.
Sering terjadi di jalan-jalan kampung, aku terlepaskan gerai-gerai buah atau air kelapa atau jagung rebus dsbnya. Kerana apa? Sebabnya gerai-gerai di tepi jalan raya itu meletakkan papan tanda terlalu hampir kepada gerainya. Atau lebih senang, kadnag-kadang itu, papan tanda itu disangkutkan pada gerainya. Akibatnya, aku terlepas dan terlajak. Apabila sudah terlajak, amat sukar untuk aku berpatah balik.
Mungkin 'target customers' mereka bukan orang seperti aku yang pulang sekali sekala atau pelancomg atau orang luar yang datang daerah itu. Mungkin mereka hanya menyasarkan pelanggan tempatan (local). Habis itu, kenapa mereka dirikan gerai di tepi jalan raya? Kalau untuk orang tempatan, dirikan sahaja gerai mereka di depan rumah atau di simpang jalan di rumah mereka.
Kalaulah mereka memang ingin pelanggan dari kalangan seperti aku atau pelanggan yang lalu-lalang di jalan raya, mereka perlu faham tentang Lead Time.
Apa dia Lead Time?
Definisi teknikal dan tepat boleh didapati secara google. Tetapi, secara mudahnya, Lead Time ialah masa paling minima yang diperlukan untuk melakukan sesuatu proses/aktiviti/kerja itu. Oleh kerana sesuatu proses/aktiviti/kerja itu memerlukan sekian-sekian masa, kita perlu awalkan proses/aktiviti/kerja itu seawal sekian-sekian masa supaya proses/aktiviti/kerja itu dapat diselesaikan pada masa yang dikehendaki.
Apa proses yang terlibat dalam menentukan aku perlu berhenti atau tidak di gerai itu? Aku perlu membaca/lihat, aku perlu berfikir dan bertanya kepada Mama-muah-muah dan Ariff sama ada mahu minum Air Kelapa atau tidak, kemudian jika 'Ya' aku perlu bersedia untuk berhentikan kenderaan dengan selamat. Jika semua proses itu memerlukan 1 minit, jadi papan tanda 'Air kelapa dijual di hadapan' perlu diletakkan 1 minit lebih hadapan dari gerainya.
Kalau kereta aku bergerak dalam 60km/j, papan tanda itu perlu diletakkan 1 km sebelum gerai itu.
.
12 comments:
betul..kalau dah terlajak memang pemalas yang hamat nak patah balik...
betul tuh..nak2 kalo tgk laj tuh.bila ternampak dah jauh nak undur balik...
betul betul... kalu ke mana2 tempat yg tak biasa, kalu terlajak gerai makan, tak akan berpatah balik... biasanya akan terlajak/terlepas 2,3 kedai, baru boleh berhenti mkn.
kalau tanya orang rumah dulu, lead time boleh jadi sampai 3 hari..hehe
cheqna,
Ya, aku pun malas...
Ummuaidan,
lebih baik car yang ke depan..
Aya Yus,
maka itu kalau nak pacak gerai, pastikan gerau ko yang ke 3-4, banyaklah orang yang singgah nanti
Jeb,
wehh.... kalau pompuan boikot ko, aku tak tau ek... hahaha
Dah la signbod pacak betul2 depan kedai, kedai pulak kat laluan jalanraya yg busy gila....so bayangkan la kalau dah terlajak, takde mananya aku nak pusing balik.
kalau tahu menu di kedai tu pun molek,juga serta petak available ke tak sebelah setiap sajian...tlead time tambah lagi
kalau ada 5 org yg jual air kelapa.
org yg jual hujung2 tu la yg bertuah.
sbb yg lain2 tu dh terlajak.
.
ah, ko nih.! itu jam nampak gerai, itu jam jugak nak air kelapa.?! bawak bekal kelapa bebanyak la cik abang oi.!
*eh, jangan pulak itu jam nampak signbod toilet, itu jam jugak rasa nak berak.!!!
hahahahahahaha... (ketawa jahat...!)
daddy ziyyad,
haaaa.. tu sebab la...
aku kalau tak de tgempat parking, aku sanggup tak pegi..
azani,
haah, betul tu.... lagi banyak maklumat, lagi lama kita nak baca...
TM,
yup, kalau ko nak bukak gerai bahulu, pastikan gerai ko yang terakhir dan sebelah tu ada banyak parking lot. Siap buat signboard "ada parking di sini"
sepa,
atau.....
signboard 'surau'... ehem..
lepas gerai ke 5, pulak tapak perkuburan... pakai x berenti langsung
:p
MamaTim,
Hah... kena pulak malam2 ek... hahaha
Post a Comment