Semasa di kedai Cendol Bakar memang tak nak makan kenyang-kenyang, sekadar alas perut sahaja. Kerana perjalanan kami baru bermula dan kami ingin mencari kedai makan Mee Udang Kuala Selangor pula. Dulu kami pernah singgah dan udangnya memang 'ganal-ganal' dan banyak.
Entah macam mana, kami terlepas kedai Mee Udang tu. Jadi, kami buat Pelan B. Kami jejaki Warung Ibu.
Sebelum ini pernah singgah tetapi makanan sudah habis sebab kami datang pukul 4pm... |
Kami sampai pada kali itu hari tengah mendung. Ketika makan, hari pun hujan... |
Ariff pilih nasi biasa tetapi ada pecal, begedel saiz XXXXXL dan semestinya serunding kelapa... |
Manakala aku pula pilih Ikan Keli masak sambal santan... sambal santan yang menggunakan cekur |
Kekuatan Nasi Ambeng ialah pada sambal gorengnya dan serunding kelapa. Sambal goreng itu sepatutnya mesti ada hati ayam/pedal ayam/perut lembu + foocuk + soohoon + tempe + tauhu + kacang panjang dan diuliti dengan kicap. Serunding kelapanya memang sedap, cuma Mama kata serundingnya agak manis.
.
15 comments:
agak2 berapa la saiz pinggang begedil tu ek...
sudip,
Adalah saiz-saiz pinggang aku... hahaha
sedapnya begedil(cheqna panggil bedegil hahaha)
mcm sedap pulak serunding kepala ngan pecal tuh
nasi ambang johor pernah try bro? kau mmg org johor/jawa ke?
sdapny begedil n ikan keli..
yang bergedil xxxxl tu yang mengancam tu..
sedap nih...
cheqna,
hahaha.. tak baik tau...
ummuaidan,
kat sana takde cekur nak buat pecal...
daddy ziyyad,
ambeng johor tak pernah rasa...
aku jawa perak...
shu,
ikan keli sambal santan mmg feveret...
bunda,
kalau ada begedil mmg aku ambil punya.... suka
Hani,
mmg sedap.... serunding kelapanya tak kering.... lembab2 gitu..... sedapppp......
ayam masak kicap takde ke?
luddin,
ada.... tapi aku tak pilih tu.
aku pilih keli...
hohoho... besar gila bergedil tu!!
.
TM,
kalau ko makan begedil tu je dah kenyang...
asyik tambah tenaga jeh bang.!
sepa,
sebab tiap-tiap hari buang tenaga...
Post a Comment