

Tuesday, February 14, 2012

...to the point of agony...

.


Mungkin lirik dari sebuah lagu ini menggambarkan apa yang aku rasa pada ketika ini. Puisinya sudah cukup menceritakannya, tak perlu aku garap versi sendiri. Aku sertakan kod untuk gitar dengan key Am.





Am                               C
Life it seems will fade away
G                                 Em               Em-G-Am
Drifting further every day
Am                              C
Getting lost within myself
G                                 Em               Em-G-Am 
Nothing matters, no one else


I have lost the will to live
Simply nothing more to give
There is nothing more for me
Need the end to set me free


Things not what they used to be
Missing one inside of me

Deathly lost, this can't be real
Cannot stand this hell I feel


Emptiness is filling me
To the point of agony
Growing darkness taking dawn
I was me but now he's gone


c/o
D-Em                         D-Em            Em- G-Gbm              D       (riff: Bm-A-G-Gb-Bm)
No one but me can save myself but it's too late
D-Em                            D-Em                 Em-G-Gbm           D       (riff: Bm-A-G-Gb-Bm )            
Now I can't think, think why I should even try

Yesterday seems as though
It never existed
Death greets me warm
Now I will just say goodbye


(Fade To Black oleh Metallica)



Lagu ini keluar dan aku mula dengar semasa di tingkatan 3 dan sejak itu kerap juga aku dendangkan secara akustika petang-petang di asrama. Sudah tentu lagu ini ada nostalgianya tersendiri buat aku.









.

Monday, February 13, 2012

Gemalai sang tari di atas sejuk salji,

.

Aku tak mampu menulis panjang-panjang buat masa ini, mahu sahaja aku nyanyikan lagu "Rendang Tak Berb(k)uah" dendangan Hattan. Jadi, bayangkan aku nyanyikan bait-bait ini...

" Sunyi tenggelam, terlantar dalam telanjang.... (sambung sendiri) "















Jangan nak tengok si penari saja. Aku nak tunjukkan bayang-bayang dia, itulah sebabnya si penari bukan berada di titik tengahfoto...




.

Sunday, February 12, 2012

Kereta PROTON terbaru (kod - P3) bakal di keluarkan tidak lama lagi... Inikah dianya ?

.


Sebuah kereta yang ditempel-tempel dengan perbagai plastik dan pita perekat, dan dengan nombor pendaftaran sementara adalah sesuatu yang boleh mencuri perhatian. Walau pun kereta itu berwarna hitam (dengan harapan ia tidak terlalu menarik tumpuan orang), nombor pendaftaran sementara itu sememangnya terlalu menarik lebih-lebih lagi pemandu seperti aku yang berhenti betul-betul di belakangnya. Ini fotonya yang aku ambil pagi tadi...








Lokasinya tidak jauh dari Kilang PROTON di Shah Alam, jadi tak keterlaluan jika aku syak ianya sebuah kereta terbaru yang sering diwar-warkan oleh media tentang produk terbaru PROTON. Gaya Saga pun ada, tapi semasa ia dibelakang aku, radiator grillnya jenis melintang macam Honda City pun ada. Kalau ditengok dari belakang nampak macam Hyundai pun ada. Tak mungkinlah produk terbaru Perodua kerana kilang Perodua nun di Rawang sana.








Kereta tua aku tak mampu menyaingi pecutannya selepas lampu isyarat bertukar warna dari merah ke hijau. Tak sampai 5 minit, ia dah lenyap di celah-celah kereta yang banyak itu. Dan warna hitamnya sungguh mengabui mata aku di pagi yang cerah. Kereta itu lebar sedikit daripada Persona, ruang kabinnya lebih besar sedikit dari Persona juga.






.

Saturday, February 11, 2012

Perrghh...... 'Twin Tower' yang tingginya menggunung ke awan..

.


Aku ingatkan itu cuma gimik restoran kurang ternama itu tetapi apabila aku lihat menu yang terpampang di dinding, memang sah ada.







Tingginya mencodak ke awan gemawan. Kalahkan piramid tingginya. Aku syak kalau nak makan tu kena naik guna tangga aluminium. Kena rengkuh dari puncak membawa ke bawah. Kalaulah tangga tu tergelincir dan bawah dagu terkena bucu Twin Tower tu, mahu tembus ke otak gamaknya.


Lepas tu, roti Twin Tower itu boleh dimakan dengan kuat otak + darah. Roti Otak Banjir namanya...

Hah, entri aku masih berkisah tentang ngeri dan seram ek...






.

Kisah Alin di malam Jumaat Kliwon...

.


Alin seorang yang penakut. Walau pun dia baru darjah 6 tetapi sifat penakutnya sudah keterlaluan. Sifat penakutnya itu menjadikan dia seorang kanak-kanak yang tertekan. Sudah beberapa kali penjaganya cuba mengubatinya ke serata tempat, sifat itu tidak berkurang pun malah bertambah. Sebutlah bomoh mana pun, sebutlah ustaz mana pun, semuanya tidak menjadi. Ada yang mendakwa Alin memang dikacau hantulah, setanlah tetapi yang pasti tiada satu pun yang mampu mengubati sifat penakut kanak-kanak itu.


Cuma penjaganya belum lagi berjumpa dengan pakar psikologi kanak-kanak. Penjaganya tidak mahu nanti Alin dikatakan sakit jiwa dan ditahan di hospital sakit jiwa. Penjaganya perlu memegang amanat kedua ibu bapa Alin.


Setiap malam Alin akan ketakutan lebih-lebih lagi ketika mahu tidur. Sejurus sebelum terlelap, matanya seolah-olah terlihat bayang-bayang di cermin tingkap biliknya. Lalu matanya tidak jadi terlelap. Dia selalu terbayangkan wajah wanita ngeri dengan darah meleleh turun dari ubun-ubun tanpa henti. Atau wajah lelaki yang bengis dengan separuh mukanya terbakar hingga nampak tulang pipi dan rahang.


Atau muka seorang lelaki yang berkedut seribu dengan lintah, lipas dan lipan berkeliaran masuk hidung keluar mulut, masuk telinga keluar soket mata yang membolong jauh ke dalam. Atau lembaga hitam yang merangkak sambil mengheret separuh badannya yang telah hancur seperti telah digilis lori balak.


Alin bukan sahaja melihat malah mencium bau-bau busuk yang datang bersama-sama mereka itu. Bau hanyir darah dan nanah jangan dikatalah, itu sudah mesti. Yang paling Alin tidak tahan ialah bau daging busuk yang mereput.


Malam itu seperti malam-malam lainnya. Cuma lebihnya malam itu ialah malam Jumaat yang istimewa. Malam Jumaat itu sama tarikhnya dengan kejadian yang menimpa kedua ibu-bapanya 5 tahun lepas. Malam Jumaat seperti malam itulah kedua ibu bapanya mati akibat kemalangan yang ngeri. Tubuh ibunya hancur digilir lori tangki setelah terhumban keluar dari kereta manakala bapanya sempat dibawa ke hospital dalam nyawa-nyawa ikan.


Tubuh ibunya terpaksa dikutip di dalam 3 karung guni oleh pekerja lebuhraya cebis demi cebis sepanjang 50m lebuhraya itu. Sesetengah daging ibunya terpaksa dikorek dari celah-celah bunga tayar dan kerangka lori tangki. Manakala usus ibunya yang sepanjang 20 kaki itu terbelit ditayar lori tangki yang menggilisnya. Darah ibunya tersimbah di sepanjang jalan itu. Kepala ibunya hanya dijumpai seminggu kemudian oleh Orang Asal yang sedang berburu. Kepala ibunya itu telah pun berulat ketika dijumpai dan terpaksa dikuburkan secara berasingan dari tubuhnya.


Alin sempat bertemu bapanya dan bapanya itu sempat memberikan pesan kepadanya dan penjaganya. Namun pertemuan itu bukanlah satu pertemuan yang indah kerana muka bapanya telah hancur dihiris kaca manakala kedua-dua belah matanya telah terkeluar dan hilang.


Malam itu, Alin menggeletar kerana dia tahu 'ibu'nya akan datang menziarahnya seperti setiap malam Jumaat lepas-lepas. Ibunya akan datang dari arah tingkap yang terbuka sendiri walau pun dirapatkan. Alin kenal sangat dengan bunyi tingkap 'nako' yang dibuka. Ianya bermula dengan layangan bayang-bayang hitam dari lampu jalan yang melimpah ditingkapnya. Apabila itu berlaku, Alin akan cepat-cepat tarik selimutnya hingga menutupi mukanya. Kemudian Alin akan mematikan dirinya. Dia akan cuba menahan nafas dan apabila tidak tertahan lagi, dia akan menarik dan menghembus nafas perlahan-lahan. Sangat-sangat perlahan.


Selepas itu, tangan 'ibu'nya akan memaut pada jeriji tingkap lantas menarik sebahagian tubuhnya yang berjurai hancur dari paras dada ke bawah. Muka ibunya juga turut hancur dan raut muka ibunya bukan lagi bulat atau lonjong tetapi telah pipih dan pipinya terpokah menampakkan daging-daging pipi yang telah reput dan bercacing. Apabila kepala ibunya telah masuk ke dalam biliknya, seluruh tubuh ibunya akan terus jatuh selonggok di bawah tingkap. Alin kenal sangat dengan bunyi itu. Bunyinya seperti kain batik basah yang jatuh di lantai bilik air.


Seketika kemudian, ibunya akan menyeret tubuhnya yang hancur dan reput itu ke arah katil Alin. Laluan heretan ibunya itu akan basah dek darah dan nanah hijau. Bau hanyir dan busuk akan segera memenuhi bilik Alin. Lalu dia akan pekup kedua-dua hidungnya kerana tak tahan dneganh bau itu tetapi dia tak dapat bergerak kemana-mana lagi. Dia akan membatukan diri.


Kemudian ibunya akan memaut birai katilnya. Alin akan terasa kain cadarnya ditarik-tarik oleh ibunya. Tak lama kemudian, Alin akan terasa seperti benda berat dan basah menghempap kakinya, naik ke betisnya, naik ke pehanya sehinggalah ke atas perutnya. Alin akan menggeletar. Peluh dia akan berjurai-jurai turun. Kemudian Alin akan terdengar suara ibunya seperti tersekat dikerongkongan. Suara ibunya yang serak-serak itu akan memanggil nama Alin berkali-kali tetapi Alin tidak akan buka selimut. Oleh itu, ibunya akan tarik selimut Alin agar terdedah mukanya. Jika mukanya terdedah, dia akan tutup matanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Jika dia berbuat begitu pula, tangan ibunya yang lembab berlendir dan hanyir itu akan memaut lengan Alin lalu menariknya kuat-kuat hingga terganjak dari matanya. Jika itu pun berlaku, biasanya Alin akan memejapkan matanya rapat-rapat. Alin tak sanggup bertentang mata dengan ibunya itu.



'Tuk.. tuk..tuk..' 


Pintu bilik Alin diketuk. Serta merta Alin menarik nafas lega kerana ia pasti bukan ibunya itu. Itu mungkin penjaganya. Alin pun bingkas bangun dari katilnya dan berlari menuju ke pintu. Dia akan minta penjaganya meneminya tidur pada malam Jumaat itu.

Apabila pintu dibuka, di depannya berdiri seorang lelaki dengan wajah terhiris hancur dan soket matanya melopong jauh ke dalam. Manakala darah berjurai-jurai turun dari daging pipi yang telah mereput. Alin tercegat dipintu tanpa dapat bergerak. Manakala lelaki itu terus berjalan dan menolak Alin masuk ke bilik semula.


Dan pintu bilik Alin pun ditutup dan dikunci dari dalam....






.

Friday, February 10, 2012

Kisah di dapur (kat situ pun jadi...?)

.


Hari Jumaat itu bukan seperti hari Jumaat yang lepas-lepas. Walau pun Jumaat adalah penghulu hari, Jumaat yang itu adalah Jumaat sungguh istimewa. Hari tu ialah hari ulang tahun kelahiran anak sulung Ainon. Dia perlu sediakan juadah yang istimewa untuk keluarganya. Kena lebih daripada biasa. Bukan setakat kek, lilin, topi runcing dan confetti, Ainon akan sediakan juga nasi goreng dan daging masak merah kesukaan anaknya itu.


Walau pun Ainon seorang surirumah sepenuh masa, petang Jumaat itu dia kelam-kabut untuk sediakan segalanya. Itu semua berpunca daripada telenovella dari Amerika Latin yang tidak pernah ditinggalkannya. Ainon melirik jam dinding yang tidak pernah berdenting. Sudah pukul 4:00pm sedangkan daging belum defrost lagi. Nasib baiklah kek telah pun dibuat malam tadi. Kalau tidak pasti tak sempat.


Cepat-cepat Ainon berkungfu-hustle di dapur seorang diri. Bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, kucai (?), lengkuas.... di mayang halus. Manakala daging masih belum mahu hilang bekunya. Ainon sudah tidak sabar. Pukul 6:00 petang suaminya akan pulang bersama-sama anaknya. DIa sudah pesan supaya suaminya belikan hadiah yang patut untuk anak mereka itu.


Sekejap-sekejap Ainon lihat jam dinding yang tak berdenting itu. Sekejap-sekejap dia ulangi lagi jam dinding tak berdenting itu. Sekejap-sekejap Ainon akan layangkan matanya ke TV ASTRO 612 kalau-kalau siri Spongebob Squarepant sudah ke udara atau belum. Sehinggalah jam 6:15pm, Ainon masih berkuntaw di dapur menyediakan daging masak merah kegemaran anaknya itu.


Lonceng dibunyikan. Serentak dengan itu salam pun kedengaran. Ainon tidak menerpa ke pintu kerana dia tahu suaminya ada kunci pendua.

"Wa'alaikumussalam... saya kat dapur." jerit Ainon sambil tangannya masih dengan daging.


Kedengaran tapak kaki anaknya berlari mendapatkannya di dapur.

"Ibu...!" panggil anaknya dengan riang gembira sambil berlari.

"Jangan lari-lari di dalam rumah, ibu..." serentak dengan itu, Ainon pun memusingkan badannya untuk menghadap terpaan anaknya dengan pisau masih terhunus di tangan.


"Ibu....???" rintih anaknya. Pisau ditangan Ainon menembusi batang leher anaknya.

"I..iii bbb.. uuuu......."


Tubuh anaknya melemah dan akhirnya tergeletak di atas lantai di dapur itu dengan pisau masih
tertancap pada batang leher anaknya. Perlahan-lahan mata anaknya menipis dan akhirnya tertutup.



Masih belum ada jerit raungan di dalam rumah itu kerana Ainon masih terkejut...






.

Thursday, February 9, 2012

Si Algojo yang siang berbaju layar, malam berbaju rantai...

.


Inilah si Algojo yang telah menyiksa aku 2 kali seminggu. Ia akan menarik kepala aku seperti mahu mencabut tengkorak aku daripada tulang belakang. Seperti mahu menanggalkan tengkorak aku dari soket C1 yang hanya bersendikan rawan nipis.







Aku membayangkan bagaimanakah orang-orang yang disiksa / dibunuh dengan cara diikat kaki dan tangannya kepada empat ekor kuda. Kemudian kuda-kuda itu dicambuk sekuat-kuatnya. Lalu kuda-kuda itu pun memecut sambil menarik kaki dan tangannya sehingga terputus.

Bayangkanlah setiap mikrosaat bermula tali itu menegang dan perlahan-lahan menarik sendi-sendinya sehingga terputus segala otot, urat dan akhirnya tulang... hidup-hidup!




.

Kisah sebuah kerusi...

.

Seperti kebiasaannya, Zul akan masuk ke pejabat sebelum jam 9.00am. Waktu kerja ialah 8.00am. Tak mengapa sebab Zul ada bilik sendiri, kakitangan lain tak perasan sangat kalau dia tiada di mejanya kerana bilik Zul berpintu dan berkunci selalu.


Seperti kebiasaannya juga, Zul suka duduk di kerusi pejabat yang boleh berpusing dan boleh naik-turun. Apabila dia menjawab panggilan telefon, dia akan bersandar ke belakang dan berat badannya di tampung oleh spring kerusi itu. Kalau dia menaip sesuatu di komputer ribanya, dia akan bersila di atas kerusi itu. Kalau dia berfikir, dia akan pusing-pusingkan kerusi itu. Kalau dia mengelamun, dia juga akan berpusing-pusing di atas kerusi itu. Zul suka kerusi yang boleh berpusing dan boleh naik-turun.


Oleh kerana Zul suka buat begitu kepada kerusinya, tempoh hayat kerusinya jarang dapat bertahan lama. Bila hayat kerusinya punah, dia akan minta kerusi yang baharu.


"Pakcik, ada kerusi baru tak?" Zul berteriak melalui telefon.

"Tak ada. Kenapa?" orang yang dipanggil 'pakcik' memulangkan soalan.

"Rosak...!" Zul.

"Kamu tu asyik rosak, rosak, rosak... kamu carilah sendiri di dalam bilik stor" pakcik.



Zul letakkan telefon. Kerusinya kini senget dah tak sekata pusingannya. Mungkin ada beberapa skru yang telah tertanggal. Atau mungkin juga springnya sudah patah-lesu. Zul perlukan kerusi yang baharu tetapi pakcik itu kata tiada. Mahu tak mahu, Zul perlu cari sendiri di dalam stor, kalau-kalau ada.


Setelah hampir 10 minit mencari-cari perkakasan yang ada di bilik stor itu, tiada pun kerusi. Yang ada cuma meja kayu yang telah bersawang. Zul pekup hidungnya kerana berbau hapak. Dia juga risaukan habuk kerana dia ada asma.


Apabila taida kerusi dijumpainya, Zul pergi kebelakang pejabatnya dengan menaiki tangga kerana dia tidak suka naik lif (entahlah kenapa agaknya). ketika dia melangkah anak tangga untuk ke tingkat atas, dia ternampak sebuah kerusi pejabat di bawah tangga. Dia turun semula ke tingkat bawah lalu menarik kerusi itu tadi ke tempat yang lebih terang.


Kerusi itu agak lama dan berhabuk tetapi masih elok. Zul kbas-kibas habuk dengan tangannya kemudian dia duduk di atas kerusi itu. Dia sandar-sandarkan badannya. Spring kerusi itu melantun semula, memberikan reaksi yang seperti dia mahukan. Kemudian, Zul pusing ke kiri dan ke kanan. Kerusi itu pun berpusing tanpa ada celanya. Zul hairan kenapa kerusi yang masih elok seperti itu diletakkan di bawah tangga.


Setelah berpuas hati, Zul angkat kerusi itu ke tingkat pejabatnya dan menolaknya masuk ke pejabatnya. Zul tersenyum gembira. Kerusi tadi yang telah rosak itu disorongkan ke luar pejabatnya. Sempat juga dia menendang kerusi itu supaya ia terus menggelongsor jauh dari biliknya.

Kini dia kembali mendapatkan kerusi barunya. Dia terus henyakkan punggungnya di atas kerusi yang telah nipis kusyennya. Dia pusingkan badannya mengikut arah jam sambil kakinya diangkat. Badannya berpusing beberapa kali. Dia suka. Kemudian, dia pusingkan pula badannya mengikut arah lawan jam dan dia angkat kakinya tinggi-tinggi. Seperti tadi juga, badannya berpusing beberapa kali.


Namun sebelum sempat badannya berhenti berpusing, telinganya mendengar ada sesuatu telah patah dibawah kerusinya. Belum pun dia sempat berbuat apa-apa, paras tempat duduk kerusinya menurun secara mendadak. Kerusinya tiba-tiba jadi rendah, begitu juga badannya. Kaki Zul tak sempat untuk menampung badannya lalu dia juga turut mendap bersama-sama kerusi itu.


Zul terasa sesuatu yang keras dan sejuk telah menusuk lubang punggung. Dia cuba bangun tetapi rasa pedih telah mengejangkan kedua-dua belah pehanya. Zul cuba menahan badannya dari terus jatuh  dan tertusuk besi itu dengan memaut pada bucu meja tetapi mejanya yang beralaskan kaca itu terlalu licin untuk dipaut.


Perlahan-lahan besi itu menusuk masuk hingga ke abdomen. Zul menahan perit. Darah mula mencurah-curah turun tetapi tubuh Zul masih jatuh. Dia cuba memaut bucu meja dengan sedaya upaya. Seluruh tenaganya dikerahkan pada hujung jari jemarinya.


Zul cuba menahan selama yang mungkin sehinggalah jari-jemarinya menjadi kejang dah terlepas pautan. Serta merta tubuh Zul terhenyak kuat. Besi yang tak kenal erti belas kasihan itu pun terus menusuk perut hinggalah ke ulu hatinya dengan pantas.


Zul pun kaku dengan darah merah keluar dari mulut dan punggungnya....







.

Wednesday, February 8, 2012

Organik?

.



Bahan-bahan Organik Ialah bahan-bahan yang ada organ dalaman dan luaran.

Makanan Organik ialah makanan yang dihasilkan daripada organ dalaman haiwan.

Kimia Organik ialah seorang guru yang pandai memainkan alat muzik organ.

Ayam Organik ialah 'ayam' tambatan dari tanah besar China.

Daging Organik ialah daging daripada lembu-lembu di NFC.






.

Kisah di pintu lif...

.


Rosnizar merasa jeran setiap kali dia melangkahkan kakinya keluar dari perut keretanya. Bukan kerana dia suka mendengar ngomelan deejay di radionya dan bukan juga kerana keenakkan pipinya dibelai udara sejuk dari corong pendingin hawanya. Rosnizar jeran kerana setiap kali dia pulang dari kerja senja-senja begitu dia terpaksa menghidu bau hapak di tempat letak kereta bawah tanah itu. Dia juga benci apabila dikejutkan dengan bunyi-bunyian yang bergema di tempat letak kereta di bawah pangsapurinya.


Selama ini dia anggap bunyi-bunyian itu datangnya dari tikus yang berlari-lari atau kucing yang bermain tin susu yang bergolek. Namun, berita yang tidak sedap untuk dikhalwa-telingakan sejak 2 minggu lepas telah menyentap saki-baki beraninya yang masih ada. Penduduk pangsapuri itu sekarang ini heboh dengan gangguan yang berlaku di pangsapuri mereka. Itu juga menyebabkan jeran si Ronizar itu bertambah.


Dengan satu tarikan nafas panjang, Rosnizar matikan enjin keretanya dan dia capai beg tangan yang diletakkan di sebelah kerusinya. Dia sempat melirik ke sekiling jika ada sesiapa yang juga baru pulang. Tiada. Dia keluar dari keretanya dan seketika kemudian, penggera keselamatan keretanya dihidupkan . Lampu kalimantang di basement itu tidak terang kerana telah diungguli oleh sawang. Pangsapuri lama, begitulah keadaannya.


Dia lajukan langkah kakinya ke arah lif yang berhampiran. Bau udara hapak di basement itu menyengkak hidungnya. Dia tak suka bau itu, terasa sesak nafasnya. Setibanya di pintu lif, dia tekan butang 'naik'. Sambil menunggu lif itu turun untuk mengambilnya, dia berdiri membelakangi pintu lif. Dia tak mahu jika ada sesuatu yang datang dari arah belakang. Apabila lif masih belum sampai, dia mula merasa geram. Dia tenung pintu lif seakan-akan pintu itu akan terbuka dengan kuasa pandangan matanya yang tajam.


Dia rasakan lif itu turun agak perlahan pada kali ini. Dia tak sabar. Bau hapak terlalu kuat menyebabkan nafasnya ditahan-tahan. Apabila nafasnya ditahan-tahan, jantungnya berdegup kencang. Dia ketuk-ketuk tangannya pada pintu lif yang masih belum terbuka, lif masih belum sampai. Dia tekan-tekan punat 'naik' beberapa kali, tak sabar rasanya.


Akhirnya, loceng lif pun berbunyi sekali menandakan lif sedang berhenti. Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka secara mendadak dan serentak itulah ada satu benda hitam sebesar buah binjai bergolek-golek di atas lantai lif dan terus melompat ke mukanya. Rosnizar terkejut tanpa boleh berbuat apa-apa. Dia hanya terkaku apabila benda hitam melekat pada mukanya dan perlahan-lahan masuk ke mulutnya yang ternganga luas. Mata Rosnizar terbeliak, benda hitam sebesar buah binjai itu terus memasuki tekaknya. Nampak jelas batang lehernya mengembang apabila benda itu mengorek tiub tekaknya dan masuk ke perutnya.


Bibir Rosnizar penuh dengan lendir yang dikeluarkan oleh benda hitam itu. Rosnizar masih tercegat di depan pintu lif, tak bergerak dengan mata terbeliak. Sangkar dadanya mengembang apabila benda itu berada di rongga dada. Butang-butang blausnya seperti mahu terputus. Kemudian, perutnya pula membusung. Benda itu pun diam di dalam perutnya.


Pintu lif pun tertutup perlahan-lahan lalu naik ke tingkat atas tanpa Rosnizar...






.

Tuesday, February 7, 2012

Si Pelahap dan Si Bakhil...

.

Aku tonton rencana tentang ular sawa makan binatang. Aku tengok dia makan punyalah seksa. Sampaikan terpaksa nganga rahang besar-besar macam nak terkoyak dibuatnya. Lepas tu, binatang itu ada sepasang tanduk yang tajam (binatang itu bukan setan yang bertanduk). Dengan tanpa tanggalkan dahulu tanduk yang tajam itu, ular sawa itu terus juga telan. Aku terfikir, tak tertusuk perutkah nanti?


Gambar sekadar hiasan, dari google...

 
Memanglah tanduk itu akan hancur akhirnya tetapi itu akan ambil masa. Semasa menelan, tak pecah pula perut ular tu.


Kenapalah ular tu tak makan sikit-sikit. Makan peha dulu, petang sikit makan dada pula, esok pagi sarapan sup kepala rusa pula ke. Adakah sebab ular sawa tak ada tangan nak pegang pisau nak potong-potong? Eleh, itu alasan je. Buaya pun tak ada tangan, helang pun tak ada tangan, elok je dia putar-kitai sampai putus...


Aku syak ular sawa ni memang spesis pelahap dan bakhil. Mana ada ular nak simpan binatang buruan, mana ada ular nak bagi sikit daging kepada anak dia.







.

Harimau mati meninggalkan taring... Updated!

.

Siput Babi mati meninggalkan cengkerang, manusia mati meninggalkan balu yang menangisi nesan...






Aku terfikir apa yang berlaku keatas siput si Babi itu, sejahterakah dia?


Menjadi resmi manusia yang biasa-biasa seperti aku, kalau pun mati tak ramai yang tahu. Nama aku kan tenggelam bersama waktu, hanya ada pada nesan yang berukir. Itu pun jika ada yang masih ingat untuk mengukirnya. Jika tidak, cukuplah dipancangkan dahan kayu dan sekaki payung kertas. Kemudian, cukup 44 hari, kedua-duanya pun mereput dimamah alam.


Cukup 44 tahun, kubur aku akan dikongsikan dengan saudara kubur yang baru. Silakan, aku akan kata...



Siput oh siput. Apalah nasib kamu...



Update!

Telah diberitahu oleh suku sakat siput si Babi itu bahwa selain daripada serbuk sulfur, siput si Babi juga amat benci kepada garam laut.

Masa aku masih kecil dulu, aku pernah bertanya kepada emak kenapa Kechur (Cekur) emak ada banyak siput, emak jawab sebab siput suka makan pucuk muda.

Jadi, aku masuk ke dapur dan keluar dengan segenggam garam pasir. Aku taburkan ke seluruh tanaman kenchur tadi. Keesokkan harinya, kenchur tadi semuanya layu.


Aku tanya emak, kenapa kenchur semuanya layu, tiba-tiba emak berdiri kat pintu dapur sambil cekak pinggang!





.

Sunday, February 5, 2012

Pertarungan antara burung kelicap dan ular daun...

.

Petang tadi, ketika aku layangkan angan-angan merdu di tepi rumah, telinga aku dibingitkan dengan ciakkan beberapa ekor Burung Kelicap. Tiba-tiba timbl idea untuk abadikan foto burung itu di Foto Blog Aku.


Maka aku pun terhendap-hendap dengan kamera aku di bawah semak kebun bunga. Aku ingatkan burung-burung itu akan lari jika aku terlalu hampir tetapi telahan aku itu salah. Burung-burung itu semakin galak dan bising. Jarang Burung Kelicap liar menjadi begitu berani dengan manusia. Jadi, aku pun cuba 'tenang' atau melaraskan lensa aku ke setiap dahan yang ada. Tiba-tiba, tidak lebih 6 kaki didepan aku, ada seekor ular daun yang masih berlengkar di dahan.


Burung-burung itu riuh kerana menghalau ular itu.






Aku ambil kesempatan di atas kekalutan itu untuk diabadikan peristiwa itu ke dalam fotoblogaku.










Apa jadi dengan ular itu? Aku halau... mesti burung-burung itu berterima kasih kepada aku.

Well, same-same...







.

Jeritan penuh kesepian...

.


Sungguh aku tak sangka kesunyian sungguh memekakkan
"silence is deafening"
Pekak telinga, pekak kepala
Seperti ada raungan yang keluar dari dalam
Jeritan yang selama ini terpendam kerana ditekan
Ditutup tanpa peluang untuk bersuara
Maka kini, apabila senyap dan sunyi ia menerpa
Melalui celah telinga, celah roma, celah mana-mana
Cubalah sendiri kalau tak percaya
Dan jangan salahkan aku jika kamu telah menjadi gila...







(kali ini aku tulis puisi dalam ayat penuh, senang sikit nak faham...)

.

Siri seram terakhir...

.
Siri seram bercakap tentang syaitan yang akhir ada di Merung Mahawangsa...

.

Saturday, February 4, 2012

Anak -anak ikan dan mak ikan sekaligus!... kalau tak puas juga, tak tahu lah...

.






Aku terfkir, macam mana besarnya acuan baulu tu agaknya.

Agak-agaknya, satu acuan tu cuma ada 2 ekor mak ikan je....






.

Pesan Tuan Guru pula...

.


Maghrib tadi, ada seorang sahabat bertanya dalam satu sesi soal-jawab selepas hampir 1 jam tuan guru itu bercerita. Sahabat itu bertanyakan tentang 'Qarin', apa sebenarnya Qarin itu: sama ada ianya Malaikat atau pun Syaitan. Maka tuan guru itu pun menjawabnya secara panjang lebar dimulai dengan kisah permintaan Iblis dan Nabi Adam sejurus sebelum diusir dari langit tinggi.


Setelah sudah tuan guru menjawab, dia pun bukakan semula ruang untuk soalan seterusnya. Tiba-tiba aku teringatkan isu rijalul-ghaib yang menjadi isu dalam Merung Mahawangsa. Oleh kerana ini satu kesempatan, aku pun beranikan diri untuk bertanya. Soalan aku mudah sahaja, siapakah rijalul-ghaib dan benarkan ada manusia yang ghaib di depan Kaabah?


Tuan guru itu seorang penceramah bebas dan sering datang ke kariah kami setiap Jumaat. Dia berasal dari Jawa tetapi telah menetap di Malaysia.


Dia kurang pasti soalan aku itu, jadi dia bertanyakan beberapa kali adakah maksud aku itu orang yang ghaib atau orang yang hilang. Aku ulangi lagi soalan aku tadi. Dia tersenyum lalu dia berikan jawapannya, dipetik secara berikut:

  • Orang yang hilang memang banyak berlaku di Mekah. Selalunya orang yang hilang itu akan dikumpulkan di satu tempat untuk saudaranya menuntut semula. Jika takut hilang di Mekah, hendaklah diingat pintu mana ketika masuk ke masjid tadi dan jika tersesat, cari semula pintu tadi.
  • Dia juga pernah mengalami kejadian orang yang ghaib di Mekah, malah pernah benar-benar terjadi kepada dirinya. Satu hari itu, dia membeli sebidang tanah dari seorang tua dan sebelum selesai pembelian itu, orang tua itu mahu mengerjakan Haji ke Mekah. Kemudian, orang tua itu tidak pulang-pulang ke tanah air. Orang tua itu 'ghaib' di Mekah (meninggal dunia). Nasib baik urusan jual beli tanah itu tadi dapat diselesaikan juga akhirnya.
  • Kejadian ghaib secara aneh juga pernah berlaku kepadanya. Gurunya sendiri pernah muncul secara tiba-tiba ketika diseru namanya oleh ibunya sendiri. Cerita begini, gurunya itu ada beberapa orang adik beradik. Pada satu hari itu, adik beradiknya telah bergaduh lalu ibu kepada Tok Guru bertaraf wali ini (guru kepada tuan guru ini) telah berkata " kalaulah dia (nama tok guru itu) ada, tentu adik-beradiknya tidak bergaduh. Tak semena-mena selepas itu, tok guru itu pun muncul lalu meleraikan perbalahan adik beradiknya. Dengan kata lain, tok guru itu ghaib di pesantren dan muncul semula di rumah ibunya.

Setelah 3 cerita itu dipaparkan, tuan guru itu bertanya aku semula apakah itu yang aku maksudkan? Aku malas nak ulang soalan kerana waktu Isya' dah masuk lama. Jadi aku anggukkan sahaja.


Aku tahu tuan guru itu faham maksud aku tapi dia berikan jawapan 'sipi-sipi' saja. Aku juga rasa aku faham apa maksudnya iaitu orang yang ghaib itu sama ada telah mati (roh meninggalkan jasad) atau ghaib secara perpindahan yakni ghaib di sini dan muncul di satu tempat lain. Dengan kata lain, kalau seseorang itu ghaib pun, jasadnya akan tertinggal di dunia untuk kita yang hidup uruskan, dengan erti kata lain, orang itu dikatakan telah mati.





Tentang Qarin?

Hmmm.... nantilah. Kalau ada yang tanya dan kalau aku rajin, aku tulislah.



Antara video hasilan beliau:




.

Friday, February 3, 2012

Pesan Tok Guru...

.


Hari ini, ada pesanan dari tok guru.


Katanya, " apa-apa yang kau dapat di dunia ini, tak kira sama ada harta benda, pangkat atau pun kuasa, pastikan ianya dapat memberikan kamu ketenangan di akhirat nanti "


Jadi, aku sebar-sebarkanlah di sini...






.

Senjata menembak burung yang terangguk-angguk...

.

Model penembak itu bukan aku. Aku yang menembak dia guna kamera ini...


Dia atas ialah salah satu inovasi ke atas cara-cara untuk menukarkan burung-burung yang terbang bebas kepada burung-burung yang tergoreng dan bogel di atas pinggan. Nampak seperti mainan tetapi ianya berbahaya tapi taklah sampai membawa maut.


Itu ialah senapang angin (air rifle) yang bertekanan rendah. Bukan seperti senapang yang digunakan untuk sukan atau pun dalam sukan ekstrem 'Paint Ball' yang menggunakan gas bertekanan tinggi. Tekanan angin yang digunakan adalah rendah, serendah tekanan tiub basikal atau tiub motorsikal sahaja.


Nampak batang paip yang lebih besar itu? itulah tabung udara bertekanan rendah. Tabung itu ada injap di kedua-dua hujungnya. Salah satu injap untuk mengepam angin, menggunakan pam basikal dan satu injap lagi adalah injap kawalan untuk melepas angin menggunakan sistem 'trigger' atau pelentik.


Angin yang dikeluarkan secara mengejut tadi akan disalurkan ke dalam batang paip yang lebih kecil dan panjang itu. Di dalam batang paip itulah akan diletakkan peluru berupa guli kaca. Angin bertekanan tadi akan menolak guli kaca itu keluar dari batang paip dan bergerak secara projektil ke arah burung atau pun tupai.


Ini adalah impprovisasi kepada versi senapang angin yang sebelum ini. Sebelum ini, mereka gunakan versi yang lebih kecil tetapi lebih berkuasa iaitu menggunakan tangki pengepam yang ada pada tong racun. Pelurunya juga ialah galas besi (ball bearing).


Senapang yang menggunakan peluru galas besi itu terlalu kuat sehinggakan menembusi dada burung, katanya. Sedangkan, versi terbaru ini sekadar 'menumbuk' dan menjatuhkannya ke bawah.


Berapa ketepatannya? Dalam jarak 5 kaki, sasaran boleh dijatuhkan 100%. Dan ketepatannya berkurangan sebanyak 5% untuk setiap 10 kaki. Biasanya, jarak burung atau tupai yang hendak di tembak diantara 20 ~ 40 kaki.


Lebih dari 100 kaki, kuasa hentamannya berkurang seperti muka teruna ditampar oleh sang dara yang sedar dirinya diperdaya dimalam edan: tiada kesan di luaran tetapi terkesan sungguh di dalam.






.

Thursday, February 2, 2012

Selamat Hari Jadi .... jom nyanyikan ramai-ramai...



Selamat Menyambut Hari Keputerianmu yang ke.... 25. Tahun depan juga masih 25.




Kaulah bidadari syurga jelmaan dunia
sebagai tempatku bersandar ketika lelah, ketika payah
sebagai tempatku curahkan sayang dan kegembiraan
juga sumberku menerima kemanjaan dan keghairahan


Aku mohonkan keredhaan Allah keatas kita sekeluarga
Dan aku redha kamu sebagai isteriku.






.

Anda dijatuhi hukuman gantung...

.


Petang ini bakal menjadi sejarah dalam hidup aku (aku masih hidup?). Tepat jam 3.30pm petang ini, aku akan menjalani hukuman gantung. Jika aku masih hidup selepas itu, aku akan dihukum gantung lagi... dan lagi... berkali-kali.


Petang ini, tepat jam 3.30pm, aku akan diminta berbaring di atas meja panjang. Algojo akan memberi salam dan meminta kebenaran untuk masuk ke bilik hukuman seluas 8'x10' itu. Jika aku jawab salamnya, dia akan menyibak langsir dan masuk. Kalau aku tak jawab, dia tak akan masuk. Oleh kerana aku orang Islam, aku wajib menjawab salamnya. Jadi, sang algojo itu tetap akan masuk!


Setelah berbaring, dia akan tanya keadaan aku sama ada selesa atau tidak. Bila aku cakap selesa, dia akan bertanya berat badan aku dan tinggi aku. Aku akan berikan informasi kepadanya. Selain untuk perkiraannya, mungkin juga dia beritahu 'undertaker' untuk ukuran keranda nanti. Itu aku agak sahajalah. Aku tak tau.


Kemudian, dia akan berdiri di atas kepala aku. Dia akan minta aku tanggalkan cermin mata, keluarkan segala benda yang ada di dalam poket aku, yang berupa dompet, kunci kereta, telefon bimbit dan sekotak rokok. Setelah sudah, dia akan sarungkan kepala aku dengan tali seperti tali kekang kuda yang diperbuat daripada kulit bermutu tinggi. Kemudian, aku akan tercium bau tali tersebut. Bau kematian.


Tali itu akan dibelitkan di bawah dagu aku, beberapa inci di atas batang tenggorok aku. Tali itu juga akan melilit kepala aku sehinggalah ke belakang kepala. Kemudian, dia akan kejapkan tali itu mengkut keselesaan aku. Dia akan bertanya beberapa kali sama ada aku cukup selesa atau tidak dengan jerutan itu. Aneh, mahu kena hukum pun masih ditanya selesa atau tidak.


"Encik sudah bersedia?" soalan itu akan bergema di dalam bilik hukuman nanti.


Aku tak mampu bercakap atau mengangguk kerana telah terikat. Hanya mata aku yang boleh berkelip dan air mata sebagai isyarat. Isyarat terakhir sebelum sang algojo itu menekan punat suis.


Apabila dia tekan punat suis itu, integrasi motor, gear dan takal akan menarik tali tadi dan aku pun dijerut perlahan-lahan. Pada ketika itu, aku akan rasakan leher aku akan memanjang milimeter demi milimeter sehinggalah mesin itu terhenti pada beban 15kg.


Ketika itu nanti, aku akan mengalami afiksia yang tiada kaitan dengan seks. Aku akan sukar bernafas. Tersekat-sekat. Sungguh terseksa. Kemudian, sang algojo akan meninggalkan bilik hukuman itu. Tinggallah aku dan mesin penjerut itu. Mungkin mesin itu direka untuk menyeksa sebelum membunuh kerana setiap kali aku terseksa beberapa minit, mesin itu akan kendurkan tali selama beberapa saat. Kemudian, tali tadi akan diregangkan semula sehinggalah aku terjerut. Aku akan tercungap-cungap, kepala seperti akan tertanggal daripada tubuh...


Itulah hukuman aku... aku redha kerana aku orang berdosa....huhuhu.





.

Lengang!!!

.





Tak percaya? percayalah...


Jalan yang selalunya sesak bagai nak rak ini, semalam lengang!

Terima kasih warga pekerja yang bekerja di Wilayah. Anda semua menceriakan pagi aku walau pun hanya untuk satu hari. Kalau hari-hari Wilayah bercuti pun seronok juga, boleh pergi kerja dengan rileks tanpa stress. Maka, aku syorkan Hari Wilayah adalah setiap hari. Warga pekerjanya bolehlah duduk 'ontok-ontok' di rumah sambil menonton TV atau menyiram pokok bunga. Biarlah warga kilang seperti aku ini bekerja dengan selesa, pergi dan pulang.






.

Wednesday, February 1, 2012

Siri seram ada sambungan lagi....

.
Siri bercakap tentang syaitan yang direjam ke 7 ada di Merung Mahawangsa...

.

Kalau nyawa boleh dinilaikan dengan wang, berapakah harganya?

.

Soalan pertama, kalaulah boleh dinilaikan dengan wang, bagaimanakah caranya?

Salah satu cara mudah yang aku terfikirkan sekejap tadi ialah dengan menilai pendapatan yang kita terima selama kita hidup. Jadi, senang ceritanya, kalau pendapatan akhir yang diterima sebelum mati ialah RM 5,000 sebulan atau RM60,000 setahun dan hidup selama 60 tahun, jumlahnya ialah RM3,600,000.

Oleh kerana kita bermula dengan sifar (0) pendapatan untuk 19 tahun pertama dan kenaikan pula boleh dikatakan malar setiap tahun kecuali beberapa ketikanya naik pangkat dan tangga gaji pun melompat, maka senang cerita kita offset pendapatan pertama pada tahun 1 (lahir) dan kita anggap jumlah pendapatn tahunan itu menaik secara linear sehinggalah RM60,000 setahun pada tahun yang ke-60.

Jadi, coraknya adalah 'baji' atau senang cerita, pendapatan yang kita kira RM3,600,000 itu dibahagikan kepada 2. Oleh itu, jumlah pendapatan seumur hidup ialah RM 1,800,000 atau RM1.8 juta!


Secara mudahnya, nilai nyawa kita ialah RM1.8 juta.


Soalan kedua pula, apakah kaitan jumlah pendapatan seumur hidup itu dengan nilai nyawa?

Untuk senang cerita juga, jumlah pendapatan itulah yang kita gunakan untuk menyelenggara nyawa kita iaitu makan, minum, pakai, rumah dan kesihatan. Juga dikumpul sebagai harta yang mana harta yang menjadi milik sah juga adalah nilai kepada nyawa yang juga penama kepada harta itu.

Dan secara logiknya, nilai potensi tidak perlu diambil kira dalam menilai nyawa. Sebagai contoh, kecantikan, kemontokan, kegagahan, kecerdikan, kepandaian, kemachoan dan sebagainya hanyalah potensi sehinggalah ianya digunakan untuk menghasilkan pendapatan. Dengan kata lain, potensi itu telah menjadi aset nyata yang mana telah pun dikirakan di atas tadi sebagai pendapatan.



Baiklah, balik kepada soalan pokok iaitu berapakah harga nyawa kita?


Yang menjadi persoalannya sekarang, berapakah 'nilai' nyawa kita yang sebenar?

Semestinya nilai RM1.8 juta itu AMAT RENDAH  jika dibandingkan dengan nilai beberapa teguk air susu ibu dan kasih-sayangnya...




Huhuhuhu... ibuuuuuuuuuuuu...

Selamat Hari Ibu.






.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com