Mengalah bukan ertinya kalah.
Sebelum ini, aku ada ceritakan tentang masalah kucing-kucing jiran yang suka melepaskan hajatnya di rumah aku di dalam entri Rumah-jadi-public-toilet dan entri Caught-red-handed. Dah jenuh aku cuba pelbagai petua penghalau kucing tetapi tak menjadi setakat ini. Petua itu termasuk menyiram minyak tanah dan menyembur Ridsect di tempat kesukaannya.
Ada sekali tu, dia datang ketika aku ada di situ. Elok sahaja dia parking di tempat kegemarannya. Sedang elok dia mencangkung, aku pegang tengkuk dia lalu aku angkat. Dia tengah kencing. Habis berterabur air kencingnya. Nasib baik aku tak angkat tinggi-tinggi, kalau tidak habislah kena kaki aku. Tapi aku sempat angkat ke longkang. Jadi, majoriti air kencingnya masuk ke longkang. Kemudian aku jiruskan air. Tak. Aku tak cebok kucing tu. Aku jirus longkang tu.
Akhirnya, setelah berbincang dengan Mama-muah-muah, aku terpaksa teruskan Plan B. Aku tutup bahagian yang itu seperti ini:
Foto diambil di kala senja. Matahari selari dengan pagar rumah. |
Nampak tak bebola di tepi pagar? Itu adalah Ubat Gegat. Ada dinyatakan di beberapa blog yang bau ubat gegat dapat menghindarkan bau kencing dan berak kucing. Juga dinyatakan di blog lain yang kucing suka bermain dengan ubat gegat. Juga diceritakan yang ubat gegat boleh menyebabkan kematian kucing. Mana-mana satu pun natijahnya, ia tetap menguntungkan aku...
Sudah 2 hari, kucing-kucing itu tak kencing-berak di situ. Dia dah pindah ke satu sudut lain di kawasan rumah aku. Sudut yang masih bertanah.
Selepas ini, Mama-muah-muah nak kerat lidi tajam-tajam barang sejengkal. Kemudian, cucuk lidi-lidi itu di tempat kencing-berak dia. Mengikut teorinya, apabila kucing mencangkung, 'anu'nya akan tercucuk pada lidi tajam dan dia tak jadi berak.
Kalau masih berdegil juga, aku nak tanam pokok Bunga Ros rapat-rapat di kawasan itu. Kalau dia terjun dari pagar ke dalam semak Bunga Ros, dia akan tersangkut pada durinya dan tak boleh keluar. Selepas 5 hari, kucing-kucing itu pun mati kelaparan...
.
21 comments:
Hahaha...agak kejam tapi patut..nyahhh ko!!!!! Oppsss terover plak
kalu aku tak silap, ko simbah je minyak tanah kat tempat kucing poo poo tu..gerenti dia tak mai dah..at least problem ko adalah kucing, problem aku lebih besar, hanjeng melepas depan gate aku setiap hari..nak marah, ia adalah haiwan, so one day tu aku kasi tabur ubat gegat nak dekat tiga peket, dah lama juga tak muncul..maybe betul kot haiwan tak suka bau ubat gegat..
aku tau kucing tangkap tikus.
eh Dino. aku dah sambung purnama 14 tuh. aku sambung dari part yg ko buat... hehehe
ko ke sini : http://hasribinhasfa.blogspot.com/2013/03/erotika-purnama-14-dino-kata-tatkala.html
kniedaz,
tak kejam kak.. itu masih defensive, belum offensive... hahaha
LW,
Tapi aku baca ubat gegat tak bagus untuk kesihatan haiwan dan manusia...
Sepa,
Aku harap2 pun gitulah, dia reti tangkap tikus...
Jap aku baca...
hahahha..perang ngan kucing nampak..kena buat toilet khas tuknya tuh..:)
ummuaidan,
Tu laaa....
dah nak berak, mana boleh tak bagi berak...
kaedah penganiayaan dan kekejaman aku tak berapa gemor.
.
TM,
Aku masih defensive... aku belum cuba nak pelupuh dia dgn penyapu lidi lagi...
buang kucing tu ke Lahat Datu...
Sudip,
tak sanggup tgk dia hancur kena mamah peluru.. huhuhu
kucing di pasir gudang ada pat dengan tikus,lu tak kacau gua,gua tak kacau lu
azani,
kat sana banyak gudang...
tikus kenyang gandum, kucing kenyang ikan...
tak baik koo..kesian tersula bontot kucing tu dgn lidi...hahahahaha
Daddy Ziyyad,
daripada aku asyik cium bau 'wangi' berak dia je hari-hari...
Tapi kan, kalau kucing2 tu kreatif, dia berak ketul-ketul atas lidi tajam tu...nanti karang taik-taik tu jadi macam satay...
Kalau betul dia buat gitu, memang aku declare perang!!!
even KA takut sikit dengan kucing2 ni terpikir juga kejam sungguh tindakan tu ! hehehehe
KA,
Defensive kak... defensive lagi ni
bukan offensive... hahaha
hahahahaha
agakkejam part last....jangan biarkan kucing2 tu mati weh...
cheqna,
nasib la kucing tu... itu tanggungjawab tuan punya kucing la... hahaha
hahahaha..bengong! sate taik kucing!
daddy ziyyad,
hahaha..
ko ni pun dengan kucing pun nak gaduh ...
Post a Comment